Monday, November 30, 2009

pujangga laksamana

1. Tulisan di dalam blog saudara Nobisha membuat sindiran mengenai konspirasi bangsa asing untuk mendapatkan tanah melayu ini. Dahulu, saya juga ada menulis tentang bagaimana mereka ingin menguasai kita melalui politik. Saya percaya, perancangan mereka berjalan dengan baik sekali.

2. Jika kita lihat bangsa melayu pula, ramai pejuang bangsa kita masih sibuk untuk menjaga nasib bangsa2 asing ini sehingga terlupa perkara yg utama. Saya akui, bangsa kita sudah jauh berpecah belah. Keadaan sekarang sudah tidak seperti dahulu.

3. Sewaktu saya kecil, saya boleh lihat bagaimana bangsa melayu itu bersama2 berfikir untuk memajukan diri mereka. Akan tetapi, kini semua sudah berubah. Dek kerana mabukkan wang ringgit, bangsa melayu itu bersaing sesama sendiri malah ramai yg sudah menjadi pengkhianat bangsa sehingga sanggup bekerjasama dengan bangsa asing hanya semata untuk mengalahkan bangsa mereka sendiri.

4. Melayu sekarang sanggup menjual tanah pada bangsa asing, menjual perniagaan atau lesen yg diperuntukan untuk melayu kepada bangsa asing, menjadi ajen untuk menipu bangsa sendiri semata2 kerana upah yg ditawarkan oleh bangsa asing dan ramai juga bangsa melayu yg merasa hina menjadi melayu kerana terlalu percaya dengan dakyah bangsa asing ini yg meletakkan segala budaya negatif tehadap melayu.

5. Melayu perlu sedar, wang ringgit bukanlah segalanya. Kita tidak perlu pembangunan dan pembukaan bandar baru jika ianya dihuni oleh bangsa asing ini, kita juga tidak perlu terperangkap bersama perancangan jahat di dalam urusan perniagaan mereka.

6. Hari ini kita boleh lihat di mana setiap bandar yg dibangunkan adalah semata2 untuk meningkatkan harga tanah di kawasan tersebut. apabila harga itu meningkat, melayu tidak mampu membeli rumah2 dan kedai2 di situ. Maka, mereka secara bergerombolan akan membeli rumah2 dan aset2 yg lain. Majoriti mereka di dalam kawasan tersebut akan bertambah apabila anak2 mereka tidak dididik untuk berhirah tetapi mengembangkan perniagaan yg ada dan terus menginap berhampiran ibu dan ayah mereka.

7. Anak2 melayu pula, pergi ke kota menyewa rumah milik bangsa asing ini. Bekerja juga di institusi dan perniagaan bangsa asing ini. Membeli kenderaan juga dari syarikat2 bangsa asing ini. Pemeriksaan bulanan kenderaan juga dilakukan di kedai2 bangsa asing ini. Sebahagian gaji juga dihabiskan untuk membeli keperluan yg di jual oleh bangsa asing ini.

8. Kita tidak mahu suatu hari nanti anak2 cucu kita terpaksa menempuh hidup yg lebih perit dari apa yg kita tempuh. Lebih malang lagi, mereka mengemis di bumi nenek moyang mereka dahulu. Generasi mereka ini akan menyumpah terhadap generasi sekarang kerana lalai di dalam perjuangan menjaga daulat bangsa.

9. Saya berpendapat, kesedaran ini perlu dipupuk sejak dari anak2 kita masih kecil. Biarlah bangsa asing ini memanggil kita rasis atau apa2 gelaran. Kita tidak mahu kita menang majoriti bilangan penduduk, tetapi apabila kita menyemak keluasan hak milik tanah di Malaysia ini, majoriti keluasan tanah itu adalah milik bangsa asing ini.

10. " tak kan melayu hilang di dunia ". Harapan saya juga begitu. Biarlah melayu itu tidak hilang di buminya sendiri.

Monday, November 23, 2009

sinar

1. Melihat telatah isteri melayan kerenah anak yg baru menjangkau usia sebulan, seperti melihat sinar kebahagiaan. Hati merasa aman dan tenteram. Hidup berkeluarga semakin sempurna.

2. Qaish makin membesar. Putri ini semakin memahami apa yg ibunya luahkan. Cara dia memandang dan bertindak balas seolah2 sedang berbicara.

3. Saya berharap, segala permulaan baru akan bermula dengan suatu sinar yg memberi segala harapan untuk memenuhi setiap impian.

Tuesday, November 17, 2009

nurkasih PAS

1. Semua sedia maklum PAS adalah sebuah parti yg memperjuangkan islam. Pas sudah lama berkecimpung dalam politik tanahair. PAS sudah merasa perit maung menjadi pembangkang dan punyai banyak pengalaman mentadbir kerajaan negeri Kelantan.

2. Kebelakangan ini, Pas di serang dengan pelbagai isu yg membuatkan rakyat tertanya2 tentang kebenarannya. Dari isu perhimpunan muktamar khas untuk membuang beberapa kerat pemimpin membawa pula kepada isu ba'iah menceraikan isteri talak 3. Ia ditambah pula dengan persengketaan antara blogger kickdefella dan menantu tuan guru Nik Aziz. Tidak ketinggalan isu tajaan haji tuan guru ke Mekah.

3. Jika dilihat pada pilihanraya kecil Bagan Pinang, kaum bukan melayu telah hilang kepercayaan terhadap parti PAS. Mungkin mereka tidak percaya PAS boleh membela nasib mereka kerana PAS sendiri tidak berjaya memainkan peranan seperti kerajaan campuran di Selangor.

4. Pada pandangan melayu pula, PAS melakukan kesilapan apabila bekerjasama dengan DAP dan PKR. PAS tidak akan berjaya membawa obor islam selagi PAS berada di dalam PR. Tiada seorang melayu pon akan percaya DAP sudah boleh menerima politik islam sebaliknya kelihatan seolah PAS menerima perjuangan DAP.

5. Berbicara mengenai PAS ini, teringat saya kepada drama "nurkasih" di TV3. Drama ini mengisahkan bagaimana seorang gadis yg solehah diperintahkan oleh ibu dan ayahnya mengahwini seorang jejaka moden yg mana kehidupannya sentiasa bergelumang dengan dosa. Pada awal perkahwinan, gadis ini tidak dilayan seperti seorang isteri. Akan tetapi, gadis ini tidak membenci suaminya itu malah cuba sedaya upaya mengubah persepsi suaminya. Dipendekkan cerita, akhirnya suaminya berubah dan jatuh cinta dengan isterinya itu.

6. Saya berpendapat, PAS perlu mengubah cara mereka berpolitik. PAS sudah biasa dilihat berpolitik dengan cara memerangi UMNO dan BN. Saya rasa sudah sampai masanya PAS melakukan perubahan yg drastik. PAS perlu keluar dari pakatan rakyat. PAS juga perlu memulakan langkah2 berdakwah di dalam politik. PAS tidak perlu lg berceramah dengan mempersendakan individu tertentu dan memaki hamun tindakan parti lawan. PAS perlu menunjukkan nilai2 murni di dalam islam.

7. Saya percaya, seperti drama "nurkasih", PAS akan berjaya menawan hati rakyat Malaysia terutama kaum melayu. Gunakanlah pendekatan dakwah itu secara total. Hati mana yg tidak tertawan apabila kita melihat pemimpin kita menunaikan suruhan agama ditambah pula dengan sifat tawaduk dan istiqamah. PAS perlu dilihat 100% berbeza dari UMNO. Apabila bercerita tentang berjiwa rakyat, PAS perlu buktikan setiap pemimpinnya hidup seperti rakyat biasa. Kita tidak mahu melihat pemimpin PAS itu hanya berkopiah di kepala tetapi di hatinya masih sama seperti segelintir pemimpin UMNO yg mahu mencari kemewahan dan pangkat.

8. Untuk menjadi parti yg membela nasib melayu, parti itu perlu kenal melayu sedalamnya. Apa agama dan budaya melayu itu dan apa masalah utama yg menghalang melayu itu untuk berjaya. Tiada siapa dapat membela nasib melayu ini jika kepentingan peribadi melebihi kepentingan bangsa. Saya berharap, para pemimpin PAS memulakan langkah pertama untuk menjadi wira di hati melayu dengan menjadi melayu islam yg sebenar. Kita tidak mahu seperti islam di Iraq, Iran atau Pelestin. Kita juga tidak mahu seperti islam di Indonesia.Kita tidak minta setiap pemimpin PAS itu mencontohi akhlak nabi tetapi kita tertanya mengapa semua pemimpin PAS tidak seperti tuan guru Nik Aziz.

9. PAS perlu memilih diantara 2 persimpangan. Setiap perjuangan dakwah memerlukan hijrah dan pengorbanan. Selalunya pihak yg benar akan memperolehi kemenangan dengan bantuan dari Allah. Kini setiap ahli PAS boleh bertanya kepada diri mereka sendiri, bilakah kemenangan akan berpihak kepada mereka? Apakah perjuangan ini benar dan benarkah jalan perjuangan ini?

Thursday, November 5, 2009

Eizra Qaish = mahakarya cinta

1. Pada tahun 1994, saya memasuki tingkatan 1 dalam aliran agama. Semasa di tingkatan 2, saya terpandang satu permandangan terindah pada wajah seorang gadis. Dia bernama AZIRA.

2. Saya mula meminati gadis ini. Saya suka melihat gaya dia berjalan dan telatah gurauannya bersama rakan2. Setiap kali saya melihat kelibat gadis ini, akan saya perhatikan semua gerak gerinya. Dalam tidak sedar, perasaan minat terhadap gadis ini terus dirasai sehingga saya memasuki tingkatan 4.

3. Beberapa kali saya cuba mengacau gadis ini namun tidak dilayan. Peluang hadir apabila saya menjadi fasilitator untuk kursus motivasi pelajar tingkatan 3. Saya gunakan masa ini untuk berkenalan lebih rapat dengan gadis ini. Kami mula bertegur sapa.


4. Semasa di sekolah, saya adalah antara pelajar yg kerap di denda berdiri di depan bilik guru hal ehwal murid. Setiap kali saya di denda, gadis ini akan lalu memandang saya dengan penuh rasa benci. Maklum saja lah, gadis ini seorang pengawas. Mana mungkin pengawas akan suka dengan budak yg tidak berdisiplin.

5. Setalah habis menduduki peperiksaan SPM dan mendapat keputusan yg kurang kecemerlangannya, saya bekerja menjual buku cerita. Gadis ini masih menuntut di sekolah itu. Diri ini sudah tidak berani untuk menonjolkan diri atas kerana segan dengan pelbagai kekurangan. Akan tetapi, sekali sekala ada juga saya bertanya khabar gadis ini melalui seorang adik angkat yg masih menuntut di sana.

6. Setahun selepas itu, saya mengambil keputusan untuk belajar. Mak dan ayah sudah mula berleter melihat saya yg hanya keluar setiap mlm bersama budak2 motor sahaja. Saya mula menyambung pelajaran di salah sebuah universiti swasta. Bukan senang seorang anak org susah seperti saya hendak bersaing di IPTS bersama dengan anak2 org kaya lain.

7. Setelah tahun kedua, tanpa dijangka, pemandangan terindah yg selama ini hilang, tetiba muncul. Saya tidak sangka gadis itu turut menyambung pelajarannya di IPTS tempat saya belajar. Semuanya ketentuan tuhan.

8. Saya gunakan masa itu sebaik mungkin. Kami mula rapat dan lebih mengenali antara satu sama lain. Namun ia tidak lama, gadis itu dapat menyambung pelajarannya di IPTA. Akan tetapi, kali ini dia pergi dengan sedikit perasaan yg saya dapat rasa sudah mula menyukai saya.

9. Selama 2 tahun kami hanya berkawan melalui telefon. Setiap kali dia pulang kerumah, kami mula bergayut. Selepas 2 tahun, barulah kami bercadang untuk bertemu. Hari itu adalah hari yg terindah buat diri saya. Sejak hari itu, kami semakin rapat dan mula rasa sayang.

10. Tuhan merancang segalanya. Gadis ini membuat praktikal atau latihan industri di daerah yg sama tempat saya belajar. Kami mula mengikat janji untuk membina kehidupan bersama pada masa yg akan datang.Kami sudah mula bercinta.

11. Zaman percintaan penuh dengan dugaan. Gadis ini menyambungkan pelajaran peringkat ijazah di Universiti Malaya. Saya mula bekerja setelah habis mengambil diploma kerana saya tidak bergantung sangat dengan ibu dan ayah. Semasa menuntut di IPTS, saya juga membuat kerja sambilan kerana duit merupakan keperluan yg wajib. Saya bersyukur kerana walaupon kami belum berkahwin, gadis ini tetap tabah dan sentiasa memberi semangat untuk saya memperbaiki taraf ekonomi diri saya.

12. Pelbagai halangan dan dugaan kami tempuh bersama. Segala masalah kami selesaikan bersama. Saya tidak sangka, gadis yg selama ini amat sukar untuk saya dekati menjadi pendamping yg setia untuk saya terus berjaya. Saya mula berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang lain. Gadis ini menyokong tindakan saya. Hidup di kota besar ini sekali lagi menguji kami berdua. Alhamdullilah, kami berjaya tempuhinya.

13. Pada tahun 2006, saya mendapat kerja sebagai eksekutif di salah sebuah syarikat swasta. Pendapatan saya semakin stabil. Kami kongsi bersama kejayaan ini. Pada tahun 2008, gadis ini menamatkan pengajiannya. Sebulan selepas itu, dia mendapat pekerjaan.

14. Saya mengambil keputusan untuk menghwini gadis ini pada penghujung 2008. Tanggal 15 November, ikatan antara kami berdua adalah sah sebagai suami dan isteri. Kami renung kembali setiap langkah2 kami untuk sampai ke impian kami berdua. Bukan senang dan amat berliku, namun ia juga turut di penuhi dengan kisah2 kegembiraan dan keindahan dlm bercinta. Saya percaya, setiap org dapat merasa kemanisan bercinta apabila cinta itu dpt direalisasikan ke gerbang perkahwinan.


15. Pada 29 Oktober yg lalu, tuhan menganugerahkan kami berdua dengan satu karya cinta yg cukup agung. Kami mendapat bayi perempuan seberat 2.84 kg. Ciptaan Allah ini cukup sempurna. Kami amat bersyukur dengan rezeki kurniaan tuhan ini. Kami menamakannya, Eizra Qaish. Saya dan isteri merasa amat bertuah dan tentunya merasa lebih bahagia.

16. Saya sudah melalui pelbagai pengalaman. Saya sudah melakukan bermacam2 perkara. Akan tetapi, tidak ada satu pon yg dapat menandingi pengalaman menyambut cahaya mata. Semua ini lah yg membuatkan saya sebak ketika melaungkan azan di telinga Qaish. Saya dpt merasakan betapa banyak dosa yg saya lakukan terhadap kedua org tua dan kini apabila bergelar ayah, barulah saya mengerti kasih ibu dan ayah terhadap anak2.

