Tuesday, October 27, 2009

poligami melayu

1. Poligami merupakan satu sunnah nabi. Sunnah ini amat sukar untuk diterima oleh kaum wanita tetapi menjadi anganan dan harapan untuk kaum adam melaksanakannya.

2. Mengapa amat sukar untuk melaksanakan poligami itu?. Sukar bagi suami untuk meminta izin isteri dan sukar juga untuk isteri memberi keizinan. Ada yg melakukannya tanpa pengetahuan isteri, justeru menghadapi kehidupan yg amat sukar.

3. Ada isteri yg sanggup meminta cerai apabila mengetahui suaminya ingin berkahwin lain walhal perbuatan kahwin lain ini bukanlah suatu kesalahan. Tiada isteri yg mahu meminta cerai apabila suaminya tidak solat, tidak menunaikan puasa atau tidak membayar zakat. Semua dosa yg nyata ini dapat diterima oleh isteri dengan pelbagai alasan tetapi apabila suaminya ingin berpoligami, tiada satu alasan pon yg boleh diterima oleh si isteri untuk mengizinkannya.

4. Saya berpendapat, "cinta" merupakan halangan utama untuk berpoligami. Kita tidak boleh berpoligami selagi kita bercinta. Cinta menjadikan poligami itu satu masalah. Kita tahu bahawa kebanyakan poligami yg berlaku pada zaman nabi bukan atas sebab cinta.

5. Saya percaya, setiap orang bercinta. Ada yg bercinta dari sekolah, ada yg baru bercinta, ada yg masih mencari cinta dan ada juga yg masih tidak sedar mereka sedang dilamun cinta. Cinta ini sebenarnya membuatkan kita alpa. Seperti yg saya tulis sebelum ini, apabila kita sudah menemui cinta, semuanya menjadi di luar kawalan.

6. Kita perlu sedar, cinta sebelum kahwin bukan la sunnah nabi kita. Cinta sebelum kahwin ini membuatkan kita hanyut mengikut perasaan yg di belai oleh syaitan. Kita telah cipta pelbagai kenangan indah semasa bercinta. Terlalu banyak janji sudah dipatri semasa bercinta. Kita cuba menjadikan dunia ini hanya milik kita berdua. Kita mula lupa, tuhan menentukan segalanya.

7. Setelah berkahwin, tuhan menentukan pertemuan suami dengan seseorang dan jodohnya juga sudah tertulis. Isteri akan merasa dikhianati. Isteri juga akan merasa diri sudah tidak beharga lagi. Tiupan angin cemburu dan kemarahan dari syaitan terus ditiupkan malah membawa kepada penceraian. Penceraian adalah sesuatu yg kita tahu tidak disukai oleh tuhan. Syaitan berjaya menghalang anak2 adam ini dari melakukan sunnah nabinya dan melanggar tuntutan agamanya.

8. Kita tidak boleh memilih sunnah yg mana kita hendak lakukan. Kita juga tidak boleh melawan ketentuan qada dan qadar. Kita hanya boleh mempersiapkan diri kita untuk menerima sesuatu ketentuan.

9. Saya percaya, bukan mudah untuk kita menolak kehadiran cinta sebelum berumahtangga. Persekitaran sekeliling tidak banyak membantu. Percaya la, tidak sukar untuk kita terus mengecapi kebahagian yg sedang kita miliki dari kita terus mencari kesukaran hanya untuk melakukan satu sunnah.

CEO Arab

1. Sejak dari semalam, setiap kata2 dari seorang CEO terlekat di fikiran saya. Perasaan marah tidak dapat di gambarkan. CEO yg menumpang tuah org melayu ini dengan bangga berdiri di depan puluhan orang2 melayu dan menyuruh orang2 melayu ini keluar dari budaya melayu yg tidak mebawa kemajuan.

