Friday, May 29, 2009

pengorbanan melayu

1. Memberi atau melepaskan sesuatu yg kita sayangi untuk tujuan memberi kepuasan kepada individu lain adalah makna pengorbanan.Kita bersedia bekorban akan tetapi adakah pengorbanan itu berbaloi???

2. Zaman ini, pengobanan sering salah dipenterjemahkan.Mak ayah tidak lagi sanggup mengorbankan tanah dan kebun tuk di gadai demi menghantar anak ke menara gading.Ada juga anak2 yg tidak boleh mengorbankan hasil pendapatan mereka tuk diberi kpd ibu bapa sebagai belanja pergi mengerjakan haji di Mekah.Terdapat juga jiran tetangga yang sanggup mengorbankan masa mereka memerhatikan jiran sebelah rumah hanya kerna mahu memerhati sesuatu keburukan untuk diceritakan kpd org lain.Remaja melayu sanggup bekorban nyawa demi menjadi raja rempit jalanan.Anak gadis mengorbankan maruah sebagai trend.

3. Terlalu ramai yg sanggup bekorban di zaman ini hingga kita sendiri tidak dapat menilai harga pengorbanan itu.Setiap org mempunyai alasan atas apa yg mereka lakukan.

4. Jika kita fikirkan, mengapa pula ibu bapa sanggup menggadikan tanah apabila hendak menjamin anak mereka dari tahanan lokap.Ada pula bakal suami yg sanggup bekorban menerima bakal isteri yg sudah hilang perawan.Anak2 bekorban mengikat perut demi membayar hutang kereta atau kad kredit.POlis trafik mengorbankan nyawa demi mat rempit.Masyarakat pula menganggap menjaga tepi kain org lain sebagai suatu pengorbanan besar.

5. Mungkin kita sudah perlu memikirkan nilai suatu pengorbanan.Kita tidak akan dilihat kejam jika kita hanya berpihak kepada kebenaran.Pengorbanan bukan tuntutan jika nilainya hanya untuk memperindahkan pandangan masyarakat terhadap diri kita.

Tuesday, May 26, 2009

minggu ke-16

1. Kini dah masuk 16 minggu isteri tersayang mengandungkan anak sulung kami.Rasa teruja melihat perut yg makin membesar tu di terjemahkan dengan perbincangan nama2 anak.Mungkin terlalu awal, tetapi setiap perasaan tu sukar tuk tidak diluahkan.

2. Saya cuma berdoa akan isteri sentiasa dirahmati, dipelihara kesihatannya dan dipermudahkan segala urusan hariannya.Untuk bakal waris kami, moga disempurnakan kejadiannya, dilindungi dari kecelakaan dan dirahmati setiap inci kejadiannya.

3. Sekadar ingin berkongsi, jika kami dianugerahkan waris putera, nama Eizrul Qaid dan jika waris itu puteri, namanya Eizra Qaish.Segala puji bagi ALLAH yg berkuasa menjadikan hambanya...

Monday, May 25, 2009

sihir melayu moden.

1. Sihir atau ilmu hitam adalah satu amalan untuk mendapatkan sesuatu yg kita telah gagal dapatkan.Amalan ini memerlukan bantuan jin atau syaitan sebagai pelaksana.

2. Di era globalisasi sekarang,amalan sihir juga sudah mencapai tahap kemodenan.Mungkin masyarakat sudah mula sedar tentang kelebihan manusia berbanding makhluk lain di dunia ini.Kita tidak lagi memerlukan bantuan jin atau syaitan demi mendapatkan sesuatu yg kita impikan walau dengan apa cara sekalipon.Tuntutan nafsu mendidik kita lebih bijak berbanding jin dan syaitan ini.

3. Apa yg saya maksudkan dengan sihir moden ini?.Jawabannya tentulah RASUAH.Rasuah merupakan suatu sihir moden.Jika dahulu kita menggunakan jin dan syaitan,kini pengaruh wang lebih berkuasa dari mereka ini.Segala apa yg kita inginkan walau kita gagal memilikinya,ia akan tetap kita miliki.Hulurkan sahaja wang anda di setiap halangan impian anda,maka segala urusan akan jadi mudah.

4. Tabiat rasuah ini bukan kecil.Boleh dikatakan setiap urusan memerlukan sihir ini.Tiada lagi khidmat pawang diperlukan.Sihir ini cukup mudah dilaksanakan.Apa yg menbezakan sihir moden ini dengan sihir lama adalah kesan terhadap penerima sihir ini.Jika dahulu tiada seorang pon sanggup dirinya disihir,tetapi kini boleh dikatakan setiap orang itu berharap diri mereka akan terkena sihir yg lebih hebat,lebih lumayan atau lebih berganda.

5. Pesan saya untuk bangsa melayu kini, ingatlah.. apabila kita sudah berusaha untuk mendapatkan sesuatu,tetapi terdapat juga halangan atau kita gagal untuk memiliki impian itu,anggap la ia suatu ketentuan.Sudah di tentukan itu bukan yg terbaik untuk diri kita.Jangan la kita terus cuba mendapatkan ia dengan menggunakan sihir2 moden ini, kerana jika kita dapat memilikinya,pasti ia akan memberi atau membawa kita ke arah kecelakaan.Allah itu Maha Menyayangi umatnya.Dia tahu apa yg terbaik untuk kita.

tergendala.

1. Salam semua.Sudah lama saya tidak menulis di sini.Ada beberapa sebab,yg pertama saya sibuk kerna menguruskan hari keluarga persatuan pekerja syarikat tempat saya bekerja.Yang kedua sibuk dengan urusan untuk menubuhkan sebuah koperasi melayu.

2. Dalam kesibukan ini ,semua masalah,segala tanggungjawab dan setiap peluang tidak mugkin dpt dipisahkan dari diri ini.Moga diri ini makin tabah.