17. Saya bersyukur isteri saya selamat melahirkan anak kami. Saya juga bersyukur kerana tuhan menciptakan anak kami dengan sempurna. Segala puji hanya untuk Allah. Setiap kali saya memegang dan merenung Qaish, saya dapat rasakan kebesaran tuhan.

18. Saya dan isteri akan cuba sebaik mungkin membesarkan Qaish. Kami mahu dia menjadi insan yg berguna pada setiap manusia. Kami mahu dia mentaati ibu dan ayahnya. Kami mahu dia bertaqwa kepada penciptanya. Kami juga mahu segala kebaikan adalah untuk dirinya. Moga Allah memberinya peluang untuk mencari keredhaan di dunia dan akhirat. Amin..

19. 15 November 2009 ini adalah ulangtahun perkahwinan saya dan Azira. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya kerana menjadi isteri yg mulia pada diri saya. Saya juga berterima kasih kepadanya kerana berjaya mengandungkan zuriat kami dan melahirkannya. Terlalu besar pengorbanannya. Saya mahu dia tetap disisi sehingga ke akhir waktu. Saya mahu permandangan indah yg saya lihat dari tahun 1995 ini tetap menghiasi diri saya selamanya. Selamat ulang tahun sayang.

20. Kini hidup saya dan isteri memasuki fasa yg baru. Kami adalah ayah dan ibu kepada Qaish. Kami berdoa agar diberikan oleh Allah segala kemudahan dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Saya tetap percaya dengan apa yg sudah ditentukan oleh tuhan mempunyai kebaikan dan hikmahnya. Moga kami berjaya mengharungi semua dugaan kehidupan ini.

21. Sempena ulangtahun perkahwinan saya dan Azira dan sempena kelahiran Qaish, saya ingin memohon keampunan dari Allah yg maha esa, memohon jutaan maaf kepada ibu dan ayah saya, menagih kemaafan dari setiap rakan2 dan kenalan saya dan memaafkan semua kesalahan org lain terhadap diri saya. Doakan kebahagian kami sekeluarga.

22. Kepada Azira dan Qaish, saya amat menyayangi kamu berdua. Azira adalah cinta saya. Qaish ibarat karya cinta kami. Tiada kata yg dapat menggambarkan kisah karya cinta ini.

Tuesday, October 27, 2009

poligami melayu

1. Poligami merupakan satu sunnah nabi. Sunnah ini amat sukar untuk diterima oleh kaum wanita tetapi menjadi anganan dan harapan untuk kaum adam melaksanakannya.

2. Mengapa amat sukar untuk melaksanakan poligami itu?. Sukar bagi suami untuk meminta izin isteri dan sukar juga untuk isteri memberi keizinan. Ada yg melakukannya tanpa pengetahuan isteri, justeru menghadapi kehidupan yg amat sukar.

3. Ada isteri yg sanggup meminta cerai apabila mengetahui suaminya ingin berkahwin lain walhal perbuatan kahwin lain ini bukanlah suatu kesalahan. Tiada isteri yg mahu meminta cerai apabila suaminya tidak solat, tidak menunaikan puasa atau tidak membayar zakat. Semua dosa yg nyata ini dapat diterima oleh isteri dengan pelbagai alasan tetapi apabila suaminya ingin berpoligami, tiada satu alasan pon yg boleh diterima oleh si isteri untuk mengizinkannya.

4. Saya berpendapat, "cinta" merupakan halangan utama untuk berpoligami. Kita tidak boleh berpoligami selagi kita bercinta. Cinta menjadikan poligami itu satu masalah. Kita tahu bahawa kebanyakan poligami yg berlaku pada zaman nabi bukan atas sebab cinta.

5. Saya percaya, setiap orang bercinta. Ada yg bercinta dari sekolah, ada yg baru bercinta, ada yg masih mencari cinta dan ada juga yg masih tidak sedar mereka sedang dilamun cinta. Cinta ini sebenarnya membuatkan kita alpa. Seperti yg saya tulis sebelum ini, apabila kita sudah menemui cinta, semuanya menjadi di luar kawalan.

6. Kita perlu sedar, cinta sebelum kahwin bukan la sunnah nabi kita. Cinta sebelum kahwin ini membuatkan kita hanyut mengikut perasaan yg di belai oleh syaitan. Kita telah cipta pelbagai kenangan indah semasa bercinta. Terlalu banyak janji sudah dipatri semasa bercinta. Kita cuba menjadikan dunia ini hanya milik kita berdua. Kita mula lupa, tuhan menentukan segalanya.

7. Setelah berkahwin, tuhan menentukan pertemuan suami dengan seseorang dan jodohnya juga sudah tertulis. Isteri akan merasa dikhianati. Isteri juga akan merasa diri sudah tidak beharga lagi. Tiupan angin cemburu dan kemarahan dari syaitan terus ditiupkan malah membawa kepada penceraian. Penceraian adalah sesuatu yg kita tahu tidak disukai oleh tuhan. Syaitan berjaya menghalang anak2 adam ini dari melakukan sunnah nabinya dan melanggar tuntutan agamanya.

8. Kita tidak boleh memilih sunnah yg mana kita hendak lakukan. Kita juga tidak boleh melawan ketentuan qada dan qadar. Kita hanya boleh mempersiapkan diri kita untuk menerima sesuatu ketentuan.

9. Saya percaya, bukan mudah untuk kita menolak kehadiran cinta sebelum berumahtangga. Persekitaran sekeliling tidak banyak membantu. Percaya la, tidak sukar untuk kita terus mengecapi kebahagian yg sedang kita miliki dari kita terus mencari kesukaran hanya untuk melakukan satu sunnah.

CEO Arab

1. Sejak dari semalam, setiap kata2 dari seorang CEO terlekat di fikiran saya. Perasaan marah tidak dapat di gambarkan. CEO yg menumpang tuah org melayu ini dengan bangga berdiri di depan puluhan orang2 melayu dan menyuruh orang2 melayu ini keluar dari budaya melayu yg tidak mebawa kemajuan.

2. Saya menerima kritikan dari setiap org lain termasuk bangsa asing. Akan tetapi, sebelum menegur orang lain kita perlu kenal diri sendiri dahulu. Jika ingin menyuruh org lain berjimat, ia bermula dari pemimpin. Kepimpinan melalui tauladan. Jika mahu org lain menepati masa untuk sampai ke suatu majlis, diri sendiri juga perlu menepati masa untuk memberhentikan majlis tersebut seperti yg dijanjikan.

3. Saya merasa terhina dengan kata2 CEO bangsa arab ini. Dia tidak layak untuk berkata apa2 yg dia sendiri tidak mendapat gambaran yg sebenar.

4. Sejak dari semalam juga, saya merasa tercabar. Saya sudah nekad untuk mencari kerja lain atau memulakan perniagaan sendiri. Saya mahu tunjukkan pada CEO arab ini bahawa kejayaan bermula dengan usaha. Setiap usaha pula tidak sah tanpa dugaan. Kejayaan sebenar datang dari keringat melawan segala dugaan dan cabaran ini. Apa guna menumpang kejayaan orang lain dan mendabik dada bahawa anda adalah seorang insan yg berjaya.

5. Saya yakin setiap anak melayu itu boleh berjaya. Masa akan menentukan.

6.Saya berharap agar CEO ini menikmati segala nikmat yg dia perolehi kerana saya yakin nikmat ini tidak akan kekal.

Thursday, October 22, 2009

sejadah, kalimah dan bajet

1. Sejak kebelakangan ini banyak cerita tentang sejadah bangun seolah sedang bersolat. Ini semua karut. Jangan cuba merendahkan nilai islam di pandangan mata org bukan islam. Itu mengkhianati agama namanya.

2. Hari ini di Rusia, ada pula kejadian ayat2 Al-Quran keluar dari tubuh badan seorang budak berusia 9 bulan. Akan tetapi setakat hari ini belum ade berita memberitahu ayat itu dari surah mana. Harap ade kajian yg dijalankan bg mengelakkan berlaku salah tafsir mengenai islam.

3. Esok Perdana Menteri akan membentangkan bajet 2010. Saya berharap agar bajet kali ini tidak la terlalu menekankan semangat 1 Malaysia itu. Pengkhususan untuk kaum melayu perlu diberi keutamaan.

4. Saya berpendapat, bantuan atau peruntukan untuk golongan muda melayu perlu diberikan dan diuruskan dengan betul. Kerajaan tidak perlu meletakkan terlalu banyak syarat dan peraturan apabila memohon dana2 ini. Kerajaan sepatutnya mengumpulkan dulu belia2 melayu ini dan memecahkan mereka mengikut minat dan kebolehan.

5. Seterusnya, kerajaan cungkil sendiri potensi yg ada pd mereka. Perlu diingat, anak melayu bukan tidak berminat untuk berjaya, cuma mereka tidak tahu jalan untuk mencari kejayaan. Tambahan lagi, peluang untuk berjaya juga sgt tipis apabila terpaksa bersaing dengan bangsa yg terlebih dahulu berjaya dr kita.

6. Kerajaan perlu menjadi seperti bapa kpd anak2 cina. Apabila mereka lihat anak mereka tidak minat lagi untuk belajar di sekolah, bapanya akan mula mendorong anak2 mereka ke arah perniagaan yg mereka usahakan. Mereka didik anak mereka menguasai perniagaan keluarga mereka itu.

7. Mereka memastikan masa depan anak mereka tidak gelap. Anak yg tidak mempunyai sijil SPM itu didik menjadi pengusaha perniagaan sehingga berjaya. Oleh kerana itu kita dapat melihat perniagaan seperti bengkel motosikal/kereta, kedai runcit, hardware dan pelbagai lg perniagaan ini sentiasa diwarisi malah lebih berjaya dan berkembang.

8. Saya berharap perkara ini terjadi pula kepada anak2 melayu. Kerajaan perlu melahirkan sendiri usahawan melayu itu. Janganlah di sediakan dana dengan pelbagai syarat dan mengharap anak2 melayu ini akan tampil memohon dan berdikari. Kita akui bahawa anak2 melayu ini lalai dan tiada arah. Adalah menjadi tanggungjawab kita membela nasib mereka jika benar kita pejuang bangsa.

9. Saya percaya anak melayu itu boleh berjaya juga. Jangan kita nafikan hak melayu itu hanya kerana menjaga hati kaum bangsa asing ini. Kita majoriti, dan seharusnya hak kita juga menjadi manapoli di dalam bajet tahunan.

10. Kejayaan satu bangsa itu bergantung kepada pejuang bangsa itu memperjuangkan nasib bangsanya. Ketuanan melayu itu akan tercapai apabila kita bukan lg menjadi hamba di bumi sendiri.

Monday, October 19, 2009

demi cinta

1. Seorang anak buah saya terlalu beria-ia menceritakan kebodohan seorang lagi anak buah yg melakukan pelbagai perkara hanya kerana cinta. Dia percaya bahawa cinta itu tidak boleh mengawal dan menguasai diri kita. Mengikut tafsirannya, kita berhak untuk mencari cinta yg terbaik.

2. Persoalannya, siapakah cinta yg terbaik untuk kita dan bagaimana kita hendak menilai kualiti cinta itu jesteru meletakkannya sebagai yg terbaik?

3. Saya percaya, setiap org ingin bercinta. Saya juga percaya, kita tidak akan tahu siapa jodoh kita kerana itu ketentuan Tuhan. Tidak bermakna kita bertemu dan bercinta, ia akan diakhiri dengan perkahwinan.

4. Akan tetapi, apa yg dilakukan oleh seseorang demi cinta adalah sesuatu yg agung. Hanya insan yg bercinta tahu apa yg dilakukannya. Perasaan kita terhadap seseorang mendorong kita untuk melakukan sesuatu yg kadang kala dinilai oleh org lain seperti gila, bodoh dan bermacam2 perumpamaan yg negatif lg.

5. Bukan salah kita untuk jatuh cinta terhadap seseorang. Pertemuan itu telah ditentukanNya, perasaan itu juga merupakan anugerah dariNya dan setiap yg berlaku kepada diri kita adalah yg terbaik untuk kita. Itu janjiNya.

6. Apabila perasaan cinta kita tidak sama dengan perasaan cinta orang lain, kita tidak berhak untuk menilai tindakan yg dilakukannya oleh orang lain demi cintanya. Itu suatu yg tidak adil. Harga cinta amat "complicated" jika diterjemahkan.

7. Saya berpendapat, kita tidak boleh angkuh untuk mengatakan kita tidak akan melakukan sesuatu yg bodoh hanya demi cinta. Cinta itu ada pelbagai kisah. Dalam usaha kita merialisasikan cinta ke gerbang perkahwinan, kita tidak akan sedar kita melakukan beberapa perkara yg indah di mata kita tetapi bodoh di mata org lain.

8. Kita boleh mengawal untuk tidak jatuh cinta terhadap seseorang itu, akan tetapi apabila kita bertemu dgn cinta kita, ia sudah di luar kawalan.

Friday, October 16, 2009

obor harapan melayu

1. Bangsa melayu adalah bangsa yg mempunyai semangat kental. Akan tetapi, semangat melayu ini perlu sentiasa disemarakkan dengan kata2 perjuangan.

2. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tidak ramai pemimpin yg berani atau bersungguh2 memperkatakan tentang bangsa melayu. Mereka takut dikatakan racis, mereka takut kehilangan kuasa dan ada juga yg lebih beria2 untuk menjadi pemimpin kaum lain sehingga mereka lupa untuk mendengar denyut nadi anak2 melayu ini.

3. Mendengar ucapan dari Presiden UMNO semalam, semangat melayu dalam diri saya juga turut membuak. Saya yakin, ramai juga anak2 melayu di luar sana merasa getaran semangat perjuangan yg di lemparkan oleh saudara Presiden ini.

4. Saya dapati begitu banyak harapan yg diberikan oleh Presiden UMNO ini. Saya berharap, harapan ini akan menjadi kenyataan. Saya turut merasa gembira apabila beliau tetap mempertahankan hak2 melayu termasuk DEB.

5. Saya juga turut bersetuju dengan pandangan beliau mengenai pengorbanan dan tolak ansur kaum melayu terhadap kaum lain semenjak dari tahun 1969 hingga kini. Sudah banyak kita memberi, mengapa perlu kita takut untuk bersuara. Kita perlu buktikan apa yg kita lakukan adalah demi kebaikan negara bukannya kerana perasaan tergugat atau takut terhadap mereka.

6. Saya berpendapat, setiap parti melayu perlu komited terhadap perjuangan kaum melayu. Saya menyeru kepada UMNO dan PAS, buktikan lah bahawa anda tetap menjaga amanah anak2 melayu ini. Biarlah kalian sentiasa berbeza pendapat, berselisih dan saling mendahului tetapi asas perjuangan itu tetap sama, 'demi melayu untuk melayu kerna melayu'.

7. Anak melayu telah meletakkan segunung harapan kepada pemimpin2 melayu ini. Harapan ini jangan sekali dikhianati. Buktikan kepada kami anda adalah pejuang yg sebenar. Jangan melakukan kerosakan terhadap bangsa anda sendiri dek kerana mabukkan kuasa.

