Friday, April 24, 2009

tanpatajuk( bingung )

1. Kekadang aku tidak mengerti berapa banyak wang yg diperlukan di dalam kehidupan. Ada kala aku rasa aku perlu berusaha lebih untuk mencari pendapatan yg lebih. Ada masa terfikir untuk lari dari kehendak dan keperluan duniawi.Mungkin fikiran ini yg keliru.

2. Kekadang aku merasakan yg aku telah cuba sedaya upaya menjaga hati kedua ibu bapa.Ada kala aku rasa aku perlu memberi perhatian lebih kepada kedua org tua ku.Ada juga terlintas untuk kembali ke zaman anak kecil dahulu.Mungkin hati ini terlalu berdosa.

3. Kekadang aku merasa aku memerlukan rakan2.Ada juga saat dan ketika hati kecil ini menyatakan yg aku hanya memerlukan rakan2 yg tertentu sahaja.Mungkin juga aku sebenarnya yg tidak diperlukan.

4. Kekadang aku fikir aku telah mencari sesuatu dlm kehidupan.Ada kala aku terfikir aku sesat di dalam pencarian.Ada masa terfikir juga yg aku sebenarnya tidak tahu apa yg ku cari.Mungkin suatu pencarian itu adalah proses yg berterusan.

5. Kekadang tanggungjawab itu buat aku terfikir.Adakah tanggungjawab itu jawaban untuk pencarian suatu erti kehidupan?.

Thursday, April 16, 2009

tabligh melayu

1. Tabligh merupakan pergerakan dakwah untuk menyebarkan islam.Tabligh masih aktif lg di bumi melayu ini.Ada juga pergerakan tabligh yg ditaja oleh tokoh2 korperat yg berjaya.

2. Modus operandi tabligh ialah dengan bergerak secara berkumpulan.Mereka berkelana dari satu tempat ke satu tempat.Apabila mereka berhenti di satu tempat, mereka akan menziarahi setiap rumah di mukim itu dan mengajak setiap ahli keluarga dalam rumah itu ke masjid.Di masjid mereka akan mengadakan upacara solat2 sunat, zikir2 dan ceramah2.

3. Akan tetapi,adakah cara ini masih relevan di zaman sekarang?Adakah penghuni setiap rumah akan menerima ahli tabligh ini secara sukarela?Adakah ahli tabligh tidak dianggap sebagai perompak yg menyamar?Atau adakah ahli tabligh ini tidak mengganggu hak asasi manusia?Dan byk lg persoalan yg perlu kita fikirkan demi untuk islam itu berkembang tanpa ade pandangan negatif dari pihak org islam dan bkn islam.

4. Saya berpendapat,islam perlu maju seiring zaman.Mengapa dari segi lain kita memandang islam itu shyumul,islam pelengkap kehidupan akan tetapi dari segi dakwah kita masih mengamalkan cara lama.Dunia kini adalah dunia yg saling tidak mempercayai antara satu sama lain.Dunia kini memerlukan idola.

5. Oleh yg demikian,idola islam itu perlu lahir dari kalangan ahli tabligh.Ahli tabligh yg berjaya di dalam kehidupan tanpa menolak keperluan akhirat.Kini kita tidak lagi memerlukan ahli tabligh yg berkunjung rumah ke rumah, akan tetapi ahli tabligh yg berjaya menarik masyarakat islam itu ke rumahnya sendiri.Beliau perlu menjadi rujukan,menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat sekelilingnya.Kita perlu sedar, ahli tabligh masa kini bukan lagi menyebarkan islam kepada masyarakat jahil yg tidak beragama tetapi kepada muslim dan muslimat yg mencari panduan kehidupan.

6. Saya berharap, akan wujud ahli tabligh yg meluangkan masanya untuk menerima kunjungan insan yg mencari arah dan tujuan hidup ini.Ahli tabligh yg saya maksudkan adalah ahli tabligh yg berperwatakan menarik,kemas,yg tidak meninggalkan langsung tuntutan dunia,yg menunaikan kewajipan fardu ain dan fardu kifayah serta benar dalam setiap kata2nya.Ahli tabligh ini adalah insan yg benar2 takut kepada balasan Allah dan ingin sekali menyelamatkan masyarakat islam lain.