2. Saya menerima kritikan dari setiap org lain termasuk bangsa asing. Akan tetapi, sebelum menegur orang lain kita perlu kenal diri sendiri dahulu. Jika ingin menyuruh org lain berjimat, ia bermula dari pemimpin. Kepimpinan melalui tauladan. Jika mahu org lain menepati masa untuk sampai ke suatu majlis, diri sendiri juga perlu menepati masa untuk memberhentikan majlis tersebut seperti yg dijanjikan.

3. Saya merasa terhina dengan kata2 CEO bangsa arab ini. Dia tidak layak untuk berkata apa2 yg dia sendiri tidak mendapat gambaran yg sebenar.

4. Sejak dari semalam juga, saya merasa tercabar. Saya sudah nekad untuk mencari kerja lain atau memulakan perniagaan sendiri. Saya mahu tunjukkan pada CEO arab ini bahawa kejayaan bermula dengan usaha. Setiap usaha pula tidak sah tanpa dugaan. Kejayaan sebenar datang dari keringat melawan segala dugaan dan cabaran ini. Apa guna menumpang kejayaan orang lain dan mendabik dada bahawa anda adalah seorang insan yg berjaya.

5. Saya yakin setiap anak melayu itu boleh berjaya. Masa akan menentukan.

6.Saya berharap agar CEO ini menikmati segala nikmat yg dia perolehi kerana saya yakin nikmat ini tidak akan kekal.

Thursday, October 22, 2009

sejadah, kalimah dan bajet

1. Sejak kebelakangan ini banyak cerita tentang sejadah bangun seolah sedang bersolat. Ini semua karut. Jangan cuba merendahkan nilai islam di pandangan mata org bukan islam. Itu mengkhianati agama namanya.

2. Hari ini di Rusia, ada pula kejadian ayat2 Al-Quran keluar dari tubuh badan seorang budak berusia 9 bulan. Akan tetapi setakat hari ini belum ade berita memberitahu ayat itu dari surah mana. Harap ade kajian yg dijalankan bg mengelakkan berlaku salah tafsir mengenai islam.

3. Esok Perdana Menteri akan membentangkan bajet 2010. Saya berharap agar bajet kali ini tidak la terlalu menekankan semangat 1 Malaysia itu. Pengkhususan untuk kaum melayu perlu diberi keutamaan.

4. Saya berpendapat, bantuan atau peruntukan untuk golongan muda melayu perlu diberikan dan diuruskan dengan betul. Kerajaan tidak perlu meletakkan terlalu banyak syarat dan peraturan apabila memohon dana2 ini. Kerajaan sepatutnya mengumpulkan dulu belia2 melayu ini dan memecahkan mereka mengikut minat dan kebolehan.

5. Seterusnya, kerajaan cungkil sendiri potensi yg ada pd mereka. Perlu diingat, anak melayu bukan tidak berminat untuk berjaya, cuma mereka tidak tahu jalan untuk mencari kejayaan. Tambahan lagi, peluang untuk berjaya juga sgt tipis apabila terpaksa bersaing dengan bangsa yg terlebih dahulu berjaya dr kita.

6. Kerajaan perlu menjadi seperti bapa kpd anak2 cina. Apabila mereka lihat anak mereka tidak minat lagi untuk belajar di sekolah, bapanya akan mula mendorong anak2 mereka ke arah perniagaan yg mereka usahakan. Mereka didik anak mereka menguasai perniagaan keluarga mereka itu.

7. Mereka memastikan masa depan anak mereka tidak gelap. Anak yg tidak mempunyai sijil SPM itu didik menjadi pengusaha perniagaan sehingga berjaya. Oleh kerana itu kita dapat melihat perniagaan seperti bengkel motosikal/kereta, kedai runcit, hardware dan pelbagai lg perniagaan ini sentiasa diwarisi malah lebih berjaya dan berkembang.

8. Saya berharap perkara ini terjadi pula kepada anak2 melayu. Kerajaan perlu melahirkan sendiri usahawan melayu itu. Janganlah di sediakan dana dengan pelbagai syarat dan mengharap anak2 melayu ini akan tampil memohon dan berdikari. Kita akui bahawa anak2 melayu ini lalai dan tiada arah. Adalah menjadi tanggungjawab kita membela nasib mereka jika benar kita pejuang bangsa.

