Monday, November 30, 2009

pujangga laksamana

1. Tulisan di dalam blog saudara Nobisha membuat sindiran mengenai konspirasi bangsa asing untuk mendapatkan tanah melayu ini. Dahulu, saya juga ada menulis tentang bagaimana mereka ingin menguasai kita melalui politik. Saya percaya, perancangan mereka berjalan dengan baik sekali.

2. Jika kita lihat bangsa melayu pula, ramai pejuang bangsa kita masih sibuk untuk menjaga nasib bangsa2 asing ini sehingga terlupa perkara yg utama. Saya akui, bangsa kita sudah jauh berpecah belah. Keadaan sekarang sudah tidak seperti dahulu.

3. Sewaktu saya kecil, saya boleh lihat bagaimana bangsa melayu itu bersama2 berfikir untuk memajukan diri mereka. Akan tetapi, kini semua sudah berubah. Dek kerana mabukkan wang ringgit, bangsa melayu itu bersaing sesama sendiri malah ramai yg sudah menjadi pengkhianat bangsa sehingga sanggup bekerjasama dengan bangsa asing hanya semata untuk mengalahkan bangsa mereka sendiri.

4. Melayu sekarang sanggup menjual tanah pada bangsa asing, menjual perniagaan atau lesen yg diperuntukan untuk melayu kepada bangsa asing, menjadi ajen untuk menipu bangsa sendiri semata2 kerana upah yg ditawarkan oleh bangsa asing dan ramai juga bangsa melayu yg merasa hina menjadi melayu kerana terlalu percaya dengan dakyah bangsa asing ini yg meletakkan segala budaya negatif tehadap melayu.

5. Melayu perlu sedar, wang ringgit bukanlah segalanya. Kita tidak perlu pembangunan dan pembukaan bandar baru jika ianya dihuni oleh bangsa asing ini, kita juga tidak perlu terperangkap bersama perancangan jahat di dalam urusan perniagaan mereka.

6. Hari ini kita boleh lihat di mana setiap bandar yg dibangunkan adalah semata2 untuk meningkatkan harga tanah di kawasan tersebut. apabila harga itu meningkat, melayu tidak mampu membeli rumah2 dan kedai2 di situ. Maka, mereka secara bergerombolan akan membeli rumah2 dan aset2 yg lain. Majoriti mereka di dalam kawasan tersebut akan bertambah apabila anak2 mereka tidak dididik untuk berhirah tetapi mengembangkan perniagaan yg ada dan terus menginap berhampiran ibu dan ayah mereka.

7. Anak2 melayu pula, pergi ke kota menyewa rumah milik bangsa asing ini. Bekerja juga di institusi dan perniagaan bangsa asing ini. Membeli kenderaan juga dari syarikat2 bangsa asing ini. Pemeriksaan bulanan kenderaan juga dilakukan di kedai2 bangsa asing ini. Sebahagian gaji juga dihabiskan untuk membeli keperluan yg di jual oleh bangsa asing ini.

8. Kita tidak mahu suatu hari nanti anak2 cucu kita terpaksa menempuh hidup yg lebih perit dari apa yg kita tempuh. Lebih malang lagi, mereka mengemis di bumi nenek moyang mereka dahulu. Generasi mereka ini akan menyumpah terhadap generasi sekarang kerana lalai di dalam perjuangan menjaga daulat bangsa.

9. Saya berpendapat, kesedaran ini perlu dipupuk sejak dari anak2 kita masih kecil. Biarlah bangsa asing ini memanggil kita rasis atau apa2 gelaran. Kita tidak mahu kita menang majoriti bilangan penduduk, tetapi apabila kita menyemak keluasan hak milik tanah di Malaysia ini, majoriti keluasan tanah itu adalah milik bangsa asing ini.

10. " tak kan melayu hilang di dunia ". Harapan saya juga begitu. Biarlah melayu itu tidak hilang di buminya sendiri.

Monday, November 23, 2009

sinar

1. Melihat telatah isteri melayan kerenah anak yg baru menjangkau usia sebulan, seperti melihat sinar kebahagiaan. Hati merasa aman dan tenteram. Hidup berkeluarga semakin sempurna.

2. Qaish makin membesar. Putri ini semakin memahami apa yg ibunya luahkan. Cara dia memandang dan bertindak balas seolah2 sedang berbicara.

3. Saya berharap, segala permulaan baru akan bermula dengan suatu sinar yg memberi segala harapan untuk memenuhi setiap impian.