8. Obor harapan bangsa ini tidak akan pernah padam selagi ia berada pada tangan anak bangsanya sendiri.

Wednesday, October 14, 2009

tongkat melayu

1. Ucapan Ketua Pemuda pada persidangan UMNO kali ini betajuk 'Di persimpangan jalan perjuangan'. Antara lain, beliau menyebut "Pembaharuan ke arah kepimpinan nasional Melayu yang lebih jitu akan boleh dilaksanakan sekiranya orang Melayu sendiri membuat anjakan kepada perjuangan yang berbekalkan keyakinan ketamadunan kita, atau civilisational confidence. Keyakinan ketamadunan ini bermakna kita yakin dengan keupayaan bangsa untuk melangkah ke hadapan, mengukir kejayaan tanpa perlu takut bayang-bayang sendiri. Inilah cabaran generasi kita".

2. Beliau juga menyebut, "Hak dan keistimewaan Melayu itu penting. Namun yang lebih penting adalah bagaimana bangsa kita diperkasakan. Apa yang perlu kita wujudkan ialah satu dimensi baru dalam perjuangan Melayu supaya pegangan ekonomi dan status bangsa kita dapat dimajukan, sesuai dengan semangat pemerkasaan Melayu yang wajib dicapai bersama. UMNO dan bangsa Melayu secara keseluruhannya, perlu beralih daripada kaedah atau setting defensif yang selalu menganggap ada orang lain mahu merampas hak dan hartanya, kepada Melayu yang berbekalkan keyakinan ketamadunan bangsa, mengukir visi kemajuan untuk masa hadapan. Inilah dilema Melayu yang baru ¡V persoalan generasi yang wajib dijawab. Adakah kita hanya mahu mempertahankan simbol demi simbol atau adakah kita berani menerima hakikat bahawa perlu ada perubahan mekanisme dan visi demi melihat bangsa Melayu itu terus melangkah maju? Bagi saya, pilihan kedua merupakan jawapannya".

3. Saya berpendapat, mempertahankan hak melayu di dalam perlembagaan adalah sebahagian di dalam visi memperjuangkan hak melayu. Memberi tongkat atau keistimewaan terhadap kaum melayu bukanlah satu tanggungjawab, tetapi satu kewajipan. Mengapa melayu harus diberikan pilihan untuk berjaya. Memperkasakan melayu adalah menyediakan melayu itu dengan segala keperluan dan kehendaknya. Perlukah kita bersetuju dengan pendapat Ketua Pemuda ini bahawa visi melayu bukan untuk mempertahankan kuota semata-mata, tetapi untuk merasa bangga melihat orang Melayu berjaya dengan kekuatan sendiri.

4. Melayu mampu mencipta kejayaan melalui kekuatan sendiri namun hak tetap hak. Kuota perlu dipertahankan. Perlu diingatkan, setapak kita mara kehadapan, mungkin 10 tapak pula bangsa asing ini mara. Apakah kuota sekecil ini adil bagi melayu yg mewakili majoriti?

5. Saya percaya, setiap anak melayu itu mempunyai visi untuk memertabatkan bangsa melayu ini. Kita tidak akan berjaya membina bangsa selagi kita tidak kenal bangsa kita. Kita akan tahu hak bangsa kita apabila kita sudah kenal bangsa kita. Ketamadunan bangsa lebih bernilai apabila setiap anak bangsa itu sentiasa diberikan hak yg wajib atas diri mereka.

6. Saya menaruh harapan kepada semua pejuang bangsa untuk menjulang bangsa melayu ini akan tetapi mengapa perlu kita kikis keistimewaan kita sendiri untuk kita diktiraf berjaya dan berdaya saing.

7. Bukan salah melayu jika ditakdirkan dengan beberapa keistimewaan di bumi melayu ini. Kita menerima kewarganegaraan bangsa asing bukan untuk bersaing bersama mereka. Janganlah kita jadikan mereka sebagai penanda aras bagi kejayaan bangsa kita.

8. Dalam masa yg akan datang, cabaran untuk bangsa melayu lebih hebat dan mencabar. Kita sepatutnya menuntut lebih lagi keistimewaan. Hak dan keistimewaan yg relevan mengikut masa dan zaman perlu ditambah.

9. Kini setelah 50 thn lebih kita merdeka, kita tidak lagi perlu mempertikaikan hak melayu ini tetapi memikirkan mana lagi hak kita yg perlu kita tuntut. Jangan kita biarkan bangsa asing ini menuntut sesuatu bukan hak mereka dalam masa yg sama mempertikaikan hak kita.

10. Sudah tiba masanya garisan berkembar untuk larangan memotong itu kita terangkan warnanya agar setiap bangsa di bumi melayu ini sedar batasan mereka.

Tuesday, October 13, 2009

perang melayu

1. Semua sudah sedia maklum bahawa Barisan Nasional telah menang di Bagan Pinang. Semua umat melayu juga turut menyaksikan bagaimana permusuhan antara penyokong kedua2 parti. Proses pengundian di tanah melayu ini semakin memperlihatkan perpecahan antara umat melayu itu sendiri.

2. Apabila kita bercakap mengenai perpaduan bangsa, ia perlu melampaui dari semua segi. Melayu itu bersatu tanpa mengira negeri kelahiran, tanpa memandang warna parti politiknya dan juga tanpa memperlihatkan taraf kehidupannya.

3. Keperluan dan kehendak untuk melayu itu bersatu sudah mencapai kepada tuntutan wajib.Melihat fenomena yg berlaku di Bagan Pinang, melayu itu perlu sedar bahawa permusuhan yg melampau ini akan merugikan diri kita sendiri.

4. Saya berpendapat, perlu ada satu pergerakan di luar sana yg terdiri dari golongan pemikir melayu membentuk satu gabungan antara setiap parti melayu untuk mencari atau mewujudkan satu suasana pilihanraya yg baru, yg lebih matang. Biarlah kita bertentangan fahaman politik namun untuk kita berperang sesama bangsa jauh sekali.

5. Melihat kepada keputusan EGM parti MCA, kita dapat menilai bahawa bangsa asing ini tetap bersatu walaupon tidak bersetuju dlm beberapa perkara. Mereka menerima kembali Dato Chua Soi Lek tetapi tidak diberikan jawatan. Di situ kita lihat bahawa menjaga ukhwah bangsa lebih utama dari perebutan kuasa.

6. Moga di masa akan datang kita akan lebih kenal siapa musuh yg sebenar.

Friday, October 9, 2009

bagan pinang

1. Pengundi Bagan Pinang akan memilih wakil mereka pada hari Ahad ini. Pilihanraya kecil ini memperlihatkan pertembungan antara UMNO dan PAS.

2. Selama seminggu berkempen, bermacam2 isu yg telah diperkatakan. Diharap rakyat Bagan Pinang dapat menilai sebelum membuat keputusan.

3. Saya selaku anak melayu Negeri Sembilan, berharap kepada mana2 calon yg menang sentiasa dpt menjaga kepentingan islam dan melayu di tanah beradat ini. Jika diperhatikan, selepas pilihanraya March 2008, terlalu ramai adun bukan melayu yg mewakili penduduk di Negeri Sembilan ini. Beri la keutamaan terhadap perjuangan bangsa sebelum memikirkan penyatuan bersama bangsa asing.

4. Bangsa Melayu Negeri Sembilan adalah bangsa beradat. Bak kata sahabat saya, " kalo dilipek sobosar kuku, kalo dibontang sobosar alam, kok hilang dichari, kok hanyut dipinteh,kok tonggolam disolam, datang biarlah nampak muko,pulang biarlah nampak belakang, jauh diimbau, dokek digamit. Apa jua parti politiknya, kita tetap anak melayu.

Thursday, October 8, 2009

BIADAP!!!

1. Sejak akhir2 ini kerap kali saya lihat beberapa wakil pembangkang yg bukan islam berkempen menggunakan ayat2 Al-Quran. Apakah perasaan sebenar melayu islam melihat perlakuan biadap ini?

2. Jika di zaman nabi dahulu, orang2 kafir selalu bertanya dan menguji nabi2 kita tentang kebenaran islam dan kewujudan Allah. Ia terjadi kerana ketika itu islam di dalam proses penerimaan. Kini org kafir lakhnat di Malaysia pula mempersendakan kata2 Allah di depan umat islam itu sendiri. Apakah mereka mempunyai kelayakan untuk membuat sesuatu tafsiran?

3. Seperti yg kita ketahui, untuk menafsir ayat2 Al-Quran itu, kita memerlukan pelbagai ilmu sampingan. Kebiasaannya, tugas menafsir Al-Quran diberikan kepada ulamak2 sahih islam.

4. Mengapa melayu membiarkan bangsa asing itu dengan sahaja mencari dan menghina kesalahan yg dilakukan oleh org islam. Bangsa asing ini dengan sengaja cuba mnyuruh kita memerangi kaum kita sendiri dengan menggunakan hujah dari kitab suci kita. Apakah tindakan ini benar?

5. Saya akui, kita dipersendakan kerana kesilapan dan kelemahan diri kita sendiri. Akan tetapi, itu bukan boleh dijadikan alasan untuk kita membiarkan bangsa asing itu mencerca bangsa kita yg lalai dan lupa dlm melakukan tanggungjawab sebagai org islam. Kita masih ade pendakwah islam kita sendiri. Kita tidak mahu bangsa asing ini menggunakan Al-Quran untuk mencari kelemahan islam. Jika budaya ini berterusan, saya tidak nafikan bahawa urusan dakwah itu tetap akan gagal. Malah jangan terkejut jika suatu hari nanti akan bertambah ramai golongan yg murtad.

6. Saya mahu melayu itu bersatu apabila berbicara tentang agama dan bangsa. Jangan kita bersorak apabila melihat bangsa asing ini membaca Al-Quran, tetapi kita tidak sedar setiap ayat yg dilafazkan oleh mereka hanya untuk memperlihatkan kepada penganut agama lain bahawa terlalu banyak kesalahan yg tertulis di dalam Al-Quran itu.

7. Saya masih ingat lagi tentang satu kisah yg berlaku di Sabah. Seorang individu murtad kepada kristian mempersoalkan tentang maksud ayat di dalam surah Al-Fatihah. Katanya, "setiap individu islam itu membaca surah Al-Fatihah di dalam solatnya termasuk la nabi Muhammad. Akan tetapi makna satu ayat di dalam surah AL -Fatihah ini adalah 'tunjukkan aku jalan yg lurus '. Ini bermakna, nabi bg umat islam itu pon masih mencari jln yg lurus."

8. Politik itu suatu keperluan di dalam kehidupan. Politik tidak boleh dipisahkan dengan islam. Saya harap parti PAS perlu memperjuangkan hak2 islam itu secara telus dan berani. Dimanakah bezanya PAS dan UMNO jika islam itu digadai semata2 demi kuasa?

Wednesday, October 7, 2009

aku cinta 'dia' dan kamu.

aku hanya milik 'dia'
kamu ada hanya untukku
aku tetap bersama 'dia'
kamu tidak pernah jauh dari hatiku


bila aku sentuh kamu
'dia' turut merasa
bila aku lukai kamu
'dia' turut hiba


ketika aku bertemu kamu
'dia' membiarkan aku
ketika kamu pergi dariku
aku pulang mencari 'dia'


kamu tidak seperti 'dia'
'dia' itu bukan kamu
kamu dan 'dia' tetap satu
aku cinta 'dia' dan kamu

tentang cinta

1. Semalam saya menulis tentang cinta. Ini kali kedua saya menulis tentang cinta. Banyak komen yg saya terima. Mungkin kenalan saya lebih berminat berbicara mengenai cinta dari bercerita tentang bangsa melayu.

2. Saya akui, saya bukan lah seorang lelaki yg menjaga cintanya sepenuh hati. Insan yg bersama saya sejak 10 tahun dulu acapkali terluka dengan perbuatan dan kata2 saya. Mungkin sebenarnya saya tidak layak berbicara tentang cinta. Mungkin juga cinta itu tidak pernah saya pamerkan dengan sebaiknya.

3. Akan tetapi, saya cuma ingin mencintai dirinya. Dia adalah cinta dan cinta hanya untuk dia.

Tuesday, October 6, 2009

mencintai atau dicintai

1. Kehidupan memerlukan kasih sayang. Kasih sayang bermula dengan perasaan cinta. Cinta itu begitu indah bila dikongsi bersama seseorang yg punya rasa yg sama dengan diri kita.

2. Terdapat beberapa persoalan tentang cinta. Akan tetapi, di dalam hidup ini adakah kita perlu mencintai seseorang atau hanya dicintai?

3. Saya berpendapat, cinta itu hak setiap insan. Ia hadir tanpa sempat kita berfikir. Ada orang yg cintanya pada pandangan pertama. Ada pula yg sedar itu cinta setelah lama bersahabat. Tak mustahil juga kita jatuh cinta pada yg tak pernah kita fikir itu adalah cinta kita.

4. Kembali kepada persoalan di atas, saya bersetuju dengan pendapat bahawa sebelum kita dicintai oleh seseorang kita perlu mula mencintai. Ini bermakna, dicintai adalah proses yg kedua setelah mencintai. Ia tidak dtg sekali.

5. Setiap org berharap untuk dicintai oleh seseorang yg benar2 ikhlas. Kita mahukan seseorang yg cantik, kaya, baik, memahai, romantik , penyayang dan pelbagai ciri2 positif lg. Bermacam2 harapan dan angan2 lg yg selalu kita fikirkan bila kita terlalu mengharapkan cinta dari seseorang atau hanya mahu dicintai.

6. Cinta itu sesuatu yg perlu diusahakan. Ia bermula dengan mencintai org lain. Kita tidak boleh mendapatkan cinta yg sebenar jika kita tidak berusaha mencintai seseorang itu sepertimana kita mengharapkan org itu mencintai kita. Apabila kita mencintai seseorang itu, kita perlu ikhlas. Kita semai dengan kasih sayang. Kita tunjukkan cara menghargai diri org lain. Kita cuba fahami kehendak dan keperluan pasangan kita. Kita tepati setiap kata yg telah kita ucapkan. Dengan kata lain, apabila kita mencintai seseorang , cintailah dia seperti kita mengajarnya bagaimana memberi cinta yg sebenar-benarnya.

7. Cinta jika hanya dengan harapan tidak akan turun dari langit. Cinta memerlukan usaha kerana cinta itu amat berharga. Oleh itu, cintailah seseorang itu sebaiknya agar kita benar2 dicintai.

8. Saya percaya, cinta itu lebih indah dan sentiasa mekar jika setiap hati manusia itu hanya mencintai. Kita hidup bukan untuk dicintai kerana setiap diri kita ini tidak sempurna. Kita tidak boleh mengharapkan org lain menerima kekurangan diri kita sebelum kita jatuh cinta terhadap kekurangannya.