9. Saya percaya anak melayu itu boleh berjaya juga. Jangan kita nafikan hak melayu itu hanya kerana menjaga hati kaum bangsa asing ini. Kita majoriti, dan seharusnya hak kita juga menjadi manapoli di dalam bajet tahunan.

10. Kejayaan satu bangsa itu bergantung kepada pejuang bangsa itu memperjuangkan nasib bangsanya. Ketuanan melayu itu akan tercapai apabila kita bukan lg menjadi hamba di bumi sendiri.

Monday, October 19, 2009

demi cinta

1. Seorang anak buah saya terlalu beria-ia menceritakan kebodohan seorang lagi anak buah yg melakukan pelbagai perkara hanya kerana cinta. Dia percaya bahawa cinta itu tidak boleh mengawal dan menguasai diri kita. Mengikut tafsirannya, kita berhak untuk mencari cinta yg terbaik.

2. Persoalannya, siapakah cinta yg terbaik untuk kita dan bagaimana kita hendak menilai kualiti cinta itu jesteru meletakkannya sebagai yg terbaik?

3. Saya percaya, setiap org ingin bercinta. Saya juga percaya, kita tidak akan tahu siapa jodoh kita kerana itu ketentuan Tuhan. Tidak bermakna kita bertemu dan bercinta, ia akan diakhiri dengan perkahwinan.

4. Akan tetapi, apa yg dilakukan oleh seseorang demi cinta adalah sesuatu yg agung. Hanya insan yg bercinta tahu apa yg dilakukannya. Perasaan kita terhadap seseorang mendorong kita untuk melakukan sesuatu yg kadang kala dinilai oleh org lain seperti gila, bodoh dan bermacam2 perumpamaan yg negatif lg.

5. Bukan salah kita untuk jatuh cinta terhadap seseorang. Pertemuan itu telah ditentukanNya, perasaan itu juga merupakan anugerah dariNya dan setiap yg berlaku kepada diri kita adalah yg terbaik untuk kita. Itu janjiNya.

6. Apabila perasaan cinta kita tidak sama dengan perasaan cinta orang lain, kita tidak berhak untuk menilai tindakan yg dilakukannya oleh orang lain demi cintanya. Itu suatu yg tidak adil. Harga cinta amat "complicated" jika diterjemahkan.

7. Saya berpendapat, kita tidak boleh angkuh untuk mengatakan kita tidak akan melakukan sesuatu yg bodoh hanya demi cinta. Cinta itu ada pelbagai kisah. Dalam usaha kita merialisasikan cinta ke gerbang perkahwinan, kita tidak akan sedar kita melakukan beberapa perkara yg indah di mata kita tetapi bodoh di mata org lain.

8. Kita boleh mengawal untuk tidak jatuh cinta terhadap seseorang itu, akan tetapi apabila kita bertemu dgn cinta kita, ia sudah di luar kawalan.

Friday, October 16, 2009

obor harapan melayu

1. Bangsa melayu adalah bangsa yg mempunyai semangat kental. Akan tetapi, semangat melayu ini perlu sentiasa disemarakkan dengan kata2 perjuangan.

2. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tidak ramai pemimpin yg berani atau bersungguh2 memperkatakan tentang bangsa melayu. Mereka takut dikatakan racis, mereka takut kehilangan kuasa dan ada juga yg lebih beria2 untuk menjadi pemimpin kaum lain sehingga mereka lupa untuk mendengar denyut nadi anak2 melayu ini.

3. Mendengar ucapan dari Presiden UMNO semalam, semangat melayu dalam diri saya juga turut membuak. Saya yakin, ramai juga anak2 melayu di luar sana merasa getaran semangat perjuangan yg di lemparkan oleh saudara Presiden ini.

4. Saya dapati begitu banyak harapan yg diberikan oleh Presiden UMNO ini. Saya berharap, harapan ini akan menjadi kenyataan. Saya turut merasa gembira apabila beliau tetap mempertahankan hak2 melayu termasuk DEB.

5. Saya juga turut bersetuju dengan pandangan beliau mengenai pengorbanan dan tolak ansur kaum melayu terhadap kaum lain semenjak dari tahun 1969 hingga kini. Sudah banyak kita memberi, mengapa perlu kita takut untuk bersuara. Kita perlu buktikan apa yg kita lakukan adalah demi kebaikan negara bukannya kerana perasaan tergugat atau takut terhadap mereka.

6. Saya berpendapat, setiap parti melayu perlu komited terhadap perjuangan kaum melayu. Saya menyeru kepada UMNO dan PAS, buktikan lah bahawa anda tetap menjaga amanah anak2 melayu ini. Biarlah kalian sentiasa berbeza pendapat, berselisih dan saling mendahului tetapi asas perjuangan itu tetap sama, 'demi melayu untuk melayu kerna melayu'.

7. Anak melayu telah meletakkan segunung harapan kepada pemimpin2 melayu ini. Harapan ini jangan sekali dikhianati. Buktikan kepada kami anda adalah pejuang yg sebenar. Jangan melakukan kerosakan terhadap bangsa anda sendiri dek kerana mabukkan kuasa.

8. Obor harapan bangsa ini tidak akan pernah padam selagi ia berada pada tangan anak bangsanya sendiri.

Wednesday, October 14, 2009

tongkat melayu

1. Ucapan Ketua Pemuda pada persidangan UMNO kali ini betajuk 'Di persimpangan jalan perjuangan'. Antara lain, beliau menyebut "Pembaharuan ke arah kepimpinan nasional Melayu yang lebih jitu akan boleh dilaksanakan sekiranya orang Melayu sendiri membuat anjakan kepada perjuangan yang berbekalkan keyakinan ketamadunan kita, atau civilisational confidence. Keyakinan ketamadunan ini bermakna kita yakin dengan keupayaan bangsa untuk melangkah ke hadapan, mengukir kejayaan tanpa perlu takut bayang-bayang sendiri. Inilah cabaran generasi kita".

2. Beliau juga menyebut, "Hak dan keistimewaan Melayu itu penting. Namun yang lebih penting adalah bagaimana bangsa kita diperkasakan. Apa yang perlu kita wujudkan ialah satu dimensi baru dalam perjuangan Melayu supaya pegangan ekonomi dan status bangsa kita dapat dimajukan, sesuai dengan semangat pemerkasaan Melayu yang wajib dicapai bersama. UMNO dan bangsa Melayu secara keseluruhannya, perlu beralih daripada kaedah atau setting defensif yang selalu menganggap ada orang lain mahu merampas hak dan hartanya, kepada Melayu yang berbekalkan keyakinan ketamadunan bangsa, mengukir visi kemajuan untuk masa hadapan. Inilah dilema Melayu yang baru ¡V persoalan generasi yang wajib dijawab. Adakah kita hanya mahu mempertahankan simbol demi simbol atau adakah kita berani menerima hakikat bahawa perlu ada perubahan mekanisme dan visi demi melihat bangsa Melayu itu terus melangkah maju? Bagi saya, pilihan kedua merupakan jawapannya".

3. Saya berpendapat, mempertahankan hak melayu di dalam perlembagaan adalah sebahagian di dalam visi memperjuangkan hak melayu. Memberi tongkat atau keistimewaan terhadap kaum melayu bukanlah satu tanggungjawab, tetapi satu kewajipan. Mengapa melayu harus diberikan pilihan untuk berjaya. Memperkasakan melayu adalah menyediakan melayu itu dengan segala keperluan dan kehendaknya. Perlukah kita bersetuju dengan pendapat Ketua Pemuda ini bahawa visi melayu bukan untuk mempertahankan kuota semata-mata, tetapi untuk merasa bangga melihat orang Melayu berjaya dengan kekuatan sendiri.

4. Melayu mampu mencipta kejayaan melalui kekuatan sendiri namun hak tetap hak. Kuota perlu dipertahankan. Perlu diingatkan, setapak kita mara kehadapan, mungkin 10 tapak pula bangsa asing ini mara. Apakah kuota sekecil ini adil bagi melayu yg mewakili majoriti?

5. Saya percaya, setiap anak melayu itu mempunyai visi untuk memertabatkan bangsa melayu ini. Kita tidak akan berjaya membina bangsa selagi kita tidak kenal bangsa kita. Kita akan tahu hak bangsa kita apabila kita sudah kenal bangsa kita. Ketamadunan bangsa lebih bernilai apabila setiap anak bangsa itu sentiasa diberikan hak yg wajib atas diri mereka.

6. Saya menaruh harapan kepada semua pejuang bangsa untuk menjulang bangsa melayu ini akan tetapi mengapa perlu kita kikis keistimewaan kita sendiri untuk kita diktiraf berjaya dan berdaya saing.

7. Bukan salah melayu jika ditakdirkan dengan beberapa keistimewaan di bumi melayu ini. Kita menerima kewarganegaraan bangsa asing bukan untuk bersaing bersama mereka. Janganlah kita jadikan mereka sebagai penanda aras bagi kejayaan bangsa kita.

8. Dalam masa yg akan datang, cabaran untuk bangsa melayu lebih hebat dan mencabar. Kita sepatutnya menuntut lebih lagi keistimewaan. Hak dan keistimewaan yg relevan mengikut masa dan zaman perlu ditambah.

9. Kini setelah 50 thn lebih kita merdeka, kita tidak lagi perlu mempertikaikan hak melayu ini tetapi memikirkan mana lagi hak kita yg perlu kita tuntut. Jangan kita biarkan bangsa asing ini menuntut sesuatu bukan hak mereka dalam masa yg sama mempertikaikan hak kita.

10. Sudah tiba masanya garisan berkembar untuk larangan memotong itu kita terangkan warnanya agar setiap bangsa di bumi melayu ini sedar batasan mereka.

Tuesday, October 13, 2009

perang melayu

1. Semua sudah sedia maklum bahawa Barisan Nasional telah menang di Bagan Pinang. Semua umat melayu juga turut menyaksikan bagaimana permusuhan antara penyokong kedua2 parti. Proses pengundian di tanah melayu ini semakin memperlihatkan perpecahan antara umat melayu itu sendiri.

2. Apabila kita bercakap mengenai perpaduan bangsa, ia perlu melampaui dari semua segi. Melayu itu bersatu tanpa mengira negeri kelahiran, tanpa memandang warna parti politiknya dan juga tanpa memperlihatkan taraf kehidupannya.

3. Keperluan dan kehendak untuk melayu itu bersatu sudah mencapai kepada tuntutan wajib.Melihat fenomena yg berlaku di Bagan Pinang, melayu itu perlu sedar bahawa permusuhan yg melampau ini akan merugikan diri kita sendiri.

4. Saya berpendapat, perlu ada satu pergerakan di luar sana yg terdiri dari golongan pemikir melayu membentuk satu gabungan antara setiap parti melayu untuk mencari atau mewujudkan satu suasana pilihanraya yg baru, yg lebih matang. Biarlah kita bertentangan fahaman politik namun untuk kita berperang sesama bangsa jauh sekali.

5. Melihat kepada keputusan EGM parti MCA, kita dapat menilai bahawa bangsa asing ini tetap bersatu walaupon tidak bersetuju dlm beberapa perkara. Mereka menerima kembali Dato Chua Soi Lek tetapi tidak diberikan jawatan. Di situ kita lihat bahawa menjaga ukhwah bangsa lebih utama dari perebutan kuasa.

6. Moga di masa akan datang kita akan lebih kenal siapa musuh yg sebenar.

Friday, October 9, 2009

bagan pinang

1. Pengundi Bagan Pinang akan memilih wakil mereka pada hari Ahad ini. Pilihanraya kecil ini memperlihatkan pertembungan antara UMNO dan PAS.

2. Selama seminggu berkempen, bermacam2 isu yg telah diperkatakan. Diharap rakyat Bagan Pinang dapat menilai sebelum membuat keputusan.

3. Saya selaku anak melayu Negeri Sembilan, berharap kepada mana2 calon yg menang sentiasa dpt menjaga kepentingan islam dan melayu di tanah beradat ini. Jika diperhatikan, selepas pilihanraya March 2008, terlalu ramai adun bukan melayu yg mewakili penduduk di Negeri Sembilan ini. Beri la keutamaan terhadap perjuangan bangsa sebelum memikirkan penyatuan bersama bangsa asing.

4. Bangsa Melayu Negeri Sembilan adalah bangsa beradat. Bak kata sahabat saya, " kalo dilipek sobosar kuku, kalo dibontang sobosar alam, kok hilang dichari, kok hanyut dipinteh,kok tonggolam disolam, datang biarlah nampak muko,pulang biarlah nampak belakang, jauh diimbau, dokek digamit. Apa jua parti politiknya, kita tetap anak melayu.

Thursday, October 8, 2009

BIADAP!!!

1. Sejak akhir2 ini kerap kali saya lihat beberapa wakil pembangkang yg bukan islam berkempen menggunakan ayat2 Al-Quran. Apakah perasaan sebenar melayu islam melihat perlakuan biadap ini?

2. Jika di zaman nabi dahulu, orang2 kafir selalu bertanya dan menguji nabi2 kita tentang kebenaran islam dan kewujudan Allah. Ia terjadi kerana ketika itu islam di dalam proses penerimaan. Kini org kafir lakhnat di Malaysia pula mempersendakan kata2 Allah di depan umat islam itu sendiri. Apakah mereka mempunyai kelayakan untuk membuat sesuatu tafsiran?

3. Seperti yg kita ketahui, untuk menafsir ayat2 Al-Quran itu, kita memerlukan pelbagai ilmu sampingan. Kebiasaannya, tugas menafsir Al-Quran diberikan kepada ulamak2 sahih islam.

4. Mengapa melayu membiarkan bangsa asing itu dengan sahaja mencari dan menghina kesalahan yg dilakukan oleh org islam. Bangsa asing ini dengan sengaja cuba mnyuruh kita memerangi kaum kita sendiri dengan menggunakan hujah dari kitab suci kita. Apakah tindakan ini benar?

5. Saya akui, kita dipersendakan kerana kesilapan dan kelemahan diri kita sendiri. Akan tetapi, itu bukan boleh dijadikan alasan untuk kita membiarkan bangsa asing itu mencerca bangsa kita yg lalai dan lupa dlm melakukan tanggungjawab sebagai org islam. Kita masih ade pendakwah islam kita sendiri. Kita tidak mahu bangsa asing ini menggunakan Al-Quran untuk mencari kelemahan islam. Jika budaya ini berterusan, saya tidak nafikan bahawa urusan dakwah itu tetap akan gagal. Malah jangan terkejut jika suatu hari nanti akan bertambah ramai golongan yg murtad.

6. Saya mahu melayu itu bersatu apabila berbicara tentang agama dan bangsa. Jangan kita bersorak apabila melihat bangsa asing ini membaca Al-Quran, tetapi kita tidak sedar setiap ayat yg dilafazkan oleh mereka hanya untuk memperlihatkan kepada penganut agama lain bahawa terlalu banyak kesalahan yg tertulis di dalam Al-Quran itu.

7. Saya masih ingat lagi tentang satu kisah yg berlaku di Sabah. Seorang individu murtad kepada kristian mempersoalkan tentang maksud ayat di dalam surah Al-Fatihah. Katanya, "setiap individu islam itu membaca surah Al-Fatihah di dalam solatnya termasuk la nabi Muhammad. Akan tetapi makna satu ayat di dalam surah AL -Fatihah ini adalah 'tunjukkan aku jalan yg lurus '. Ini bermakna, nabi bg umat islam itu pon masih mencari jln yg lurus."

8. Politik itu suatu keperluan di dalam kehidupan. Politik tidak boleh dipisahkan dengan islam. Saya harap parti PAS perlu memperjuangkan hak2 islam itu secara telus dan berani. Dimanakah bezanya PAS dan UMNO jika islam itu digadai semata2 demi kuasa?

Wednesday, October 7, 2009

aku cinta 'dia' dan kamu.

aku hanya milik 'dia'
kamu ada hanya untukku
aku tetap bersama 'dia'
kamu tidak pernah jauh dari hatiku


bila aku sentuh kamu
'dia' turut merasa
bila aku lukai kamu
'dia' turut hiba


ketika aku bertemu kamu
'dia' membiarkan aku
ketika kamu pergi dariku
aku pulang mencari 'dia'


kamu tidak seperti 'dia'
'dia' itu bukan kamu
kamu dan 'dia' tetap satu
aku cinta 'dia' dan kamu

tentang cinta

1. Semalam saya menulis tentang cinta. Ini kali kedua saya menulis tentang cinta. Banyak komen yg saya terima. Mungkin kenalan saya lebih berminat berbicara mengenai cinta dari bercerita tentang bangsa melayu.

2. Saya akui, saya bukan lah seorang lelaki yg menjaga cintanya sepenuh hati. Insan yg bersama saya sejak 10 tahun dulu acapkali terluka dengan perbuatan dan kata2 saya. Mungkin sebenarnya saya tidak layak berbicara tentang cinta. Mungkin juga cinta itu tidak pernah saya pamerkan dengan sebaiknya.

3. Akan tetapi, saya cuma ingin mencintai dirinya. Dia adalah cinta dan cinta hanya untuk dia.

Tuesday, October 6, 2009

mencintai atau dicintai

1. Kehidupan memerlukan kasih sayang. Kasih sayang bermula dengan perasaan cinta. Cinta itu begitu indah bila dikongsi bersama seseorang yg punya rasa yg sama dengan diri kita.

2. Terdapat beberapa persoalan tentang cinta. Akan tetapi, di dalam hidup ini adakah kita perlu mencintai seseorang atau hanya dicintai?

3. Saya berpendapat, cinta itu hak setiap insan. Ia hadir tanpa sempat kita berfikir. Ada orang yg cintanya pada pandangan pertama. Ada pula yg sedar itu cinta setelah lama bersahabat. Tak mustahil juga kita jatuh cinta pada yg tak pernah kita fikir itu adalah cinta kita.

4. Kembali kepada persoalan di atas, saya bersetuju dengan pendapat bahawa sebelum kita dicintai oleh seseorang kita perlu mula mencintai. Ini bermakna, dicintai adalah proses yg kedua setelah mencintai. Ia tidak dtg sekali.

5. Setiap org berharap untuk dicintai oleh seseorang yg benar2 ikhlas. Kita mahukan seseorang yg cantik, kaya, baik, memahai, romantik , penyayang dan pelbagai ciri2 positif lg. Bermacam2 harapan dan angan2 lg yg selalu kita fikirkan bila kita terlalu mengharapkan cinta dari seseorang atau hanya mahu dicintai.

6. Cinta itu sesuatu yg perlu diusahakan. Ia bermula dengan mencintai org lain. Kita tidak boleh mendapatkan cinta yg sebenar jika kita tidak berusaha mencintai seseorang itu sepertimana kita mengharapkan org itu mencintai kita. Apabila kita mencintai seseorang itu, kita perlu ikhlas. Kita semai dengan kasih sayang. Kita tunjukkan cara menghargai diri org lain. Kita cuba fahami kehendak dan keperluan pasangan kita. Kita tepati setiap kata yg telah kita ucapkan. Dengan kata lain, apabila kita mencintai seseorang , cintailah dia seperti kita mengajarnya bagaimana memberi cinta yg sebenar-benarnya.

7. Cinta jika hanya dengan harapan tidak akan turun dari langit. Cinta memerlukan usaha kerana cinta itu amat berharga. Oleh itu, cintailah seseorang itu sebaiknya agar kita benar2 dicintai.

8. Saya percaya, cinta itu lebih indah dan sentiasa mekar jika setiap hati manusia itu hanya mencintai. Kita hidup bukan untuk dicintai kerana setiap diri kita ini tidak sempurna. Kita tidak boleh mengharapkan org lain menerima kekurangan diri kita sebelum kita jatuh cinta terhadap kekurangannya.

9. Ingatlah, apabila kita mencintai seseorang itu sepanjang hayat, kita sebenarnya mencintai kekurangannya. Perpisahan berlaku apabila kita tidak lagi boleh menerima kekurangan tersebut.

Friday, October 2, 2009

sesudah raya

1. Sudah hampir 2 minggu kita menyambut syawal. Suasana hari raya masih lagi terasa. Undangan ke rumah2 terbuka juga semakin banyak diterima. Itulah uniknya hari raya di tanah melayu.

2. Pagi hari raya seluruh ahli keluarga berhimpun sesudah menunaikan solat aidilfitri. Upacara memohon ampun dan maaf di mulakan. Yang muda memohon maaf dari yg tua, anak2 memohon maaf dari ibu bapa dan para isteri memohon maaf dari suami. Boleh dikatakan, setiap keluarga melayu itu melakukan upacara ini. Adakah ini suatu keperluan?

3. Saya berpendapat, kita perlu memohon maaf setiap kali kita melakukan kesilapan. Setiap anak itu perlu memohon maaf dari ayah dan ibu setiap hari kerana mungkin ada perkataan atau perbuatan kita yg membuat ibu bapa kita berkecil hati. Jika ibu bapa tidak redha atas diri kita maka Tuhan juga tidak akan redha atas kita.

4. Apabila anak2 sudah berkahwin, anak lelaki masih mencari keredhaan ibu dan bapanya akan tetapi anak perempuan perlu mencari redha atas suaminya sahaja. Apakah makna hari raya tanpa keredhaan dari seorang yg berhak atas diri kita? Apa yg saya maksudkan adalah, selama ini kita selalu silap pandauan dlm mencari arah kehidupan. Kita masih lg belum pasti apa sebenarnya tujuan kita membina sebuah keluarga.

5. Apabila seorang isteri itu menjadi hak suaminya, dia perlu patuh terhadap suaminya. Segala keputusan suami adalah wajib untuk dituruti. Isteri tidak perlu bersalam di pagi raya meminta ampun dan maaf jika di dalam hatinya tiada niat untuk mematuhi segala arahan suami dan tidak berikrar untuk memperbaiki diri pada masa akan dtg. Mengapa hanya pd hari raya upacara memohon kemaafan itu lebih beremosi dari hari2 biasa walhal kesilapan itu tetap dilakukan pd hari yg lain.

6. Untuk itu, saya berharap agar setiap insan melayu diluar sana faham tentang peranan dan tanggungjawab diri sebelum memainkan peranan hari2 istimewa tersebut. Setiap hari itu tiada pengisiannya jika diri kita tidak diisi dengan pengisian yg lebih bermutu. Saya berharap, pada hari raya yg akan dtg, setiap bangsa melayu itu cukup sekadar mengucapkan selamat hari raya. Tiada lg maaf zahir dan batin.

7. Janganlah kita rosakkan dan hina hari raya itu semata2 untuk memenuhi tuntutan budaya melayu sahaja. Bangsa bertunjangkan agama, budaya menunjukkan bangsa.

p/s; entri ini tiada kena mengena dengan sesiapa. cuma sekadar berkongsi untuk kita berfikir apakah sepanjang kita membuat persiapan hari raya dan semasa kita menyambut hari raya kita mengabaikan keredhaan dari org yg berhak atas diri kita sehingga hari raya itu menjadi hari penambah dosa setelah sebulan ramadhan kita cuba menambahkan amalan.