Tuesday, November 17, 2009

nurkasih PAS

1. Semua sedia maklum PAS adalah sebuah parti yg memperjuangkan islam. Pas sudah lama berkecimpung dalam politik tanahair. PAS sudah merasa perit maung menjadi pembangkang dan punyai banyak pengalaman mentadbir kerajaan negeri Kelantan.

2. Kebelakangan ini, Pas di serang dengan pelbagai isu yg membuatkan rakyat tertanya2 tentang kebenarannya. Dari isu perhimpunan muktamar khas untuk membuang beberapa kerat pemimpin membawa pula kepada isu ba'iah menceraikan isteri talak 3. Ia ditambah pula dengan persengketaan antara blogger kickdefella dan menantu tuan guru Nik Aziz. Tidak ketinggalan isu tajaan haji tuan guru ke Mekah.

3. Jika dilihat pada pilihanraya kecil Bagan Pinang, kaum bukan melayu telah hilang kepercayaan terhadap parti PAS. Mungkin mereka tidak percaya PAS boleh membela nasib mereka kerana PAS sendiri tidak berjaya memainkan peranan seperti kerajaan campuran di Selangor.

4. Pada pandangan melayu pula, PAS melakukan kesilapan apabila bekerjasama dengan DAP dan PKR. PAS tidak akan berjaya membawa obor islam selagi PAS berada di dalam PR. Tiada seorang melayu pon akan percaya DAP sudah boleh menerima politik islam sebaliknya kelihatan seolah PAS menerima perjuangan DAP.

5. Berbicara mengenai PAS ini, teringat saya kepada drama "nurkasih" di TV3. Drama ini mengisahkan bagaimana seorang gadis yg solehah diperintahkan oleh ibu dan ayahnya mengahwini seorang jejaka moden yg mana kehidupannya sentiasa bergelumang dengan dosa. Pada awal perkahwinan, gadis ini tidak dilayan seperti seorang isteri. Akan tetapi, gadis ini tidak membenci suaminya itu malah cuba sedaya upaya mengubah persepsi suaminya. Dipendekkan cerita, akhirnya suaminya berubah dan jatuh cinta dengan isterinya itu.

6. Saya berpendapat, PAS perlu mengubah cara mereka berpolitik. PAS sudah biasa dilihat berpolitik dengan cara memerangi UMNO dan BN. Saya rasa sudah sampai masanya PAS melakukan perubahan yg drastik. PAS perlu keluar dari pakatan rakyat. PAS juga perlu memulakan langkah2 berdakwah di dalam politik. PAS tidak perlu lg berceramah dengan mempersendakan individu tertentu dan memaki hamun tindakan parti lawan. PAS perlu menunjukkan nilai2 murni di dalam islam.

7. Saya percaya, seperti drama "nurkasih", PAS akan berjaya menawan hati rakyat Malaysia terutama kaum melayu. Gunakanlah pendekatan dakwah itu secara total. Hati mana yg tidak tertawan apabila kita melihat pemimpin kita menunaikan suruhan agama ditambah pula dengan sifat tawaduk dan istiqamah. PAS perlu dilihat 100% berbeza dari UMNO. Apabila bercerita tentang berjiwa rakyat, PAS perlu buktikan setiap pemimpinnya hidup seperti rakyat biasa. Kita tidak mahu melihat pemimpin PAS itu hanya berkopiah di kepala tetapi di hatinya masih sama seperti segelintir pemimpin UMNO yg mahu mencari kemewahan dan pangkat.

8. Untuk menjadi parti yg membela nasib melayu, parti itu perlu kenal melayu sedalamnya. Apa agama dan budaya melayu itu dan apa masalah utama yg menghalang melayu itu untuk berjaya. Tiada siapa dapat membela nasib melayu ini jika kepentingan peribadi melebihi kepentingan bangsa. Saya berharap, para pemimpin PAS memulakan langkah pertama untuk menjadi wira di hati melayu dengan menjadi melayu islam yg sebenar. Kita tidak mahu seperti islam di Iraq, Iran atau Pelestin. Kita juga tidak mahu seperti islam di Indonesia.Kita tidak minta setiap pemimpin PAS itu mencontohi akhlak nabi tetapi kita tertanya mengapa semua pemimpin PAS tidak seperti tuan guru Nik Aziz.

9. PAS perlu memilih diantara 2 persimpangan. Setiap perjuangan dakwah memerlukan hijrah dan pengorbanan. Selalunya pihak yg benar akan memperolehi kemenangan dengan bantuan dari Allah. Kini setiap ahli PAS boleh bertanya kepada diri mereka sendiri, bilakah kemenangan akan berpihak kepada mereka? Apakah perjuangan ini benar dan benarkah jalan perjuangan ini?

Thursday, November 5, 2009

Eizra Qaish = mahakarya cinta

1. Pada tahun 1994, saya memasuki tingkatan 1 dalam aliran agama. Semasa di tingkatan 2, saya terpandang satu permandangan terindah pada wajah seorang gadis. Dia bernama AZIRA.

2. Saya mula meminati gadis ini. Saya suka melihat gaya dia berjalan dan telatah gurauannya bersama rakan2. Setiap kali saya melihat kelibat gadis ini, akan saya perhatikan semua gerak gerinya. Dalam tidak sedar, perasaan minat terhadap gadis ini terus dirasai sehingga saya memasuki tingkatan 4.

3. Beberapa kali saya cuba mengacau gadis ini namun tidak dilayan. Peluang hadir apabila saya menjadi fasilitator untuk kursus motivasi pelajar tingkatan 3. Saya gunakan masa ini untuk berkenalan lebih rapat dengan gadis ini. Kami mula bertegur sapa.


4. Semasa di sekolah, saya adalah antara pelajar yg kerap di denda berdiri di depan bilik guru hal ehwal murid. Setiap kali saya di denda, gadis ini akan lalu memandang saya dengan penuh rasa benci. Maklum saja lah, gadis ini seorang pengawas. Mana mungkin pengawas akan suka dengan budak yg tidak berdisiplin.

5. Setalah habis menduduki peperiksaan SPM dan mendapat keputusan yg kurang kecemerlangannya, saya bekerja menjual buku cerita. Gadis ini masih menuntut di sekolah itu. Diri ini sudah tidak berani untuk menonjolkan diri atas kerana segan dengan pelbagai kekurangan. Akan tetapi, sekali sekala ada juga saya bertanya khabar gadis ini melalui seorang adik angkat yg masih menuntut di sana.

6. Setahun selepas itu, saya mengambil keputusan untuk belajar. Mak dan ayah sudah mula berleter melihat saya yg hanya keluar setiap mlm bersama budak2 motor sahaja. Saya mula menyambung pelajaran di salah sebuah universiti swasta. Bukan senang seorang anak org susah seperti saya hendak bersaing di IPTS bersama dengan anak2 org kaya lain.

7. Setelah tahun kedua, tanpa dijangka, pemandangan terindah yg selama ini hilang, tetiba muncul. Saya tidak sangka gadis itu turut menyambung pelajarannya di IPTS tempat saya belajar. Semuanya ketentuan tuhan.

8. Saya gunakan masa itu sebaik mungkin. Kami mula rapat dan lebih mengenali antara satu sama lain. Namun ia tidak lama, gadis itu dapat menyambung pelajarannya di IPTA. Akan tetapi, kali ini dia pergi dengan sedikit perasaan yg saya dapat rasa sudah mula menyukai saya.

9. Selama 2 tahun kami hanya berkawan melalui telefon. Setiap kali dia pulang kerumah, kami mula bergayut. Selepas 2 tahun, barulah kami bercadang untuk bertemu. Hari itu adalah hari yg terindah buat diri saya. Sejak hari itu, kami semakin rapat dan mula rasa sayang.

10. Tuhan merancang segalanya. Gadis ini membuat praktikal atau latihan industri di daerah yg sama tempat saya belajar. Kami mula mengikat janji untuk membina kehidupan bersama pada masa yg akan datang.Kami sudah mula bercinta.

11. Zaman percintaan penuh dengan dugaan. Gadis ini menyambungkan pelajaran peringkat ijazah di Universiti Malaya. Saya mula bekerja setelah habis mengambil diploma kerana saya tidak bergantung sangat dengan ibu dan ayah. Semasa menuntut di IPTS, saya juga membuat kerja sambilan kerana duit merupakan keperluan yg wajib. Saya bersyukur kerana walaupon kami belum berkahwin, gadis ini tetap tabah dan sentiasa memberi semangat untuk saya memperbaiki taraf ekonomi diri saya.