9. Ingatlah, apabila kita mencintai seseorang itu sepanjang hayat, kita sebenarnya mencintai kekurangannya. Perpisahan berlaku apabila kita tidak lagi boleh menerima kekurangan tersebut.

Friday, October 2, 2009

sesudah raya

1. Sudah hampir 2 minggu kita menyambut syawal. Suasana hari raya masih lagi terasa. Undangan ke rumah2 terbuka juga semakin banyak diterima. Itulah uniknya hari raya di tanah melayu.

2. Pagi hari raya seluruh ahli keluarga berhimpun sesudah menunaikan solat aidilfitri. Upacara memohon ampun dan maaf di mulakan. Yang muda memohon maaf dari yg tua, anak2 memohon maaf dari ibu bapa dan para isteri memohon maaf dari suami. Boleh dikatakan, setiap keluarga melayu itu melakukan upacara ini. Adakah ini suatu keperluan?

3. Saya berpendapat, kita perlu memohon maaf setiap kali kita melakukan kesilapan. Setiap anak itu perlu memohon maaf dari ayah dan ibu setiap hari kerana mungkin ada perkataan atau perbuatan kita yg membuat ibu bapa kita berkecil hati. Jika ibu bapa tidak redha atas diri kita maka Tuhan juga tidak akan redha atas kita.

4. Apabila anak2 sudah berkahwin, anak lelaki masih mencari keredhaan ibu dan bapanya akan tetapi anak perempuan perlu mencari redha atas suaminya sahaja. Apakah makna hari raya tanpa keredhaan dari seorang yg berhak atas diri kita? Apa yg saya maksudkan adalah, selama ini kita selalu silap pandauan dlm mencari arah kehidupan. Kita masih lg belum pasti apa sebenarnya tujuan kita membina sebuah keluarga.

5. Apabila seorang isteri itu menjadi hak suaminya, dia perlu patuh terhadap suaminya. Segala keputusan suami adalah wajib untuk dituruti. Isteri tidak perlu bersalam di pagi raya meminta ampun dan maaf jika di dalam hatinya tiada niat untuk mematuhi segala arahan suami dan tidak berikrar untuk memperbaiki diri pada masa akan dtg. Mengapa hanya pd hari raya upacara memohon kemaafan itu lebih beremosi dari hari2 biasa walhal kesilapan itu tetap dilakukan pd hari yg lain.

6. Untuk itu, saya berharap agar setiap insan melayu diluar sana faham tentang peranan dan tanggungjawab diri sebelum memainkan peranan hari2 istimewa tersebut. Setiap hari itu tiada pengisiannya jika diri kita tidak diisi dengan pengisian yg lebih bermutu. Saya berharap, pada hari raya yg akan dtg, setiap bangsa melayu itu cukup sekadar mengucapkan selamat hari raya. Tiada lg maaf zahir dan batin.

7. Janganlah kita rosakkan dan hina hari raya itu semata2 untuk memenuhi tuntutan budaya melayu sahaja. Bangsa bertunjangkan agama, budaya menunjukkan bangsa.

p/s; entri ini tiada kena mengena dengan sesiapa. cuma sekadar berkongsi untuk kita berfikir apakah sepanjang kita membuat persiapan hari raya dan semasa kita menyambut hari raya kita mengabaikan keredhaan dari org yg berhak atas diri kita sehingga hari raya itu menjadi hari penambah dosa setelah sebulan ramadhan kita cuba menambahkan amalan.

Tuesday, September 15, 2009

nasihat untuk kaum India

1. Saya menulis blog ini hanya untuk memaparkan kisah2 hidup, atau liku2 hidup anak2 melayu. Anak2 melayu yg lalai semasa zaman persekolahan dan kini cuba sedaya upaya berjuang untuk membina kehidupan. Anak2 melayu yg kurang diberikan apa yg mereka mahukan tetapi dihidangkan sesuatu yg tidak terdaya mereka miliki.

2. Akan tetapi, semalam saya membaca kisah antara Tun Dr Mahathir dan pihak MIC. Saya berasa amat marah. Pertama, kerana Tun org melayu, dan beliau dikecam oleh India. Saya bukan pengikut fanatik Tun, tp bg saya Tun pejuang untuk bangsa melayu. Nik Aziz pejuang agama untuk org melayu ( tp saya masih tidak bersetuju PAS bekerjasama dengan DAP). Saya merasakan pihak MIC itu sudah kurang ajar.

3. Saya berpendapat, setiap negarawan itu perlu dihormati kerana jasa beliau. Jika ada sesuatu yg kita tidak setuju dengan beliau, kita perlu memberitahunya dengan cara yg sopan. Bukan dengan cara biadap seperti yg dilakukan oleh MIC.

4. MIC sedang bergelut untuk mencari atau menarik kembali sokongan dari kaum India. Dalam mereka berusaha mengukuhkan parti, terdapat suara2 sumbang yg cuba menjadi hero filem tamil. Mereka cuba mempertikaikan tanggungjawab kerajaan untuk membela kaum India, mereka juga memprotes terhadap agama islam dan mengatakan islam di Malaysia zalim terhadap kaum India dan mcm2 lg isu.

5. Saya ingin memberi nasihat kpd kaum2 India yg tidak tahu mengenang budi ini, carilah kekutan bangsa anda sebelum anda menyalahkan kaum lain terhadap kekurangan yg anda miliki. Anda perlu tahu apa sumbangan anda terhadap ibu pertiwi ini. Anda perlu lihat sedalam2nya masalah kaum anda. Lihat bangsa Cina, mereka membina kekuatan ekonomi sehingga melayu itu sendiri terpaksa bergantung dengan mereka. Jangan sibuk dengan toddi dan judi, fikir untuk membunuh diri atau membuat bising di jalanan setiap kali ada upacara keagamaan.

6. Untuk menjadi bangsa yg mempunyai kelas tersendiri, kaum India perlu bina sendiri kasta mereka. Displin diri perlu ditukar. Adat atau budaya yg merosakkan kaum itu perlu di hapuskan. Cuba menerima pendapat yg boleh membina bangsa walaupon ia adalah pendapat yg amat pahit untuk kita terima.

7. Saya harap kaum India tidak hanya memperjuangkan hak2 mereka sahaja. Mereka perlu juga menilai kelemahan dan dilema mereka sendiri. Fikirkan tentang kelemahan sebelum menunjukkan kekuatan. Nasihat saya, JANGAN CABAR MELAYU!!!

Monday, September 14, 2009

perasaan,suasana dan 7 likur

1. Malam ini adalah malam 7 likur. Jika di kampung, kebanyakan rumah sudah diterangi pelita. Permandangan yg menarik dpt dilihat di sepanjang jalan jika saya memandu dari pekan Terachi hingga ke kg saya.

2. Malam 7 likur mempunyai pelbagai kisah di dalam budaya masyarakat melayu. Terpulang pada kita untuk percaya atau tidak. Apa yg penting, suasana hari raya makin terasa. Bermacam2 gelagat dpt kita lihat, ada yg masih tidak habis mencari dan menyediakan persiapan hr raya, ada yg dah mula pulang ke kg, ada yg masih belum menghantar kad ucapan hr raya dan bermacam2 lg.

3. Dalam pada itu, ada juga yg kurang bernasib baik, kurang berkemampuan atau telah kehilangan seseorang. Pada insan2 ini, perhatian perlu diberikan. Mungkin persiapan raya mereka terbatas, tidak seperti org2 lain yg lebih bernasib baik. Suasana hari raya mereka tidak semeriah org lain. Apakah perasaan mereka sebenarnya?

4. Saya berpendapat, hari raya bukan hari untuk bersedih. Hari raya perlu di muliakan dan kita wajib bergembira pada hari itu. Akan tetapi, semua ini tidak mudah bagai di kata. Ini melibatkan hati dan perasaan. Saya harap mereka tabah menempuh semua ini.

5. Saya juga berpendapat, apa yg membuatkan seseorang itu bersedih di hari raya adalah faktor sekeliling. Maksud saya, cara kita meraikan hari raya ini. Pernah atau tidak kita semua sedar sebenarnya cara kita menyambut hari raya ini byk memberi tekanan kepada org2 lain di sekeliling kita. Kita tidak memikirkan nasib2 org sekeliling kita, kita membuat persiapan tanpa memikirkan kekurangan atau halangan org lain untuk membuat persiapan seperti kita. Kita berbelanja tanpa kita sedar keperluan kita yg berlebihan memberi kesedihan kpd org lain.

6. Biarlah kita beraya seperti diri kita merayakan org lain. Seperti kita merayakan perasaan org lain, seperti kita merayakan hari itu untuk menghilangkan kesedihan org lain. Seperti kita merayakan insan2 yg telah kehilangan seseorang dlm diri mereka. Biarlah juga hari raya ini menjadi pengubat kepada masalah2 org sekeliling kita. Kita tidak mahu lg menjelang hari raya ini, byk hati2 yg masih bersedih.

7. Kita perlu rasa apa yg mereka rasa, akan tetapi bukan bermakna berkongsi duka, tetapi berkongsi rasa gembira.

Tuesday, September 8, 2009

hari raya

1. Hanya tinggal 12 hari saja lagi untuk kita berpuasa. Selepas itu kita akan menyambut 1 syawal. Saya terkenang seketika waktu menyambut hari raya semasa kecil dahulu. Hari raya tanpa Jln masjid India, Jln TAR atau mana2 shopping complex.

2. Saya dibesarkan di sebuah kg di daerah Kuala Pilah. Saya mula belajar puasa semasa saya berada di darjah 2. Pada masa itu saya dpt merasakan cabaran berpuasa kerana terpaksa mengayuh basikal untuk ke sekolah. Juadah yg saya suka semasa berbuka adalah air buah beluluk. Pada masa itu belum ada sgt bazar ramadhan ni. Mak saya yg byk membuat kuih dan memasak makanan untuk berbuka.

3. Pada mlm 7 likur, saya dan abg saya akan mula memasang pelita. Pernah suatu ketika, saya dan abg membuat pelita dari buluh. Cantik sekali. Setiap mlm dlm mlm 7 likur, rumah kami akan diterangi dengan cahaya pelita.

4. Apabila raya semakin hampir, kami adik beradik makin sibuk membantu mak dan abah. Selalunya tugas2 seperti lap tingkap dan basuh tangga adalah kerja saya. Sambil mendengar lagu raya, semua kerja dilakukan sehingga selesai. Suasana raya makin terasa.

5. Pada hari mantai pula, mak semakin sibuk. Kesian juga melihatnya. Akan tetapi, kami tetap membantu. Kami tlg mak kacau rendang, tlg mak jaga kuih bahulu dan mcm2 lg. Pada mlmnya terasa debaran menunggu pengumuman hari raya. Kami berharap sgt supaya keesokannya hari raya.

6. Pada mlm raya ni, kami selalu akan merasa marah terhadap mak kami. Bukan apa, mlm raya adalah mlm pesta bermain mercun, tetapi mak masih memerlukan khidmat kami untuk mcm2 kerja lg seperti memasang langsir, memasukkan kuih dlm bekas kuih, menukar alas meja, menyusun atur meja dan mcm2 lg la. Apakan daya, kami cuma 3 beradik. Takde sapa lg mak nak harapkan.

7. Malam pesta mercun adalah mlm yg penuh kegembiraan. Kami akan berlawan dgn jiran2 untuk menentukan mercun siapa yg lg byk. Dentuman bunyi meriam juga byk kedengaran. Bunyi meriam siapa yg lebih kuat, dialah pemenangnya.

8. Kami akan bermain sehingga lewat mlm. Selepas itu barulah kami akan cuba melelapkan mata sambil di dalam fikiran merancang perjalanan untuk mencari duit raya keesokannya. Selalunya, kami akan berbasikal dari hujung kg ke hujung kg. Semua rumah cikgu akan kami lawati. Setiap dari kami akan cuba mengutip duit raya sebanyak mungkin.

9. Inilah serba sedikit pengalaman raya saya semasa kecil. Saya percaya, pengalaman ini mungkin sama dengan pengalaman bdk2 kg yg lain. Apa pon ceritanya, semua pengalaman inilah yg menjadikan raya kita apabila sudah dewasa ini tetap seronok dan meriah walaupon byk perkara2 itu sudah tidak kita lakukan lg.

satu tapak

1. Malam tadi saya pergi berjumpa dengan rakan2 yg bersama saya semasa mula2 menuntut di sebuah kolej di Port Dickson. Sudah 10 thn kami berkawan. Banyak jugak pengalaman yg telah kami lalui bersama.

2. Tidak dinafikan, semasa zaman belajar kami semua lalai. Tidak fokus dengan pengajian tetapi lebih menumpukan minat terhadap motosikal. Jika di imbas kisah lalu, mungkin pensyarah2 kami tidak akan percaya dengan apa yg kami ada sekarang dan siapa diri kami.

3. Jika 10 thn dahulu, topik perbualan kami byk berkisar tentang model2 motosikal dan juga alat2 ganti motosikal, kini semua sudah berubah. Kami membesar bersama, kami memajukan diri dari satu tapak ke satu tapak. Malam td tajuk perbualan byk berkisar tentang model2 kereta buatan luar negara. Kami tidak berbual kosong, kebanyakan dari kami sudah memiliki model2 kereta sedan dan mpv dari luar negara( saya masih menggunakan proton ).

4. Saya merasakan masa itu cepat berlalu. Masa mengubah pendirian kami dan masa juga mengajar kami untuk untuk melangkah setapak lg. Pantasnya masa berlalu hingga kami tidak sedar yg masing2 sudah mempunyai isteri, anak2, bakal menjadi bapa dan juga ada perniagaan sendiri.

5. Saya bersyukur dengan setiap rezeki yg tuhan bg terhadap diri saya dan rakan2 saya. Moga dengan setiap ketentuan itu, ada hikmah disebaliknya.

p/s: rakan2 sekolah saya dulu banyak juga yg telah berjaya. kepada yg sedang gigih membina kehidupan dan mencari kejayaan, saya ucapkan selamat berjaya.

Wednesday, September 2, 2009

bapa melayu

1. Semalam saya menemani isteri ke klinik kesihatan untuk membuat rawatan bulanan ibu mengandung. Saya tidak mahu mengulas tentang kualiti khidmat yg diberikan walaupon saya merasakan taraf perkhidmatannya terlalu lembab.

2. Semasa saya sedang menunggu nombor giliran isteri, saya memandang setiap muka bakal2 ayah yg hadir di situ. Tidak kira setebal mana iman rock mereka, tidak kira sepantas mana rempit mereka, tidak kira sesusah mana mencari rezeki dan tidak kira seramai mana anak yg telah mereka miliki, hati saya dapat merasakan mereka semua teruja menanti kelahiran bayi masing2. Ternyata anak itu suatu anugerah yg ulung.

3. Di dalam kehidupan, kita menempuh pelbagai pengalaman. Kita mencuba pelbagai jenis kehidupan. Ada yg berjaya melalui semua itu dan ada juga yg hanyut bersama gelora nafsu. Akan tetapi apabila kita sudah bersedia untuk menjadi ayah, kita mahukan yg terbaik untuk anak2 kita. Kita mahu semua pengalaman kita dijadikan aras atau sempadan untuk menilai tindak tanduk anak2 kita.

4. Saya berharap, setiap anak melayu itu dpt membesar dgn baik. Moga diberikan mereka dengan segala keperluan dan bukan kemahuan. Bekalkan la anak2 melayu ini dengan ilmu2 dunia dan akhirat. Kita mahu anak melayu yg akan dtg mempunyai kualiti sehebat kuantiti. InsyaAllah...

Thursday, August 27, 2009

cita-cita

1. Di dalam hidup ini perlu ada cita-cita. Untuk mencapai cita-cita, perlu ada perancangan. Di dalam diri setiap individu cita-cita mungkin bertujuan untuk menjadikan impian kejayaan suatu kenyataan. Sesiapa yg berjaya mencapai cita-cita, mereka akan lebih merasakan nikmat hidup ini.

2. Cita-cita dtg dari pelbagai bentuk.Terpulang kepada siapa yg mencipta cita-cita itu. Untuk meletakkan suatu cita-cita, kita terlebih dahulu melihat siapa diri kita.

3. Di dalam diri setiap melayu mesti terdapat cita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri. Mereka ingin berjaya atau kaya seperti bangsa lain. Perniagaan adalah satu jln utk membina kekayaan.

4. Akan tetapi, pernahkah kita terfikir suatu cita-cita itu bukan milik kita. Saya tidak mahu bercerita tentang cita-cita tanpa usaha. Ini cita-cita yg telah kita sedaya upaya usahakan tetapi masih lg tidak menjadi milik kita.Mengapa ianya terjadi?

5. Saya berpendapat, cita-cita itu perlu tulen. Ia bukan suatu perancang untuk meniru guna atau mencetak rompak. Cita-cita perlu lahir dari pemikiran kita untuk membina diri berpandukan kebolehan dan kemampuan.Mungkin cita-cita yg kita letakkan terlalu rendah untuk diri kita atau sebaliknya yg membuatkan kita gagal mencapai cita-cita.

6. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada sesiapa yg telah mencapai cita2 jangka pendek/jauh mereka. Pengalaman dan tunjuk ajar dari anda sgt berguna kepada anak2 melayu muda kita yg baru hendak mengenal cita-cita. Berilah sesuatu untuk bangsa dan negara yg kita cintai ini.

Tuesday, August 25, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!

1. Bulan ini adalah bulan kemerdekaan kepada Negara kita. Saya sebagai anak Malaysia bangga kerana sudah 52 tahun kita mempertahankan kemerdekaan.

2. Ada pendapat mengatakan, Malaysia negara bertuah hanyalah mitos semata. Bagi mereka, setiap negara mempunyai keistimewan tersendiri dan tidak adil membandingkan Malaysia dengan negara lain. Malaysia terperangkap di dalam kelas ciptaan kita sendiri. Biarlah mereka dengan mitos mereka.

3. Saya berpendapat, setiap anugerah perlulah dihargai. Itulah cara kita mensyukuri nikmat Tuhan. Akan tetapi, di zaman globalisasi ini, penjajahan tidak semestinya menggunakan senjata canggih dan moden. Penjajah juga tidak datang dari negara berlainan, tetapi mungkin juga dari negara yg sama tetapi berlainan bangsa.

4. Jika kita lihat keadaan anak melayu sekarang, saya dapat merasakan yg mereka kebanyakannya sudah mula di jajah oleh bangsa lain. Kita tidak boleh hidup tanpa bangsa lain dan kita juga tidak boleh menidakkan keputusan bangsa lain yg di buat terhadap kita. Bukankah itu menggambarkan kita tidak merdeka???

5. Untuk kita mencapai sesuatu mengikut keinginan diri kita, suatu pengorbanan perlu dilakukan. Di zaman Jepun dahulu, untuk kita dapat terus hidup, kita perlu mengorbankan beras dan maklumat kepada Jepun. Kini semuanya sudah menjadi seperti dahulu. Kebanyakan kesejahteran hidup anak melayu bergantung kepada bangsa lain.

6. Kita tidak mahu anak melayu itu terus dijajah. Kita mahu anak melayu itu merdeka secara gemilang. Akan tetapi, semua ini tidak akan tercapai selagi melayu itu tidak bersatu, dan akan bertambah buruk lagi sekiranya ada juga anak melayu yg menjadi tali barut bangsa lain.

7. Saya berharap dan berdoa, moga kemerdekaan negara ini terus kekal dan setiap jiwa anak melayu itu akan bangkit suatu hari nanti mencari kebenaran dan bersatu menentang segala tipu daya dan jajahan bangsa lain ini. Saya bukan menghasut membenci bangsa lain, tetapi sekadar mahu melayu itu tidak lupa. Jika dulu kita dijajah oleh BANGSA ASING, kini tidak mungkin BANGSA LAIN pula akan menjajah kita.

8. Selamat menyambut kemerdekaan kepada Malaysia dan selamat memerdekakan bangsa kepada MELAYU.

Redha

1. Baru2 ini saya ada bertemu dengan seorang sahabat. Kami sudah lama berkawan. Dia menceritakan pengalamannya menyambut kelahiran anak pertama di sebuah hospital swasta.

2. Menurut sahabat saya, isteri beliau mengalami kesukaran untuk bersalin. Isterinya terpaksa masuk wad selama 3 hari untuk bersalin. Setelah kekeringan air mata menangis akibat menanggung kesakitan, doctor bertanya kepada sahabat saya, “ apa yg kamu belum redha dengan isteri kamu?” menurut doctor tersebut, walaupon tiada kajian saintifik tetapi dari segi pandangan islam, isteri perlu mencari keredhaan suami sebelum melahirkan anak. Syurga isteri terletak di kaki suami.

3. Syukur Alhamdullilah, setelah beliau memaafkan segala dosa dan perkara2 yg membuatkan dirinya berkecil hati, isterinya selamat melahirkan seorang putera sulung. Tahniah…

4. Apabila melihat ke dalam diri saya pula, saya insaf.Saya mula memaafkan isteri saya setiap malam sebelum tidur walaupon tiada permintaan maaf dari isteri saya. Saya tidak mahu isteri saya menanggung sesuatu beban mahu di dunia atau di akhirat.

5. Akan tetapi, bagaimana pula dengan kerhedaan dari ibu terhadap saya? Pernahkah ibu saya berkecil hati dengan setiap perbuatan saya? Bukankah syurga seorang anak lelaki atau suami itu terletak di bawah tapak kaki ibunya? Apakah masih ada ruang untuk saya mencium bau syurga?

6. Moga Tuhan memberikan saya kekuatan untuk mencari keredhaan dari ibu saya dan memudahkan saya memberi keredhaan kepada isteri saya. Amin……

Salam Ramadhan

1. Agak lama saya tidak menulis di dalam blog ini. Ini kerana keadaan saya yg agak sibuk menguruskan keluarga dan kerja.

2. Seminggu sebelum Ramhadan, saya ada mengadakan majlis kenduri doa selamat untuk isteri saya. Majlis bertujuan memohon doa agar dijauhkan dirinya dari segala kesusahan semasa mengandungkan anak pertama ini.Alhamdullilah semua berjalan lancar.

3. Ramadhan datang lagi. 4 hari sudah kita berpuasa. Saya menempuh ramadhan kali ini dengan alam baru. Untuk pertama kalinya, saya berpuasa sebagai seorang suami. Syukur kepada Allah dengan segala nikmat yg diberikan.

4. Kepada semua muslimin dan musliman, kepada semua anak melayu, saya dan isteri mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Moga setiap puasa dan kebaikan yg dilakukan sepanjang Ramadhan ini diberkati dan diberikan ganjaran.

Monday, August 10, 2009

jihad, restu dan pahala

1. Semasa saya berada di kampung isteri, saya terdengar cerita dari seseorang tentang jihad. Bagi beliau anak muda muslim patut berjihad di Palestin agar dapat memberi rahmat kepada 7 orang ahli keluarganya.Gaya percakapannya terlalu aggresif sehingga beliau sendiri lupa untuk melihat diri yg gagal berjihad untuk tidak merokok.Bukankah fatwa sudah dikeluarkan bahawa merokok itu haram??

2. Hari ini banyak pihak yg membidas DAP berkenaan isu JIM. Bidasan ini juga lahir dari pihak2 PAS. Mengapa baru sekarang PAS harus sedar tentang kebiadapan DAP ini??Jika dilihat, apabila PAS menyertai pakatan, ia seolah2 memberi restu terhadap perjuangan DAP.

3. Seperti kata Dr Ridhuan Tee, di Malaysia nasib melayu lebih sedih berbanding nasib2 kaum lain. Apa yg terjadi pada kaum melayu tidak dapat pembelaan dari kaum2 lain tetapi apabila sesuatu terjadi kepada kaum bkn melayu, perhatian yg diberikan oleh kaum bkn melayu dan ditambah dengan bantuan kaum2 melayu itu sangatlah nyata.Ini beerti kaum melayu tiada nilai atau lebih tepat lg tiada hak di bumi melayu itu sendiri.

4. Oleh itu, untuk kita berjihad demi agama dan bangsa, kita perlu bersedia. Persediaan perlu di buat di peringkat awal. Saya berpendapat, setiap individu melayu islam itu perlu memahami tatacara berjihad. Ilmu perlu penuh di dada. Keizinan dari ibu bapa diperlukan sebagai restu. Redha ibu itu penting. Kita tidak mahu kita mati sia2 kerana durhaka kpd ibu jika ibu itu sendiri tidak mengizinkan pergi berjihad.

5. Jika kita kaitkan jihad dengan politik di malaysia, saya rasa melayu itu sudah perlu berjihad dari peringkat memperbaiki diri. Jihad membentuk jati diri melayu yg kebal. Jihad membina kekuatan bangsa.

6. Biarlah kita berbeza parti politik, akan tetapi untuk kita derhaka kepada bangsa jauh sekali.

Friday, July 31, 2009

demonstrasi melayu

1. Setiap rakyat berhak bersuara. Akan tetapi setiap rakyat juga punya pendapat yg berbeza. Bagaimana kita mahu mendengar setiap suara anak Malaysia itu?Mungkin suatu yg mustahil.

2. Apabila ada pakatan yg mahu berdemo untuk menentang sesuatu, tentu ada juga pihak yg tidak setuju dgn perbuatan itu. Akan tetapi apa pilihan yg ada bg pihak yg tidak setuju? Mungkin mereka akan mengecam atau bersama2 menentang dgn cara yg sama. Esok akan berlaku perkara seperti itu.Pihak yg menentang akta ISA dan yg menyokong akan sama2 berdemo untuk menunjukkan perasaan masing2 terhadap kerajaan persekutuan.Mungkin banyak perkara2 yg menarik akan berlaku esok.

3. Saya tidak mahu mengulas tindakan2 bodoh ini. Cuma saya mahu kita sama2 berfikir kemana arah anak2 melayu kita pada esok hari. Anak2 melayu yg sudah dicap dgn pelbagai gelaran seperti mat rempit,bohsia,budak kilang,minah supermarket atau bdk2 fastfood.

4. Saya percaya, kebanyakan anak2 melayu ini tidak mahu mencari masalah dengan pihak berkuasa. Mungkin kerana mereka cetek ilmu perundangan. Mereka tidak mahu tersangkut di dalam pergolakan itu kerana mungkin akan dikenakan tindakan tatatertib oleh majikan. Saya percaya, mereka semua ini akan bertebaran bersama2 pasangan mencari tempat untuk bermadu kasih.

5. Golongan ini mungkin akan pergi ke pusat2 membeli belah menghabiskan gaji awal bulan ini, atau pergi menonton wayang. Mungkin ada juga yg pergi ke pusat2 peranginan. Semua aktiviti ini mungkin akan diakhiri dengan aktiviti melakukan maksiat di hotel2 murah atau rumah sewa bujang masing2. Bukan saya hendak buruk sangka,tetapi ini adalah realiti sebenar. Esok mungkin banyak pihak berkuasa sibuk dengan isu2 demonstrasi ini, maka jalan mereka mengerjakan aktiviti kotor ini dipermudahkan.

6. Aktiviti ini, mungkin juga akan menambahkan bilangan anak2 luar nikah yg mana, anak2 kecil ini akan ditinggalkan di merata tempat. Apa kesudahan cerita anak melayu ini. Anak melayu yg sudah hidup susah akan terus susah. Kualiti anak melayu akan dtg tidak sehebat kuantiti. Kita perlu sedar, bukan cerita baru anak2 gadis melayu yg menuntut di IPTA melahirkan anak sebelum tamat belajar dan sebelum kahwin. Jika yg bijak pandai ini juga sudah sesat, bagaimana pula nasib yg kurang berpendidikan ini.

7. Jika kita sayangkan bangsa melayu ini, kita jangan lalai terhadap masalah2 ini. Ini masalah sebenar kita dalam membentuk bangsa melayu baru.Mungkin pada pejuang2 bangsa atau pejuang hak asasi, tidak terfikir semua ini. Mungkin juga hak bermaksiat ini termaktub di dalam hak setiap wargenegara.Terpulang kepada penilai.

8. Kita perlu bersuara untuk menunjukkan respon kita terhadap sesuatu perkara. Akan tetapi apabila kita bertindak, kita perlu memikirkan tindakan yg sewajar dengan pendapat kita dan pendapat org yg tidak bersetuju dgn kita. Mana2 tindakan yg perlu mengikuti proses undang2 biarlah undang2 yg menentukan. Mana2 perkara yg perlu dibahaskan di Parlimen, biarlah ahli2 yg berhormat bahaskan.

9. Apa yg penting, perkara yg perlu di utamakan harus diberi perhatian. Nasib anak bangsa perlu di kaji dan dirasai oleh setiap anak melayu yg punya rasa tanggungjawab. Tidak guna kita memperjuangkan hak setiap wargenegara jika kita sebenarnya menghapuskan ramai wargenegara yg berkualiti.

Thursday, July 30, 2009

bumi melayu bertuah

1. Esok adalah hari terakhir di dalam bulan Julai.Sepanjang bulan ini banyak perkara2 yg menarik telah berlaku.Antaranya, Dato Seri Chua Jui Meng dan Dato Subramaniam menyertai PKR, gerhana matahari, saham Bernas dikuasai firma Hong Kong,Yasmin Ahmad meninggal, kematian Teoh Beng Hock dan byk lg.

2. Apa pon yg berlaku, kebanyakan bangsa melayu itu tidak faham apa yg berlaku sebenarnyer. Melayu cuma dapat meluahkan perasaan sahaja. Apabila berlaku kematian, mereka menangis, apabila sesuatu yg menggembirakan mereka tertawa dan apabila sesuatu itu mereka tidak setuju, mereka marah.Akan tetapi pernahkah kita terfikir, apa yg patut atau mampu kita lakukan untuk mengelakkan sesuatu itu berlaku seperti apa yg kita mahu ianya terjadi?.Saya rasa tidak.