7. Semua ini pasti berjaya jika ahli agama itu tunduk dan akur hanya kepada Allah.Moga kerja baik ini disusuli dengan kesabaran dan keimanan yg tinggi.

Wednesday, April 8, 2009

kelantan

1. Hari ni saya perlu menukar warna background blog ini.Sebelum ini saya memilih warna merah kerana melambangkan semangat melayu.Saya pernah menyuarakan pendapat bahawa bendera Kelantan itu perlu menjadi bendera Malaysia kerana ia penuh dengan semangat.Jika diperhatikan, semua bendera di negara ASEAN mempunyai warna merah yg banyak.Itu menyebabkan negara ASEAN lain lebih bersemangat.Berbanding Jalur Gemilang yg terlalu muhibah.

2. Hari ini saya memboikot Kelantan kerana tindakan penyokong bola mereka yg keterlaluan selepas kalah kepada Negeri Sembilan malam tadi.Hari ni saya tidak akan baca blog org Kelantan, tidak makan budu,tidak minum di kedai 'mek' kelantan yg biasa saya minum,tidak akan bercakap dengan org kelantan dan byk lg yg melibatkan Kelantan.

3. Saya pelik,mengapa generasi muda Kelantan yg menolak kerajaan Barisan Nasional tidak mencontohi Tuan GUru Nik Aziz.Apakah mereka menyokong PAS atas dasar kemarahan dan kebencian kepada BN, tetapi bukan kerna menyelami perjuangan dan pengajaran islam yg dibawa oleh PAS?.Saya lihat, anak2 muda kelantan yg berada di kelantan dan KL, mempunyai tabiat yg sama iaitu perkauman,kutu rayau,samseng,peras ugut dan byk lg tabiat negatif.

4. Saya berpendapat,Kelantan perlu diubah.PAS perlu sedar impak perjuangan mereka.Seperti yg kita biasa dengar, org bisnes percaya kepada BN untuk berniaga dan saya harap anak muda yg mencintkan islam sahaja percaya kpd PAS.Kita tidak mahu ada wujudnya hati2 syaitan di dalam PAS itu.PAS akan diiktiraf berjaya jika islam itu sampai dihati setiap pengikutnya tetapi jika hanya diadikan alat untuk melepaskan kemarahan dan kebencian, PAS itu perlu diperbaiki.

5. Untuk sehari ini, saya akan tetap mengucapkan tahniah kepada PAS atas kemenangan di bukit gantang semalam tetapi membenci setiap anak2 kelantan walaupon mereka penyokong kuat PAS.Saya suka bola dan PAS dahulu, saya benci kelantan dan PAS sekarang.

Friday, April 3, 2009

Perdana Menteri

1. Hari ini seluruh rakyat malaysia telah mendapat Perdana Menteri yg baru.Perdana Menteri yg keenam.Ini bermakna teori RAHMAN telah menjadi kenyataan.Saya ucapkan tahniah kepada Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

2. Apa yg membezakan Perdana Menteri yg baru ini adalah beliau merupakan calon Perdana Menteri yg sudah mempunyai kontroversi.Ramai pihak di Malaysia mempertikaikan pemilihan beliau malah akhbar2 luar juga memaparkan segala kontroversinya.Pihak pembangkang menyatakan bahawa mereka malu menerima Perdana Menteri seperti Dato Najib.Segelintir rakyat tetap menolak Dato Najib dan ini akan mereka realisasikan pada pilihanraya akan datang.Kaum bukan Bumiputra pula masih berbelah bagi, ada yg menyokong dan ada juga yg tidak menerima beliau.

3. Saya seorang anak Malaysia berpendapat, peluang perlu diberi kepada Dato Najib untuk membuktikan kebolehan beliau tanpa mengira sebarang khabar angin atau cerita yg saya sendiri tidak lihat.Saya seorang anak melayu berpendapat, mungkin segala kontroversi itu tidak perlu didengar jika amanah menjaga maruah melayu ini dipertahankan sepenuh keringat.Saya seorang muslim berpendapat, dosa dan pahala itu diserahkan kepada yg Maha Berkuasa, biarlah Allah membalas segala kebaikan dan kejahatan beliau.Moga beliau terus menjalankan amanah yg di berikan.

4. Sejarah pahlawan melayu itu membuktikan setiap pendekar itu berjuang demi bangsa dan nusanya.Agama datang menunjuk jalan.Saya harap pahlawan melayu yg baru ini diberikan hidayah oleh Allah dan dikurniakan kekuatan untuk menjaga agama dan bangsa saya di bumi melayu ini.Saya tidak memerlukan pahlawan yg hanya tahu mempergadaikan keistimewan melayu ini demi menjaga reputasi dirinya sendiri atau pahlawan yg berjuang untuk agama tetapi menolak kehendak agama itu sendiri.

5. Saya akan menyokong mana2 Perdana Menteri melayu walau dari parti mana sekalipon asalkan Perdana Menteri itu berani menegakkan kehendak melayu islam di bumi melayu ini.Saya menolak seratus peratus parti DAP, Pertubuhan HINDRAF dan fahaman Benjamin Franklin.

Thursday, April 2, 2009

matlamat

1. Setiap insan di dunia punyai matlamat hidup.Matlamat yg akan memacu segala perjuangan dan perjalanan di dalam hidup ini.

2. Waktu saya bersama rakan2 malam tadi, ade seorang rakan bertanya,mengapa kita tidak memulakan sesuatu untuk mengubah nasib ini agar matlamat kita tercapai?.Kita xkan berubah selagi kita tidak cuba untuk berubah.Itu fakta dari sahabat saya dan saya lihat ramai rakan2 tertarik dgn pendapat sahabat saya ini.Sahabat saya mencadangkan agar kami menubuhkan sebuah koperasi.

3. Semasa perbincangan itu, kami semua dilontar dengan soalan, "apa matlamat hidup kau?".Setiap org cuba memikirkan matlamat hidup masing2.Mungkin semua berlainan cara menterjemahkan matlamat tetapi secara asasnya semua sahabat saya inginkan penambahan pendapatan untuk mencari keselesaan di dunia ini.Hingga saya rasa matlamat mereka itu terlalu sukar untuk dicapai kerna mungkin dorongan nafsu melebihi sempadan keringat.

4. Saya berpendapat, kita tidak akan dapat mencari atau mentafsir matlamat hidup kita selagi kita masih belum menjadi diri kita sendiri.Kita perlu kenal diri kita dahulu.Kita perlu kenal keupayaan diri kita dahulu.Kita perlu atasi kekurangan diri kita dahulu.Kita perlu mengisi kekosongan hati kita dahulu.Kita juga perlu menjadi khalifah sebenar sebelum sebelum kita terus memacu atau mendorong diri kita untuk mencapai sesuatu.

5. Mengapa saya berkata begitu, ini kerana hidup ini adalah suatu proses.Hidup tidak akan berhenti apabila matlamat kita tercapai.Ia akan terus berputar dan terus mengharungi segala keperitan dan kesusahan.Mengapa kita perlu menambahkan pendapatan untuk mencari keselesaan hidup jika kita sedar setiap penambahan pendapatan akan meningkatkan perbelanjaan.itu proses kehidupan.Kita perlu sedar, ada insan perlu menambah pendapatan dan ada pula yg hanya perlu mengurangkan perbelanjaan untuk mencari keselesaan di dunia ini.

6. Saya berharap agar sahabat2 saya sedar akan perkara ini."Jika kita perlu mengharungi sebatang sungai tidak semestinya kita perlu membina jambatan atau menaiki sampan jika kita tahu sungai itu tidak dalam dasarnya dan jika kita terpaksa mengharungi sungai yg dalam, kita mesti sedar akan pulangan yg menanti kita di seberang sana.Apa yg penting, adakah kita benar2 perlu mengharungi sungai itu?"

7. Mungkin ramai rakan2 akan berkata bahawa setiap tahun tiada perubahan dalam hidup saya,tetap akan menjadi org yg sama setiap kali mereka bertemu dgn saya, apa pon tanggapan mereka,saya tetap berpuas hati kerana mereka itu telah menjadi sebahagian proses di dalam kehidupan saya.Saya tidak akan kehilangan mereka selagi proses itu berjalan seperti sediakala kerana mereka dan diri saya adalah sebahagian dari matlamat hidup saya.