12. Pelbagai halangan dan dugaan kami tempuh bersama. Segala masalah kami selesaikan bersama. Saya tidak sangka, gadis yg selama ini amat sukar untuk saya dekati menjadi pendamping yg setia untuk saya terus berjaya. Saya mula berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang lain. Gadis ini menyokong tindakan saya. Hidup di kota besar ini sekali lagi menguji kami berdua. Alhamdullilah, kami berjaya tempuhinya.

13. Pada tahun 2006, saya mendapat kerja sebagai eksekutif di salah sebuah syarikat swasta. Pendapatan saya semakin stabil. Kami kongsi bersama kejayaan ini. Pada tahun 2008, gadis ini menamatkan pengajiannya. Sebulan selepas itu, dia mendapat pekerjaan.

14. Saya mengambil keputusan untuk menghwini gadis ini pada penghujung 2008. Tanggal 15 November, ikatan antara kami berdua adalah sah sebagai suami dan isteri. Kami renung kembali setiap langkah2 kami untuk sampai ke impian kami berdua. Bukan senang dan amat berliku, namun ia juga turut di penuhi dengan kisah2 kegembiraan dan keindahan dlm bercinta. Saya percaya, setiap org dapat merasa kemanisan bercinta apabila cinta itu dpt direalisasikan ke gerbang perkahwinan.


15. Pada 29 Oktober yg lalu, tuhan menganugerahkan kami berdua dengan satu karya cinta yg cukup agung. Kami mendapat bayi perempuan seberat 2.84 kg. Ciptaan Allah ini cukup sempurna. Kami amat bersyukur dengan rezeki kurniaan tuhan ini. Kami menamakannya, Eizra Qaish. Saya dan isteri merasa amat bertuah dan tentunya merasa lebih bahagia.

16. Saya sudah melalui pelbagai pengalaman. Saya sudah melakukan bermacam2 perkara. Akan tetapi, tidak ada satu pon yg dapat menandingi pengalaman menyambut cahaya mata. Semua ini lah yg membuatkan saya sebak ketika melaungkan azan di telinga Qaish. Saya dpt merasakan betapa banyak dosa yg saya lakukan terhadap kedua org tua dan kini apabila bergelar ayah, barulah saya mengerti kasih ibu dan ayah terhadap anak2.

17. Saya bersyukur isteri saya selamat melahirkan anak kami. Saya juga bersyukur kerana tuhan menciptakan anak kami dengan sempurna. Segala puji hanya untuk Allah. Setiap kali saya memegang dan merenung Qaish, saya dapat rasakan kebesaran tuhan.

18. Saya dan isteri akan cuba sebaik mungkin membesarkan Qaish. Kami mahu dia menjadi insan yg berguna pada setiap manusia. Kami mahu dia mentaati ibu dan ayahnya. Kami mahu dia bertaqwa kepada penciptanya. Kami juga mahu segala kebaikan adalah untuk dirinya. Moga Allah memberinya peluang untuk mencari keredhaan di dunia dan akhirat. Amin..

19. 15 November 2009 ini adalah ulangtahun perkahwinan saya dan Azira. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya kerana menjadi isteri yg mulia pada diri saya. Saya juga berterima kasih kepadanya kerana berjaya mengandungkan zuriat kami dan melahirkannya. Terlalu besar pengorbanannya. Saya mahu dia tetap disisi sehingga ke akhir waktu. Saya mahu permandangan indah yg saya lihat dari tahun 1995 ini tetap menghiasi diri saya selamanya. Selamat ulang tahun sayang.

20. Kini hidup saya dan isteri memasuki fasa yg baru. Kami adalah ayah dan ibu kepada Qaish. Kami berdoa agar diberikan oleh Allah segala kemudahan dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Saya tetap percaya dengan apa yg sudah ditentukan oleh tuhan mempunyai kebaikan dan hikmahnya. Moga kami berjaya mengharungi semua dugaan kehidupan ini.

21. Sempena ulangtahun perkahwinan saya dan Azira dan sempena kelahiran Qaish, saya ingin memohon keampunan dari Allah yg maha esa, memohon jutaan maaf kepada ibu dan ayah saya, menagih kemaafan dari setiap rakan2 dan kenalan saya dan memaafkan semua kesalahan org lain terhadap diri saya. Doakan kebahagian kami sekeluarga.

22. Kepada Azira dan Qaish, saya amat menyayangi kamu berdua. Azira adalah cinta saya. Qaish ibarat karya cinta kami. Tiada kata yg dapat menggambarkan kisah karya cinta ini.