3. Untuk menjadi bangsa yg kuat, kita perlu kenal kelemahan musuh.Untuk menjaga kepentingan dan kedaulatan bangsa, kita perlu bersatu. Sudah tiba masanya kita menilai strategi2 pihak lawan.Kita harus sedar setakat mana pergerakan mereka.Kita juga perlu mengimbas semula sejarah pihak lawan kita.

4. Mengapa saya berfikir sebegini.Mungkin melihat apa yg berlaku hari ini saya dapat rasakan yg bangsa melayu itu sensitif melulu.Kita marah apabila melihat Bernas dikuasai firma asing akan tetapi selama ini tiada apa yg kita lakukan untuk memilikinya.Kita ketawa melihat ramai ahli2 MCA masuk PKR tetapi tidak terfikir mengapa mereka tidak memilih DAP.Kita yakin dengan barisan2 peguam India memperjuangkan kedaulatan undang2 tetapi kita tidak nampak mereka mempermainkan undang2 kita.Kita bersorak setiap kali kita berhimpun menentang sesuatu dasar sehingga kita alpa bahawa dasar itu akan menyelamatkan kita suatu hari nanti.

5. Kepada anak bangsa melayu, jangan kita lupa darjat kita di mata kaum lain, jangan kita lalai di sebalik pujian kaum lain,jangan kita alpa atas setiap kepercayaan kaum lain dan jangan kita berharap di bela oleh kaum lain.Kita adalah siapa kita dan dimana kita meletakkan diri kita.

Monday, July 6, 2009

3 Julai

1. 3 Julai adalah tarikh lahir isteri tersayang.Isteri yg saya kenal sejak zaman sekolah lg.Kali pertama saya cuba meraikan hari lahir beliau, adalah hari di mana saya cuba untuk meluahkan perasaan kepadanya.Akan tetapi, kita cuma merancang, Tuhan menentukan.Persiapan yg saya lakukan sempurna tetapi penyampaian tidak la sesempurna yg saya rancangkan.

2. Itu kisah 10 tahun yg lalu.3 Julai yg lalu pula, atas kelemahan saya menguruskan masa, isteri tercinta berkecil hati kerana ucapan selamat hari lahir tidak di ucapkan oleh suaminya.Memang salah saya.Saya akui saya cukup naif dalam hal begitu.Mungkin Tuhan menguji perhubungan kami.Alhamdulillah segala kekalutan dpt diselesaikan.

3. Untuk 3 Julai pada tahun yg akan datang, saya akan cuba memperbaiki kelemahan saya.Mungkin kehadiran anak sulung akan memeriahkan lagi sambutan hari lahir isteri tercinta.

4. Kepada isteri pelengkap hidup ini, " SELAMAT HARI LAHIR".Moga panjang umur dan di murahkan rezeki.Moga kita akan tetap bersama selamanya.Maaf untuk segala kesalahan dan kesilapan.SAYA SAYANG KAMU AZIRA...

Wednesday, June 24, 2009

melayu inggeris

1. Sebentar td saya mengikuti siaran langsung perbahasan di Dewan Rakyat.Semasa sidang itu, YB Ipoh Timur mengherdik YB Pasir Salak kerana YB Pasir Salak salah menggunakan simpulan bahasa di dalam bahasa inggeris.Ucapan YB Ipoh Timur pulak terlalu caca merba kerana beliau tidak fasih berbahasa melayu.Sukar untuk saya fahami apa yg ingin beliau sampaikan.

2. Adalah agak memalukan selaku YB veteran di dalam Dewan Rakyat,Ipoh Timur masih tidak fasih berbahasa melayu tetapi apabila melihat salah org lain mempergunakan bahasa inggeris yg salah beliau cepat menegur dan mempermainkan org itu.Terbukti Ipoh Timur lebih mengagungkan bahasa inggeris.

3. Saya berpendapat, Ipoh Timur tidak layak menjadi rakyat malaysia.DAP hanya mementingkan ketelusan di dalam pentadbiran tetapi tiada pengisian jiwa untuk menjadi rakyat di dalam sebuah negara yg harmoni.

4. Kepada semua bangsa melayu,fikirkan la nasib anak2 melayu kita yg berkelulusan setakat SPM dan tidak fasih berbahasa inggeris.Mungkin tiada ruang langsung untuk mereka mencari pekerjaan jika DAP di dalam pakatan rakyat memerintah negara kita.DAP cuba menjadikan malaysia seperti Singapura.

5. Saya harap PAS terus unggul menjadi parti pembangkang tanpa bekerjasama dengan PKR dan DAP.UMNO pula perbaiki la mutu perkhidmatan dan terus unggul menjaga amanah melayu.Bersatu la apabila bangsa kita di tindas di bumi sendiri.

Monday, June 22, 2009

rumpun melayu

1. Ada yg bertanya, mengapa saya berlagak seperti hero atau seolah2 pakar tentang melayu apabila saya menulis banyak topik pasal melayu.Ada juga yg marah saya tidak menyiarkan komen2 yg marah dan menuduh saya terlalu perkauman.Saya cuma jawab,saya MELAYU.

2. Apabila saya menulis tentang melayu, saya bukan menulis untuk menghasut agar membenci kaum lain.Saya cuma mengajak agar semua melayu berfikir di mana letaknya bangsa kita berbanding bangsa lain di tanah air kita sendiri.Kita juga perlu memikirkan perkara yg telah kita lalui sebelum kita merancang sesuatu pada masa akan dtg.

3. Setiap darah anak melayu itu perlu bersatu.Perlu berfikir untuk menjaga nasib bangsa melayu.Bukan hanya melayu di kampung sahaja, tetapi nasib anak2 melayu serumpun juga.Cuba kita fikirkan nasib pekerja pembantu rumah melayu indonesia yg bekerja di rumah orang2 cina atau india,mereka di suruh berpakaian tidak menutup aurat,memberi makan anjing,memandikan anjing dan banyak lagi pekerjaan yg sudah tidak melihatkan teras agama kaum melayu itu iaitu islam.Kita fikirkan nasib2 pelacur2 melayu yg dijaga oleh bapa2 ayam cina ini.Kita fikirkan juga nasib anak2 melayu yg sedang membesar yg mencari arah di dalam kehidupan.Mereka di jamu dengan kesoronokan dadah,hiburan terlampau dan dihidangkan juga dengan kemudahan2 untuk menjadi rempit jalanan.Walaupon semua ini berpunca dari diri sendiri,tetapi faktor penyediaan persekitaran yg mempengaruhi ke arah kemudaratan yg disediakan oleh kaum lain ini mendorong anak2 melayu ini merosakkan diri mereka.

4. Bagi sesiapa yg berpendapat saya ini cuma "pejuang sebesar kuman" saya hormati pandangan itu.Tetapi ingat dan simpan la apa yg saya katakan ini sebaiknya,kuman yg kecil ini akan merebak sehingga menjahamkan seluruh tubuh badan anda.Sekurang2nya, saya dapat membuat anak bangsa saya berfikir sebelum memulakan sesuatu pon sudah dikira bagus.

Thursday, June 18, 2009

kemuliaan seorang isteri

1. Minggu ini adalah minggu ke-20 kandungan isteri tercinta.Berat badannya semakin bertambah.Pergerakan anak di dalam perut juga semakin kuat.

2. Di dalam mengharungi minggu2 yg penuh dengan debaran, ada juga masalah yg mendatang.Demi masa depan bersama, isteri tetap menyokong setiap perancangan yg di buat.Saya mula sedar dari mana kekuatan yg saya miliki ini hadir.

3. Sukar untuk di luahkan dengan perkataan untuk menyatakan rasa syukur dan bertuah dipertemukan jodoh dengan seseorang yg benar2 menjadi pelengkap kehidupan ini.Moga ikatan kami tetap utuh dan kekal sehingga hujung nyawa.

4. Semoga isteri tercinta dikurniakan dengan segala kerahmatan dan keredhaan dari Ilahi.Sesungguhnya, anugerah dari Allah itu memeng tiada nilainya.Alhamdulillah.

Saturday, June 13, 2009

paling demokratik

1.1 PKR akan mengadakan kongres nasional khas hari ini untuk membincang dan meluluskan tujuh usul penting termasuk menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.PKR ingin menjadi parti paling demokkratik di Malaysia.

1.2 DAP berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.”(PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967)

1.3 "PAS FOR ALL " BUT NOT FOR UMNO.

1. Tiga idealogi di atas lahir dari tiga parti pembangkang di Malaysia.Nyata sekali setiap parti mempunyai visi atau misi mereka sendiri.Apapon misi mereka, tiga parti ini amat yakin untuk merampas kerajaan pusat pada pilihanraya akan datang.

2. Apa implikasi idealogi mereka ini terhadap kaum melayu di Malaysia.Mari kita andaikan bahawa mereka akan menang pada pilihanraya ke -13.Mungkin setelah mereka menang, rakyat melayu Malaysia akan mendapat Perdana Menteri dan Timbalan yg baru.Mungkin mereka akan bersungguh2 menjana ekonomi negara dan pada masa yg sama menjaga hak2 dan maruah melayu(MUNGKIN).

3. Akan tetapi, apa yg akan jadi selepas itu.PKR sudah menetapkan bahawa tempoh had Presiden parti pada suatu jangka masa tertentu, DAP mahukan kesamarataan setiap kaum dan PAS masih mencari bentuk negara islam yg mahu mereka terbitkan.Makanya, Presiden PKR pon berubah, mungkin Sivarasa menjadi presiden.DAP mungkin setuju kerna Sivarasa bukan melayu.PAS mungkin akan berpuas hati kerana Sivarasa juga adalah penyokong PAS.Slogan "PAS for all" sudah terbukti.

4. Apa yg akan terjadi lagi selepas itu.Mungkin MIC akan dibubarkan dan ahli2 MIC akan masuk PKR.maka keanggotaan PKR akan bertambah.Nasib Presiden kaum India pasti akan terjamin kerana PKR mengamalkan demokratik ulung.Ahli2 boleh menentukan pucuk pimpinan.MCA juga akan dibubarkan dan diserap ke dalam DAP.Maka setiap kaum Cina akan berpuas hati kerana setiap kaum mendapat hak yg sama rata.Tidak perlu lagi mereka fikirkan nasib anak2 mereka untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara ini.Mugkin juga MARA akan memberi biasiswa kepada anak melayu,cina dan india.PAS masih menunggu Dewan Ulama Pas untuk mengeluarkan fatwa ber"Perdana Menteri"kan bukan islam.Haram ke..halal agaknya.

5. Apa yg terjadi kepada kaum melayu???Kaum melayu akan jadi hebat.Kaum melayu tidak lagi memerlukan tongkat untuk berjaya.Kaum melayu akan bersaing dengan kaum2 lain untuk mendapatkan biasiswa,tempat di universiti,pembelian rumah,saham2 amanah,tender2 kerajaan dan macam2 lagi.Pada masa itu Malaysia akan menjadi negara maju yg akan dicontohi.

6. Sebelum semua itu berlaku..renungkanlah,di mana anak2 melayu kini berada.Adakah di universiti luar negara,atau merempit di jalanan,adakah sedang menguruskan perniagaan atau sedang menikmati nikmat dadah durjana,adakah sedang mengira jumlah pendapatan atau sedang merana menanggung hutang,adakah sedang melihat tanah2 yg hendak dibeli atau berkira2 mengenai wang yg akan mereka terima hasil dari penjualan tanah warisan org terdahulu.

7. Kita bukan tidak mampu bersaing,kita mampu sebenarnya.Tetapi kita perlu sedar siapa diri kita yg sebenarnya.Kita adalah pemilik tanah melayu ini.Setiap masalah anak melayu ini perlu kita dengar.Setiap kesesatan dalam mengharungi masa depan perlu diperbetulkan.Kita tidak perlu menjadi paling demokratik untuk berlaku adil jika ahli di dalamnya tidak seimbang.Bukan seimbang dari segi kuantiti sahaja,tetapi seimbang dari segi pengisian sesuatu maklumat juga.Undi anak cina atau india dari lulusan luar negara memilih pemimpin tentulah tidak sama dengan undi anak melayu kampong yg tidak berpelajaran.

8. Melayu itu punya harapan untuk menjadi unggul.Terus la bersatu dan membangun bersama.Jangan la kita lalai terhadap agenda2 dari sesetengah pihak yg masih tidak pernah rasa cukup dengan apa yg telah mereka miliki.Tanah melayu ini tetap menjadi milik anak2 melayu yg akan datang.Hari ini kita hanya meminjam segalanya dari mereka.

Tuesday, June 9, 2009

PAS for all.

1. "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu (yang bertelengkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat (Al-Qur’an, Al-Hujuraat 49:10)."

2. PAS adalah sebuah parti melayu.Parti melayu yg bertunjangkan islam.Saya menghormati PAS kerana niat mereka menjaga kemuliaan islam di Malaysia ini.Saya tetap menyokong mana2 pihak yg sanggup berjuang demi islam dan melayu.

3. Pada muktamar PAS kali ini, isu yg hangat di debatkan oleh perwakilan adalah isu kerajaan perpaduan.Isu di mana pihak PAS perlu bermuzakarah dengan UMNO.Ada yg menentang dan ada pula yg menyokong.Akan tetapi suara tentangan itu sangat kuat kedengaran.Bagi kebanyakan ahli PAS, kerjasama dengan UMNO umpama membuat perjanjian dengan syaitan.Mereka lebih rela bekerjasama dengan DAP dari Umno.

4. Saya berpendapat, rakyat melayu kini terancam.Saya bukan maksudkan ahli UMNO atau ahli PAS yang baru beberapa juta ini,tetapi rakyat kebanyakan yg setiap hari memerah keringat berjuang demi anak2, keluarga dan masa depan.Melayu itu perlu bersatu.Kita mahu suara melayu itu tetap menjadi suara keramat.suara keramat ini perlu lebih kuat dari suara HINDRAFT, suara DAP, suara Majlis Peguam,suara MCA dan MIC atau mana2 suara yg mencabar kedudukan dan kemuliaan melayu di Malaysia ini.

5. Kita harus ingat,sebarang usaha memperkasakan melayu perlu diberi perhatian.Seperti yg biasa saya katakan,bukan semua ahli di dalam UMNO itu korup,ada yg betul2 memperjuangkan nasib dan hak melayu.Insan yg sebegitu perlu kita angkat bersama dengan perjuangan ini.Seperti juga ahli PAS,bukan semua yg memeperjuangkan islam, makhluk sebegini tidak diperlukan bersama kita di dalam perjuangan.

6. Apa perlunya PAS dan UMNO ini bermuzakarah?Isu2 seperti murtad,masalah sosial anak2 melayu,sistem kewangan islam dan dinar emas,rasuah,hubungan antara kaum,dasar luar negara dan byk lagi isu2 penting perlu di bincangkan.Secara khususnya, isu melayu dan islam itu perlu dijadikan topik utama.Usaha melahirkan generasi melayu islam yg berwibawa adalah usaha bersama.Kita tidak mahu anak2 melayu ini melukut di tanah air sendiri apabila Malaysia menjadi negara maju suatu hari nanti.

7. Moga slogan "PAS FOR ALL" itu menjadi realiti kepada berjuta2 ahli PAS.Maksud ayat Al-Quran yg saya letakkan di awal tulisan ini eloklah dijadikan renungan kita bersama.

Monday, June 8, 2009

komunis melayu

1. Akhir2 ini kedengaran suara yg ingin membawa Chin Peng pulang ke Malaysia. Banyak juga tulisan2 di dalam blog yg mula merungkai kisah2 sejarah lama yg kononnya komunis adalah pejuang kemerdekaan.

2. Kita harus sedar, pejuang adalah sekelompok manusia yg melawan atau menentang sesuatu idealogi atau pakatan yg boleh mencemarkan maruah mereka.Pejuang itu pula haruslah mendapat sokong dari masyarakat setempat dan menjadi wakil kepada perjuangan mereka.

3. Benar sekali komunis itu menentang British.Akan tetapi komunis menentang British bukan sebab berjuang menjaga maruah Tanah Melayu.Idealogi komunis itu sendiri berasal dari luar Tnah Melayu ini.Jadi bagaimana boleh dikatakan komunis itu adalah pejuang yg benar2 berjuang demi org melayu.

4. Saya berpendapat, gerakan komunis ini adalah peperangan antara penjajah.Sama seperti Jepun dan Belanda yang menentang British.Mereka berlawan untuk mencipta kerajaan mengikut idealogi mereka.British menjajah untuk mengaut hasil negara jajahannya dan Jepun pula cuba meluaskan pengaruh dan ingin membentuk gabungan antara negara.Komunis pula lebih kepada pemerintahan diktator.

5. Ada juga persoalan mengapa British dan Jepun dibenarkan kembali ke Malaysia tetapi komunis itu kita tetap haramkan.Bagi menjawab persoalan ini, perlu saya tegaskan bahawa komunis itu melakukan huru hara sehingga selepas kita merdeka.Maknanya mereka tidak mengiktirak kerajaan selepas kita merdeka.Mereka tetap hendak bermusuh dgn kerajaan Perikatan pada masa itu.Harus kita ingat,pada masa itu kerajaan Perikatan mendapat 99% kepercayaan dari penduduk tanah melayu.

6. Wahai anak bangsa Melayu, sedarlah akan kedudukan kita pada hari ini.Janganlah kita menjadi seperti komunis ini yg beranggapan bahawa diri kita pejuang,memperjuangkan nasib bangsa akan tetapi sedikit demi sedikit kita mula menggadai maruah dan hak bangsa kita.Kita bukan minoriti di bumi bertuah ini, kita tidak mengancam mana2 hak kaum lain, tetapi kita adalah pemilik tanah melayu ini.Cukup la sedikit tolak ansur.Jangan suatu hari nanti kita dianggap bersaudara oleh kaum lain setelah amanah menjaga hak2 bakal pewaris kita telah kita gadaikan.Renungkan lah...

Friday, May 29, 2009

pengorbanan melayu

1. Memberi atau melepaskan sesuatu yg kita sayangi untuk tujuan memberi kepuasan kepada individu lain adalah makna pengorbanan.Kita bersedia bekorban akan tetapi adakah pengorbanan itu berbaloi???

2. Zaman ini, pengobanan sering salah dipenterjemahkan.Mak ayah tidak lagi sanggup mengorbankan tanah dan kebun tuk di gadai demi menghantar anak ke menara gading.Ada juga anak2 yg tidak boleh mengorbankan hasil pendapatan mereka tuk diberi kpd ibu bapa sebagai belanja pergi mengerjakan haji di Mekah.Terdapat juga jiran tetangga yang sanggup mengorbankan masa mereka memerhatikan jiran sebelah rumah hanya kerna mahu memerhati sesuatu keburukan untuk diceritakan kpd org lain.Remaja melayu sanggup bekorban nyawa demi menjadi raja rempit jalanan.Anak gadis mengorbankan maruah sebagai trend.

3. Terlalu ramai yg sanggup bekorban di zaman ini hingga kita sendiri tidak dapat menilai harga pengorbanan itu.Setiap org mempunyai alasan atas apa yg mereka lakukan.

4. Jika kita fikirkan, mengapa pula ibu bapa sanggup menggadikan tanah apabila hendak menjamin anak mereka dari tahanan lokap.Ada pula bakal suami yg sanggup bekorban menerima bakal isteri yg sudah hilang perawan.Anak2 bekorban mengikat perut demi membayar hutang kereta atau kad kredit.POlis trafik mengorbankan nyawa demi mat rempit.Masyarakat pula menganggap menjaga tepi kain org lain sebagai suatu pengorbanan besar.

5. Mungkin kita sudah perlu memikirkan nilai suatu pengorbanan.Kita tidak akan dilihat kejam jika kita hanya berpihak kepada kebenaran.Pengorbanan bukan tuntutan jika nilainya hanya untuk memperindahkan pandangan masyarakat terhadap diri kita.

Tuesday, May 26, 2009

minggu ke-16

1. Kini dah masuk 16 minggu isteri tersayang mengandungkan anak sulung kami.Rasa teruja melihat perut yg makin membesar tu di terjemahkan dengan perbincangan nama2 anak.Mungkin terlalu awal, tetapi setiap perasaan tu sukar tuk tidak diluahkan.

2. Saya cuma berdoa akan isteri sentiasa dirahmati, dipelihara kesihatannya dan dipermudahkan segala urusan hariannya.Untuk bakal waris kami, moga disempurnakan kejadiannya, dilindungi dari kecelakaan dan dirahmati setiap inci kejadiannya.

3. Sekadar ingin berkongsi, jika kami dianugerahkan waris putera, nama Eizrul Qaid dan jika waris itu puteri, namanya Eizra Qaish.Segala puji bagi ALLAH yg berkuasa menjadikan hambanya...

Monday, May 25, 2009

sihir melayu moden.

1. Sihir atau ilmu hitam adalah satu amalan untuk mendapatkan sesuatu yg kita telah gagal dapatkan.Amalan ini memerlukan bantuan jin atau syaitan sebagai pelaksana.

2. Di era globalisasi sekarang,amalan sihir juga sudah mencapai tahap kemodenan.Mungkin masyarakat sudah mula sedar tentang kelebihan manusia berbanding makhluk lain di dunia ini.Kita tidak lagi memerlukan bantuan jin atau syaitan demi mendapatkan sesuatu yg kita impikan walau dengan apa cara sekalipon.Tuntutan nafsu mendidik kita lebih bijak berbanding jin dan syaitan ini.

3. Apa yg saya maksudkan dengan sihir moden ini?.Jawabannya tentulah RASUAH.Rasuah merupakan suatu sihir moden.Jika dahulu kita menggunakan jin dan syaitan,kini pengaruh wang lebih berkuasa dari mereka ini.Segala apa yg kita inginkan walau kita gagal memilikinya,ia akan tetap kita miliki.Hulurkan sahaja wang anda di setiap halangan impian anda,maka segala urusan akan jadi mudah.

4. Tabiat rasuah ini bukan kecil.Boleh dikatakan setiap urusan memerlukan sihir ini.Tiada lagi khidmat pawang diperlukan.Sihir ini cukup mudah dilaksanakan.Apa yg menbezakan sihir moden ini dengan sihir lama adalah kesan terhadap penerima sihir ini.Jika dahulu tiada seorang pon sanggup dirinya disihir,tetapi kini boleh dikatakan setiap orang itu berharap diri mereka akan terkena sihir yg lebih hebat,lebih lumayan atau lebih berganda.

5. Pesan saya untuk bangsa melayu kini, ingatlah.. apabila kita sudah berusaha untuk mendapatkan sesuatu,tetapi terdapat juga halangan atau kita gagal untuk memiliki impian itu,anggap la ia suatu ketentuan.Sudah di tentukan itu bukan yg terbaik untuk diri kita.Jangan la kita terus cuba mendapatkan ia dengan menggunakan sihir2 moden ini, kerana jika kita dapat memilikinya,pasti ia akan memberi atau membawa kita ke arah kecelakaan.Allah itu Maha Menyayangi umatnya.Dia tahu apa yg terbaik untuk kita.

tergendala.

1. Salam semua.Sudah lama saya tidak menulis di sini.Ada beberapa sebab,yg pertama saya sibuk kerna menguruskan hari keluarga persatuan pekerja syarikat tempat saya bekerja.Yang kedua sibuk dengan urusan untuk menubuhkan sebuah koperasi melayu.

2. Dalam kesibukan ini ,semua masalah,segala tanggungjawab dan setiap peluang tidak mugkin dpt dipisahkan dari diri ini.Moga diri ini makin tabah.

Friday, April 24, 2009

tanpatajuk( bingung )

1. Kekadang aku tidak mengerti berapa banyak wang yg diperlukan di dalam kehidupan. Ada kala aku rasa aku perlu berusaha lebih untuk mencari pendapatan yg lebih. Ada masa terfikir untuk lari dari kehendak dan keperluan duniawi.Mungkin fikiran ini yg keliru.

2. Kekadang aku merasakan yg aku telah cuba sedaya upaya menjaga hati kedua ibu bapa.Ada kala aku rasa aku perlu memberi perhatian lebih kepada kedua org tua ku.Ada juga terlintas untuk kembali ke zaman anak kecil dahulu.Mungkin hati ini terlalu berdosa.

3. Kekadang aku merasa aku memerlukan rakan2.Ada juga saat dan ketika hati kecil ini menyatakan yg aku hanya memerlukan rakan2 yg tertentu sahaja.Mungkin juga aku sebenarnya yg tidak diperlukan.

4. Kekadang aku fikir aku telah mencari sesuatu dlm kehidupan.Ada kala aku terfikir aku sesat di dalam pencarian.Ada masa terfikir juga yg aku sebenarnya tidak tahu apa yg ku cari.Mungkin suatu pencarian itu adalah proses yg berterusan.

5. Kekadang tanggungjawab itu buat aku terfikir.Adakah tanggungjawab itu jawaban untuk pencarian suatu erti kehidupan?.

Thursday, April 16, 2009

tabligh melayu

1. Tabligh merupakan pergerakan dakwah untuk menyebarkan islam.Tabligh masih aktif lg di bumi melayu ini.Ada juga pergerakan tabligh yg ditaja oleh tokoh2 korperat yg berjaya.

2. Modus operandi tabligh ialah dengan bergerak secara berkumpulan.Mereka berkelana dari satu tempat ke satu tempat.Apabila mereka berhenti di satu tempat, mereka akan menziarahi setiap rumah di mukim itu dan mengajak setiap ahli keluarga dalam rumah itu ke masjid.Di masjid mereka akan mengadakan upacara solat2 sunat, zikir2 dan ceramah2.

3. Akan tetapi,adakah cara ini masih relevan di zaman sekarang?Adakah penghuni setiap rumah akan menerima ahli tabligh ini secara sukarela?Adakah ahli tabligh tidak dianggap sebagai perompak yg menyamar?Atau adakah ahli tabligh ini tidak mengganggu hak asasi manusia?Dan byk lg persoalan yg perlu kita fikirkan demi untuk islam itu berkembang tanpa ade pandangan negatif dari pihak org islam dan bkn islam.

4. Saya berpendapat,islam perlu maju seiring zaman.Mengapa dari segi lain kita memandang islam itu shyumul,islam pelengkap kehidupan akan tetapi dari segi dakwah kita masih mengamalkan cara lama.Dunia kini adalah dunia yg saling tidak mempercayai antara satu sama lain.Dunia kini memerlukan idola.

5. Oleh yg demikian,idola islam itu perlu lahir dari kalangan ahli tabligh.Ahli tabligh yg berjaya di dalam kehidupan tanpa menolak keperluan akhirat.Kini kita tidak lagi memerlukan ahli tabligh yg berkunjung rumah ke rumah, akan tetapi ahli tabligh yg berjaya menarik masyarakat islam itu ke rumahnya sendiri.Beliau perlu menjadi rujukan,menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat sekelilingnya.Kita perlu sedar, ahli tabligh masa kini bukan lagi menyebarkan islam kepada masyarakat jahil yg tidak beragama tetapi kepada muslim dan muslimat yg mencari panduan kehidupan.

6. Saya berharap, akan wujud ahli tabligh yg meluangkan masanya untuk menerima kunjungan insan yg mencari arah dan tujuan hidup ini.Ahli tabligh yg saya maksudkan adalah ahli tabligh yg berperwatakan menarik,kemas,yg tidak meninggalkan langsung tuntutan dunia,yg menunaikan kewajipan fardu ain dan fardu kifayah serta benar dalam setiap kata2nya.Ahli tabligh ini adalah insan yg benar2 takut kepada balasan Allah dan ingin sekali menyelamatkan masyarakat islam lain.

7. Semua ini pasti berjaya jika ahli agama itu tunduk dan akur hanya kepada Allah.Moga kerja baik ini disusuli dengan kesabaran dan keimanan yg tinggi.

Wednesday, April 8, 2009

kelantan

1. Hari ni saya perlu menukar warna background blog ini.Sebelum ini saya memilih warna merah kerana melambangkan semangat melayu.Saya pernah menyuarakan pendapat bahawa bendera Kelantan itu perlu menjadi bendera Malaysia kerana ia penuh dengan semangat.Jika diperhatikan, semua bendera di negara ASEAN mempunyai warna merah yg banyak.Itu menyebabkan negara ASEAN lain lebih bersemangat.Berbanding Jalur Gemilang yg terlalu muhibah.

2. Hari ini saya memboikot Kelantan kerana tindakan penyokong bola mereka yg keterlaluan selepas kalah kepada Negeri Sembilan malam tadi.Hari ni saya tidak akan baca blog org Kelantan, tidak makan budu,tidak minum di kedai 'mek' kelantan yg biasa saya minum,tidak akan bercakap dengan org kelantan dan byk lg yg melibatkan Kelantan.

3. Saya pelik,mengapa generasi muda Kelantan yg menolak kerajaan Barisan Nasional tidak mencontohi Tuan GUru Nik Aziz.Apakah mereka menyokong PAS atas dasar kemarahan dan kebencian kepada BN, tetapi bukan kerna menyelami perjuangan dan pengajaran islam yg dibawa oleh PAS?.Saya lihat, anak2 muda kelantan yg berada di kelantan dan KL, mempunyai tabiat yg sama iaitu perkauman,kutu rayau,samseng,peras ugut dan byk lg tabiat negatif.

4. Saya berpendapat,Kelantan perlu diubah.PAS perlu sedar impak perjuangan mereka.Seperti yg kita biasa dengar, org bisnes percaya kepada BN untuk berniaga dan saya harap anak muda yg mencintkan islam sahaja percaya kpd PAS.Kita tidak mahu ada wujudnya hati2 syaitan di dalam PAS itu.PAS akan diiktiraf berjaya jika islam itu sampai dihati setiap pengikutnya tetapi jika hanya diadikan alat untuk melepaskan kemarahan dan kebencian, PAS itu perlu diperbaiki.

