Thursday, November 5, 2009

Eizra Qaish = mahakarya cinta

1. Pada tahun 1994, saya memasuki tingkatan 1 dalam aliran agama. Semasa di tingkatan 2, saya terpandang satu permandangan terindah pada wajah seorang gadis. Dia bernama AZIRA.

2. Saya mula meminati gadis ini. Saya suka melihat gaya dia berjalan dan telatah gurauannya bersama rakan2. Setiap kali saya melihat kelibat gadis ini, akan saya perhatikan semua gerak gerinya. Dalam tidak sedar, perasaan minat terhadap gadis ini terus dirasai sehingga saya memasuki tingkatan 4.

3. Beberapa kali saya cuba mengacau gadis ini namun tidak dilayan. Peluang hadir apabila saya menjadi fasilitator untuk kursus motivasi pelajar tingkatan 3. Saya gunakan masa ini untuk berkenalan lebih rapat dengan gadis ini. Kami mula bertegur sapa.


4. Semasa di sekolah, saya adalah antara pelajar yg kerap di denda berdiri di depan bilik guru hal ehwal murid. Setiap kali saya di denda, gadis ini akan lalu memandang saya dengan penuh rasa benci. Maklum saja lah, gadis ini seorang pengawas. Mana mungkin pengawas akan suka dengan budak yg tidak berdisiplin.

5. Setalah habis menduduki peperiksaan SPM dan mendapat keputusan yg kurang kecemerlangannya, saya bekerja menjual buku cerita. Gadis ini masih menuntut di sekolah itu. Diri ini sudah tidak berani untuk menonjolkan diri atas kerana segan dengan pelbagai kekurangan. Akan tetapi, sekali sekala ada juga saya bertanya khabar gadis ini melalui seorang adik angkat yg masih menuntut di sana.

6. Setahun selepas itu, saya mengambil keputusan untuk belajar. Mak dan ayah sudah mula berleter melihat saya yg hanya keluar setiap mlm bersama budak2 motor sahaja. Saya mula menyambung pelajaran di salah sebuah universiti swasta. Bukan senang seorang anak org susah seperti saya hendak bersaing di IPTS bersama dengan anak2 org kaya lain.

7. Setelah tahun kedua, tanpa dijangka, pemandangan terindah yg selama ini hilang, tetiba muncul. Saya tidak sangka gadis itu turut menyambung pelajarannya di IPTS tempat saya belajar. Semuanya ketentuan tuhan.

8. Saya gunakan masa itu sebaik mungkin. Kami mula rapat dan lebih mengenali antara satu sama lain. Namun ia tidak lama, gadis itu dapat menyambung pelajarannya di IPTA. Akan tetapi, kali ini dia pergi dengan sedikit perasaan yg saya dapat rasa sudah mula menyukai saya.

9. Selama 2 tahun kami hanya berkawan melalui telefon. Setiap kali dia pulang kerumah, kami mula bergayut. Selepas 2 tahun, barulah kami bercadang untuk bertemu. Hari itu adalah hari yg terindah buat diri saya. Sejak hari itu, kami semakin rapat dan mula rasa sayang.

10. Tuhan merancang segalanya. Gadis ini membuat praktikal atau latihan industri di daerah yg sama tempat saya belajar. Kami mula mengikat janji untuk membina kehidupan bersama pada masa yg akan datang.Kami sudah mula bercinta.

11. Zaman percintaan penuh dengan dugaan. Gadis ini menyambungkan pelajaran peringkat ijazah di Universiti Malaya. Saya mula bekerja setelah habis mengambil diploma kerana saya tidak bergantung sangat dengan ibu dan ayah. Semasa menuntut di IPTS, saya juga membuat kerja sambilan kerana duit merupakan keperluan yg wajib. Saya bersyukur kerana walaupon kami belum berkahwin, gadis ini tetap tabah dan sentiasa memberi semangat untuk saya memperbaiki taraf ekonomi diri saya.

12. Pelbagai halangan dan dugaan kami tempuh bersama. Segala masalah kami selesaikan bersama. Saya tidak sangka, gadis yg selama ini amat sukar untuk saya dekati menjadi pendamping yg setia untuk saya terus berjaya. Saya mula berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang lain. Gadis ini menyokong tindakan saya. Hidup di kota besar ini sekali lagi menguji kami berdua. Alhamdullilah, kami berjaya tempuhinya.