5. Untuk sehari ini, saya akan tetap mengucapkan tahniah kepada PAS atas kemenangan di bukit gantang semalam tetapi membenci setiap anak2 kelantan walaupon mereka penyokong kuat PAS.Saya suka bola dan PAS dahulu, saya benci kelantan dan PAS sekarang.

Friday, April 3, 2009

Perdana Menteri

1. Hari ini seluruh rakyat malaysia telah mendapat Perdana Menteri yg baru.Perdana Menteri yg keenam.Ini bermakna teori RAHMAN telah menjadi kenyataan.Saya ucapkan tahniah kepada Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

2. Apa yg membezakan Perdana Menteri yg baru ini adalah beliau merupakan calon Perdana Menteri yg sudah mempunyai kontroversi.Ramai pihak di Malaysia mempertikaikan pemilihan beliau malah akhbar2 luar juga memaparkan segala kontroversinya.Pihak pembangkang menyatakan bahawa mereka malu menerima Perdana Menteri seperti Dato Najib.Segelintir rakyat tetap menolak Dato Najib dan ini akan mereka realisasikan pada pilihanraya akan datang.Kaum bukan Bumiputra pula masih berbelah bagi, ada yg menyokong dan ada juga yg tidak menerima beliau.

3. Saya seorang anak Malaysia berpendapat, peluang perlu diberi kepada Dato Najib untuk membuktikan kebolehan beliau tanpa mengira sebarang khabar angin atau cerita yg saya sendiri tidak lihat.Saya seorang anak melayu berpendapat, mungkin segala kontroversi itu tidak perlu didengar jika amanah menjaga maruah melayu ini dipertahankan sepenuh keringat.Saya seorang muslim berpendapat, dosa dan pahala itu diserahkan kepada yg Maha Berkuasa, biarlah Allah membalas segala kebaikan dan kejahatan beliau.Moga beliau terus menjalankan amanah yg di berikan.

4. Sejarah pahlawan melayu itu membuktikan setiap pendekar itu berjuang demi bangsa dan nusanya.Agama datang menunjuk jalan.Saya harap pahlawan melayu yg baru ini diberikan hidayah oleh Allah dan dikurniakan kekuatan untuk menjaga agama dan bangsa saya di bumi melayu ini.Saya tidak memerlukan pahlawan yg hanya tahu mempergadaikan keistimewan melayu ini demi menjaga reputasi dirinya sendiri atau pahlawan yg berjuang untuk agama tetapi menolak kehendak agama itu sendiri.

5. Saya akan menyokong mana2 Perdana Menteri melayu walau dari parti mana sekalipon asalkan Perdana Menteri itu berani menegakkan kehendak melayu islam di bumi melayu ini.Saya menolak seratus peratus parti DAP, Pertubuhan HINDRAF dan fahaman Benjamin Franklin.

Thursday, April 2, 2009

matlamat

1. Setiap insan di dunia punyai matlamat hidup.Matlamat yg akan memacu segala perjuangan dan perjalanan di dalam hidup ini.

2. Waktu saya bersama rakan2 malam tadi, ade seorang rakan bertanya,mengapa kita tidak memulakan sesuatu untuk mengubah nasib ini agar matlamat kita tercapai?.Kita xkan berubah selagi kita tidak cuba untuk berubah.Itu fakta dari sahabat saya dan saya lihat ramai rakan2 tertarik dgn pendapat sahabat saya ini.Sahabat saya mencadangkan agar kami menubuhkan sebuah koperasi.

3. Semasa perbincangan itu, kami semua dilontar dengan soalan, "apa matlamat hidup kau?".Setiap org cuba memikirkan matlamat hidup masing2.Mungkin semua berlainan cara menterjemahkan matlamat tetapi secara asasnya semua sahabat saya inginkan penambahan pendapatan untuk mencari keselesaan di dunia ini.Hingga saya rasa matlamat mereka itu terlalu sukar untuk dicapai kerna mungkin dorongan nafsu melebihi sempadan keringat.

4. Saya berpendapat, kita tidak akan dapat mencari atau mentafsir matlamat hidup kita selagi kita masih belum menjadi diri kita sendiri.Kita perlu kenal diri kita dahulu.Kita perlu kenal keupayaan diri kita dahulu.Kita perlu atasi kekurangan diri kita dahulu.Kita perlu mengisi kekosongan hati kita dahulu.Kita juga perlu menjadi khalifah sebenar sebelum sebelum kita terus memacu atau mendorong diri kita untuk mencapai sesuatu.

5. Mengapa saya berkata begitu, ini kerana hidup ini adalah suatu proses.Hidup tidak akan berhenti apabila matlamat kita tercapai.Ia akan terus berputar dan terus mengharungi segala keperitan dan kesusahan.Mengapa kita perlu menambahkan pendapatan untuk mencari keselesaan hidup jika kita sedar setiap penambahan pendapatan akan meningkatkan perbelanjaan.itu proses kehidupan.Kita perlu sedar, ada insan perlu menambah pendapatan dan ada pula yg hanya perlu mengurangkan perbelanjaan untuk mencari keselesaan di dunia ini.

6. Saya berharap agar sahabat2 saya sedar akan perkara ini."Jika kita perlu mengharungi sebatang sungai tidak semestinya kita perlu membina jambatan atau menaiki sampan jika kita tahu sungai itu tidak dalam dasarnya dan jika kita terpaksa mengharungi sungai yg dalam, kita mesti sedar akan pulangan yg menanti kita di seberang sana.Apa yg penting, adakah kita benar2 perlu mengharungi sungai itu?"

7. Mungkin ramai rakan2 akan berkata bahawa setiap tahun tiada perubahan dalam hidup saya,tetap akan menjadi org yg sama setiap kali mereka bertemu dgn saya, apa pon tanggapan mereka,saya tetap berpuas hati kerana mereka itu telah menjadi sebahagian proses di dalam kehidupan saya.Saya tidak akan kehilangan mereka selagi proses itu berjalan seperti sediakala kerana mereka dan diri saya adalah sebahagian dari matlamat hidup saya.

Tuesday, March 31, 2009

kisah seorang isteri

1. Hari ini saya cuma ingin bercerita tentang isteri saya.Isteri yg sedang mengandungkan anak pertama saya.Isteri yg saya kenal sejak dari tahun 1995.

2. Isteri saya dikira amat bertuah.walaupun baru 2 bulan mengandung, dia tidak mengalami tabiat mengandung yg pelik.dia tidak muntah,dia tidak pening dan tidak mengidam yg bukan2.Apa yg saya lihat dia cuma agak letih,selalu lapar dan kadagkala sakit pinggang.

3. Semasa mengandung, isteri saya perlu mengambil pelbagai jenis makanan.Saya dah belikan dia air soya,kismis,kurma,kekacang dan susu untuk ibu mengandung.Dia paling tidak suka minum susu.Kadang2 tu sedap gak bebelkan dia untuk suruh minum susu ni.Akan tetapi dia sekarang banyak makan.sehari 4 kali.Katanya makan untuk berdua,( ye la tu..).

4. Setiap hari apabila pulang dari kerja saya suka melihat telatah isteri saya.Slps solat maghrib dia akan makan.Selepas itu dia akan baring di sofa dan akan tertidur.Saya suka melihat dia tidur.Saya akan rasa bahagia sekali apabila melihat dia tidur.

5. Saya dan isteri sebenarnya sudah tidak sabar untuk scan bayi ni.Kitorang nak tengok sangat suatu ciptaan teragung dari tuhan.Ciptaan yg akan lahir sebagai zuriat kitorang.InsyaAllah..Akan tetapi saya dan isteri perlu sabar.Saya berdoa agar isteri dan kandungan sentiasa dilindungi dari sebarang keburukan.

6. Saya sudah mula terfikir akan sesuatu.Perjalanan kehidupan saya dan isteri baru sahaja hendak bermula.Saya dah tempuh pelbagai kisah di dalam hidup ini.Kini saya bakal mendidik seorang insan agar melakukan kebaikan lebih dari apa yg saya lakukan dan menjauhi dari segala kejahatan yg telah saya jauhi dan lakukan.Insan yg bakal saya didik itu kini sedang berkembang di dalam perut seorang insan yg amat saya sayangi.

7. Untuk isteri teristimewa, semoga 9 bulan yg mendatang sentiasa dirahmati oleh Allah.Anda adalah isteri yg sempurna dimata seorang suami.

Monday, March 30, 2009

pilihan melayu seperti aku

1. Sejarah telah tercipta sabtu lepas.Penutup perhimpunan agung UMNO menyaksikan banyak perkara berlaku.Dari segi pemilihan hinggalah kehadiran Tun Dr Mahathir Mohd.

2. Saya tidak ingin mengulas tentang pemilihan.Ianya telah berlaku.Mungkin ade calon yg menang tidak menepati citarasa ramai ahli UMNO.Akan tetapi, perjuangan perlu diteruskan.Saya bukan lah ahli UMNO.Saya cuma mengikuti perkembangan politik tempatan.Buat masa ini, UMNO masih lagi dianggap parti pemerintah.Oleh itu saya perlu menyuarakan pilihan saya sebagai rakyat Malaysia untuk melihat kabinet yg bakal di bentuk menjadi satu kabinet pilihan saya.

3. Saya harap Dato Najib akan menjadi Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalan dan ketua bagi menteri di jabatan perdana menteri.3 lagi menteri di jabatan perdana menteri adalah Tan Sri Isa Samad, Dato Idris Haron dan Dato Syed Hamid Albar.4 timbalannya adalah seorang wakil dr bkn umno, Awang Adek, Tan Sri Rafidah dan Dato Lajim Ukin.

4. Bagi menteri kewangan, saya pilih Tengku Razaliegh dan timbalannya Dato mustapha muhamad.Menteri pertahanan Dato Zulhasnan Rafique dan timbalannya Dato Azalina Othman.Bagi menteri kerja raya, menterinya Dato Syafie Afdal dan timbalannya seorang dari parti bkn umno.Menteri KPDNHEP, bagi kat Dato Mohd Fuad Zarkashi dan timbalannya dari parti bukan umno.

5. Menteri perlancongan Dato Rosnah dan timbalannya Dato Saziman Mansor.Menteri Belia Dan Sukan Dato Bung Mokthar dan timbalannya seorang dr parti bkn umno.Menteri luar dato hishamudin dan timbalannya dato Mukhriz Mahathir.Menteri Pelajaran Dan Pengajian tinggi dato Noh Omar dan timbalannya wakil dr bkn umno.Menteri keselamatan dalam negeri dato jamaludin jarjis dan timbalannya Khairy Jamaludin.Menteri tenaga air dan komunikasi dato khaled nordin dan timbalannya seorang dari parti luar umno.

6. Menteri pertanian dato Mohd Aziz dan timbalannya dato tajuddin.Menteri luar bandar Dato Muhamad Taib dan timbalan seorang wakil dari Sabah /Sarawak.Menteri MITI Dato Zahid hamidi dan timbalannya org dari luar umno. Menteri penerangan dan kebudayaan tempatan dato Rais Yatim dan timbalannya seorang wakil dari sabah/sarawak.Menteri KEKWA dato noraini dan timbalannya dr bkn umno.

7. ini adalah sebahagian jawatan dr kabinet yg saya fikir memerlukan melayu UMNO untuk menjadi menteri.Bagi jawatan yg lain, boleh lah diberikan kepada komponen2 lain di dalam Barisan Nasional.

8. Ini adalah pilihan saya.Pilihan melayu seperti saya.Pilihan rakyat malaysia melayu seperti saya.Saya juga memilih agar Tun Dr Mahathir tetap menjadi rujukan sebelum membuat sebarang keputusan.Hanya sekadar rujukan agar setiap keputusan itu sempurna.

Monday, March 23, 2009

Perhimpunan Agung UMNO

1. Perhimpunan Agong UMNO kali ini akan mencatat sejarah sebagai perhimpunan agung yg paling sensasi.Pada perhimpunan kali ini akan ada pemilihan di dalam jawatan parti.semua sudah sedia maklum untuk jawatan Presiden, Dato Seri Najib sudah mendapat pencalonan dari semua bahagian.

2. Setiap calon yg bertanding mengharapkan sesuatu.apa yg mereka harapkan xkan sama dgn apa yg diharapkan oleh org2 luar dari UMNO.dan harapan dari org luar UMNO juga xkan sama dgn harapan org luar yg menjadi musuh UMNO.akan tetapi apakah kita semua tidak mempunyai harapan yg sama untuk mencari keselesaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat?

3. Saya berpendapat, setiap org melayu ingin memastikan hak org melayu itu dijaga.amanah untuk menguruskan hak2 org melayu ini perlu ada pd parti seperti UMNO.secara prinsipnya, UMNO merupakan penjaga amanah melayu ini.akan tetapi adakah setiap ahlinya berpegang kpd amanah ini?

4. hakikatnya UMNO sekarang di dalam proses melakukan perubahan.tetapi janganla perubahan itu cuma dilakukan hanya kepada individu itu sahaja.mungkin individu yg dipilih kali ini lebih amanah dan komited terhadap perjuangan tetapi UMNO mesti sedar bahawa melayu kini adalah melayu baru.melayu baru ini berubah lebih pantas daripada UMNO.

5. Melayu baru ini adalah melayu yg inginkan pemimpin yg berjiwa islam.di era akhir zaman ini melayu sudah mula rindukan pemimpin yg islamnya melebihi kemelayuannya.melayu baru ini inginkan parti UMNO ini menjaga auratnya, menjaga tutur katanya, jujur di dalam perbuatannya,ikhlas di setiap pemberiannya dan beberapa lg tindakan yg melambangkan melayu itu islam.UMNO perlu sedar setelah lebih berapa abad islam dtg ke tanah melayu, sudah pasti islam itu berkembang lebih maju dari kemajuan melayu itu.apabila ini sudah tidak lagi dianggap sebahagian dari amanah melayu, maka UMNO akan tetap jua dianggap pengkhianat bangsa.

6. Saya berharap, jgn la kita terlalu memandang ke depan hingga kita lupa kisah semalam.selagi mana pemimpin melayu itu merendah diri terhadap rakyat, selagi itulah mereka akan disanjung tinggi.selagi hidup pemimpin itu dihambakan untuk rakyat, selagi itulah rakyat akan mengagungkannya.perubahan beginilah yg melayu seperti saya harapkan.

7. Mugkin harapan ini tidak menjadi kenyataan jika setiap jawatan itu dihujani dgn ganjaran melebihi bebanan tanggungjawab.pemimpin melayu itu tidak akan berjaya merubah nasib bangsanya jika pemimpin itu sendiri tidak berupaya merubah nasib dirinya sendiri. wahai bangsaku sekalian, ingatla tentang amanah melayu ini, amanah bangsa melayu terdahulu dan amanah generasi melayu yg akan datang.

8. Melayu itu tidak akan layu jika tiada siapa yg melayukannya, malah melayu itu akan mekar untuk terus kekal dan tidak hilang di dunia ini.