13. Pada tahun 2006, saya mendapat kerja sebagai eksekutif di salah sebuah syarikat swasta. Pendapatan saya semakin stabil. Kami kongsi bersama kejayaan ini. Pada tahun 2008, gadis ini menamatkan pengajiannya. Sebulan selepas itu, dia mendapat pekerjaan.

14. Saya mengambil keputusan untuk menghwini gadis ini pada penghujung 2008. Tanggal 15 November, ikatan antara kami berdua adalah sah sebagai suami dan isteri. Kami renung kembali setiap langkah2 kami untuk sampai ke impian kami berdua. Bukan senang dan amat berliku, namun ia juga turut di penuhi dengan kisah2 kegembiraan dan keindahan dlm bercinta. Saya percaya, setiap org dapat merasa kemanisan bercinta apabila cinta itu dpt direalisasikan ke gerbang perkahwinan.


15. Pada 29 Oktober yg lalu, tuhan menganugerahkan kami berdua dengan satu karya cinta yg cukup agung. Kami mendapat bayi perempuan seberat 2.84 kg. Ciptaan Allah ini cukup sempurna. Kami amat bersyukur dengan rezeki kurniaan tuhan ini. Kami menamakannya, Eizra Qaish. Saya dan isteri merasa amat bertuah dan tentunya merasa lebih bahagia.

16. Saya sudah melalui pelbagai pengalaman. Saya sudah melakukan bermacam2 perkara. Akan tetapi, tidak ada satu pon yg dapat menandingi pengalaman menyambut cahaya mata. Semua ini lah yg membuatkan saya sebak ketika melaungkan azan di telinga Qaish. Saya dpt merasakan betapa banyak dosa yg saya lakukan terhadap kedua org tua dan kini apabila bergelar ayah, barulah saya mengerti kasih ibu dan ayah terhadap anak2.

17. Saya bersyukur isteri saya selamat melahirkan anak kami. Saya juga bersyukur kerana tuhan menciptakan anak kami dengan sempurna. Segala puji hanya untuk Allah. Setiap kali saya memegang dan merenung Qaish, saya dapat rasakan kebesaran tuhan.

18. Saya dan isteri akan cuba sebaik mungkin membesarkan Qaish. Kami mahu dia menjadi insan yg berguna pada setiap manusia. Kami mahu dia mentaati ibu dan ayahnya. Kami mahu dia bertaqwa kepada penciptanya. Kami juga mahu segala kebaikan adalah untuk dirinya. Moga Allah memberinya peluang untuk mencari keredhaan di dunia dan akhirat. Amin..

19. 15 November 2009 ini adalah ulangtahun perkahwinan saya dan Azira. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya kerana menjadi isteri yg mulia pada diri saya. Saya juga berterima kasih kepadanya kerana berjaya mengandungkan zuriat kami dan melahirkannya. Terlalu besar pengorbanannya. Saya mahu dia tetap disisi sehingga ke akhir waktu. Saya mahu permandangan indah yg saya lihat dari tahun 1995 ini tetap menghiasi diri saya selamanya. Selamat ulang tahun sayang.

20. Kini hidup saya dan isteri memasuki fasa yg baru. Kami adalah ayah dan ibu kepada Qaish. Kami berdoa agar diberikan oleh Allah segala kemudahan dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Saya tetap percaya dengan apa yg sudah ditentukan oleh tuhan mempunyai kebaikan dan hikmahnya. Moga kami berjaya mengharungi semua dugaan kehidupan ini.

21. Sempena ulangtahun perkahwinan saya dan Azira dan sempena kelahiran Qaish, saya ingin memohon keampunan dari Allah yg maha esa, memohon jutaan maaf kepada ibu dan ayah saya, menagih kemaafan dari setiap rakan2 dan kenalan saya dan memaafkan semua kesalahan org lain terhadap diri saya. Doakan kebahagian kami sekeluarga.

22. Kepada Azira dan Qaish, saya amat menyayangi kamu berdua. Azira adalah cinta saya. Qaish ibarat karya cinta kami. Tiada kata yg dapat menggambarkan kisah karya cinta ini.

No comments: