Tuesday, February 24, 2009

maruah melayu

1. didalam diri setiap insan ade maruah yg perlu disanjung.ade maruah yg membentuk ketemadunan.kini maruah telah menjadi pengukur terhadap nilai sesuatu bangsa.
2. masa saya kecik2 dulu, sy selalu dgr tentang isu memperjuangkan maruah bangsa, bila saya mula dewasa, isu tentang maruah tergadai dan ketirisan maruah mula kedengaran. apa sebenar maruah ini?, bagaimana kita mengukur tentang keagungan maruah itu?, dan sampai bila kita masih dianggap bermaruah?
3. maruah adalah harga diri,harga bangsa dan harga sesebuah negara.kita pula tiada hak utk menetapkan harganye.ia dinilai dari segi setinggi mana kita meletakkan maruah itu didalam kehidupan.
4. jika kita lihat fenomena sekarang, mengapa melayu itu sering dituduh dgn tuduhan menggadaikan maruah atau sudah tidak bermaruah.dan selalunyer yg menjadi sasaran adalah anak muda melayu ini.adakah kita begitu adil di dalam hal ini?
5. anak muda sekarang terkenal dgn seks bebasnyer.jd kita anggap mereka tak bermaruah.ditambah pula dgn gejala mat rempit,dadah,lepak,punk,skinhead dan mcm2 lg gejala negatif.kita kata mereka tiada maruah.pernahkah kita fikir, apabila ramai anak2 melayu ini kita lebelkan tidak bermaruah tetapi kita hanye membiarkan mereka dan akhirnyer jumlah yg tidak bermaruah ini menjadi jumlah majoriti bg kaum melayu, sudah pasti secara majoritinyer kaum melayu itu akan dianggap tidak bermaruah.pada masa itu, adakah org2 melayu yg tidak melakukan semua gejala negatif td masih lg dianggap mempunyai maruah?
6. saya berpendapat, maruah ini ada dalam semua perkara.ini kerana setiap perkara itu mempunyai harganya yg tersendiri.ada harga yg murah dan ada harga yg mahal.mgkn zaman dahulu tiada gejala negatif, akan tetapi adakah prilaku2 dan adat2 yg bertentangan dengan ajaran agama, jika dilakukan tidak menjatuhkan maruah kita.kita sedia maklum yg budaya dan adat kita byk yg tidak berpandukan ajaran islam.adakah kerana dia adat dan budaya, ia masih dianggap bermaruah akan tetapi apabila terjadi kpd pengamal gejala negatif dan budaya luar kita terus menghukum mereka tidak bermaruah walhal kedua2 perkara ini mempunyai asas yg sama iaitu tidak berlandaskan islam.atau mgkn ajaran atau amalan adat dan budaya masih melebihi ajaran islam?
7. secara kesimpulannyer, jika kita sygkan bangsa kita sendiri,ingin melihat maruah bangsa kita disanjung tinggi dan ingin generasi melayu akan dtg lebih bermaruah, kita perlu mulakan dr individu.individu itu perlu mnjaga maruahnya sendiri, dan kemudian menjaga maruah keluarganya sendiri, trus membawa kpd maruah masyarakatnya dan akan menjadi pegangan bangsanya tuk menjaga maruah itu sebagai amanah.
8. sebagai permulaan, stiap kita perlu memahami bahawa maruah itu adalah harga diri setiap insan dimata penciptanya.jika kita masih meletakkan maruah itu sama seperti budaya org timur atau adat melayu, kita akan terus menjadikan maruah kita sama seperti maruah bangsa lain.jika itu berlaku, jgn la kita menyalahkan anak2 bangsa melayu ini sebagai punca kejatuhan maruah bangsa jika bangsa melayu itu sendiri punyai maruah yg diciplak dari bangsa lain tanpa mereka sedari.
9. INGAT LA... generasi akan dtg adalah hasil sejarah masa lalu.MELAYU JANGAN LUPA...

daulat tuanku

1. Malaysia adalah sebuah negara berkonsepkan Raja Berpelembagaan.Raja merupakan ketua negara,ketua agama dan ketua ketenteraan.
2. akhir2 ini ramai yg dah mula mempersoalkan raja2 melayu ni.mgkn pepatah " raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah " sudah benar2 difahami oleh masyarakat majmuk malaysia ni.tp siapa kita tuk menilai tahap keadilan seseorang raja? adakah raja itu akan tetap adil di mata kita selagi mereka berpihak kpd kita?fikirla...
3. saya berpendapat, raja adalah tunggak perlembagaan.ini bermakna raja itu perisai perlembagaan.kita akan kembali merujuk kpd raja apabila kita dah menyentuh hal2 berkaitan perlembagaan.kita memerlukan raja apabila melibatakan parlimen,dewan undangan negeri,waktu menggubal undang2,ketenteraan,isu2 agama seperti fatwa dan beberapa isu perlembagaan lg.
4. Raja tidak terlibat didalam permbangunan negara.raja tidak terlibat didalam politik.raja tidak terlibat didalam usaha menarik pelabur asing.raja tidak menetapkan peratus keluaran didalam negara kasar(KDNK).raja tidak membentangkan belanjawan negara kita.byk lg didalam proses pentadbiran negara kita tidak melibatkan raja melayu ini.
5. apabila kita lihat peranan raja ini, adakah kita sudah dikira menderhaka apabila ade sebilangan keputusan tidak melibatkan raja?, dan adakah kita juga boleh menilai tahap keadilan dan tahap kezaliman raja kita apabila raja itu hanya menjaga perlembagaan?saya fikir tidak.
6. saya berharap rakyat malaysia akan terus menghormati raja2 melayu ini.mereka lambang kedaulatan.kita tidak berhak menilai raja kita.apa yg mereka lakukan adalah hak mereka sebagai raja.mgkn akan ade suara2 yg berani mengatakan raja juga hamba kpd Allah.itu memang benar tetapi biarlah tanggungjawab yg diberikan kpd raja ini dinilai oleh Allah sendiri.selagi kita hidup di bumi malaysia ini, kita mesti terima hakikat ini.Nabi musa dulu juga tidak memberontak kpd firaun. Allah yg menghukum firaun itu.
7. Allah menjadikan sesuatu itu atas sebabNyer yg tersendiri.Ketahuilah, Allah mengetahui apa yg kita tidak ketahui.Segala puji bagi Allah.

Monday, February 23, 2009

peluang melayu

1. peluang adalah sesuatu ganjaran tanpe perancangan .ia hadir untuk memberi kita kelebihan.
2. anak2 melayu kita punya pluang yg luas tuk hidup di negara ini.sampai ade kalanyer pluang itu kita biarkan pergi begitu sahaja.apakah kita tidak bersyukur atau semua pluang itu bukan untuk kita.kerna ade juga seseorang yg memberi definasi peluang itu sebagai sesuatu yg subjektif.
3. jika kita anak melayu ingin berniaga, senang skali mendapat pinjaman, jika kita anak melayu ingin ke universiti, mudah skali mendapat kelulusan dan jika kita ini anak melayu yg benar2 ingin menggunakan peluang bumiputra itu, xde sape yg mgkn dpt menghalangnyer.
4. tp mengapa kita masih lg x mampu bersaing?saya berpendapat, peluang yg diacukan untuk melayu ini tidak mengikut acuan kita sendiri.semua sudah sedia maklum, kita sudah ade satu tande aras untuk berjaya.kita jadikan kaum cina tu sebagai pengukurnyer.kita nak anak melayu kita pandai mcm anak cina, kita mahu anak melayu itu boleh berniaga seperti cina,kita mahu anak melayu itu ade rumah yg sama besar dan mewah mcm cina, kita mahu anak melayu itu jd tauke bsr seperti anak cina, kita mahu anak melayu itu kaya seperti anak cina dan byk lg identiti kekayaan cina ini yg perlu kita contohi.tp pernahkah kita terfikir bahawa itu memang bukan anak melayu.anak melayu ttp anak melayu,anak cina ttp anak cina dan anak india ttp anak india.
5. mgkn saya silap, tp bg saya kita bleh berada didalam kelompok agama yg sama tetapi budaya bangsa tetap berbeza.jika kita tgk, walaupon nabi itu berniaga, tp dia x pernah wajibkan umatnyer berniaga.kerna apa? kerna dia tau perbedaan ini.
6. jd saya harap akan lahir pemikir dr anak bangsa melayu ini yg bleh memikirkan tentang kemajuan bangsanyer.mgkn sumer pluang tuk berjaya td akan lebih berjaya kalo mengikut acuan kita sendiri.kita kena sedar siapa diri kita dan dimana letaknyer diri kita.kita x kan mampu mencapai sesuatu impian itu jika peluang yg kita dpt itu bkn la pluang yg membantu kita.mgkn ia cuma pluang tuk seseorang mengambil kesempatan.
7. sdh byk yg kita tgk, ade kaum tertentu berniaga hanyer pd bidang tertentu sahaja,ade jgk suatu kaum yg berniaga seperti cara mereka sendiri tanpa memikirkan yg halal dan yg haram, x lupa pula ade jgk kaum yg berjaya mempergunakan peluang yg x pernah diberikan kpd mereka tetapi mereka lebih berjaya dr mereka yg mendapat peluang itu.
8. suatu peluang itu terpulang kepada penilainyer.

cinta.

1. ape itu cinta?mgkn kita bleh trime byk jawapan yg berbeza mengenai cinta ini.tp yg pasti stiap insan ingin skali bercinta.
2. cinta tu hadir memenuhi kehendak naluri.kita xkan jatuh cinta kalo naluri kita x bertindak tuk mengenali seseorang.tp untuk jth cinta mcm2 halangan yg perlu kita tempuh.mengapa?
3. mgkn itu menunjukkan cinta memerlukan pengorbanan,cinta memerlukan kesabaran,cinta perlu diuji atau cinta itu adalah kekuatan tuk semua kepayahan atau kesusahan.
4. kita rasa kita jatuh cinta bila kita dah mula rs bahagia.kita mula rs cinta bila kita rs hati kita dah tersentuh.dgn cinta kta sanggup wat ape saje.dgn cinta kita mula membina sesuatu impian agar impian itu trus mekar dan berkembang.itu semua tentang cinta.tentang makne cinta.
5. tp pernahkah kita fikirkan asas cinta tu, ape rukun cinta tu, ape implikasi cinta? mgkn x, sbb ramai jgk yg kata cinta wat kita buta tentang kehidupan.tp ketahuilah..cinta memerlukan ikrar dan komitmen.
6. apabila kita dah menyatakan ikrar cinta, kita perlu komited ke arah impian cinta itu.semua halangan perlu ditempuh bersama.semua kebahagiaan harus diberi kpd yg dicintai.di dalam kita menempuh pelbagai halangan itu, akan muncul pulak rs x puas hati, rs siapa yg lebih menyintai, rs siapa yg lbh bekorban untk cinta,rs semakin dikhianati, dan pelbagai perasaan lg yg membuatkan rs cinta itu pudar.
7. yakinlah...sesuatu yg kita inginkan perlu diusahakan.begitu la cinta.cinta itu perasaan..sesiapa yg merasakan cinta itu perlu bersedia untuk bercinta.cinta suatu anugerah.

Friday, February 20, 2009

tanggungjawab melayu

1. tanggungjawab adalah suatu amanah dan keprluan di dalam kehidupan ini.tanpa tanggungjwb, insan itu umpama tiada erti.selain tanggungjawab ade 2 lg keperluan didalam hidup ini iaitu masalah dan peluang.tp kali ni saya lebih tuk bercerita tentang tanggungjawab.
2. kadangkala kita rasa yg kita ini benar2 sedang memikul tanggungjawab yg diberikan.ade juga masenyer kita rasa kita sudah melakukan tanggungjawab itu.dan kadangkala kita rasa kita layak tuk suatu tanggungjawab itu.tp adakah apabila kita merasa semua perasaan itu dah dikira kita benar2 seorang yg bertanggungjawab.
3. sebenarnyer tanggungjawab itu byk.kita tidak pernah habis menunaikan tanggungjawab da kita tidak perlu memikul sesuatu yg bkn tanggungjawab kita tuk kita menjadi seseorang yg bertanggungjawab.kita perlu muhasabah diri dan mengenali apakah tanggungjawab kita yg sebenar.
4. ramai anak2 seperti kita tidak memenuhi tanggungjawab sebagai anak tetapi lebih memberi tumpuan kepada rakan2.ade jgk yg tidak menjlnkan tanggungjawab terhadap isteri tetapi sahaja mencari tanggungjawab yg lain tuk dipikul.ade jugak mak ayah yg terlalu bertanggungjawab terhadap anak2 sehingga mereka sendiri tidak sedar yg mereka itu sebnarnyer menjauhkan ikatan kekeluargaan itu.mgkn semua ini kerana keliru dan alpa.
5. kita sebenarnyer telah meletakkan rating tuk setiap tanggungjawab dgn penilaian kita sendiri sehingga kita x sdr yg mn lebih utama.mengapa ini terjadi.adekah kita bertujuan tuk merancang tanggungjawab itu atau kita sdng lari dari tanggungjawab.
6. mgkn sudah tiba masenyer untuk kita memahami semula keperluan tanggungjawab ini agar kita tidak mudah meletakakan hak sesuatu tanggungjawb itu bkn ditempat yg sepatutnyer..

Tuesday, February 17, 2009

tiang seri

1. tiang seri merupakan satu tiang asas tuk rumah itu sempurna.tanpa tiang seri..rumah itu dikira tidak lengkap atau mgkn tdk kukuh dan lebih2 lg..tdk berseri.
2. dulu saya pernah bercerita tentang sahabat, lg lama kita bersahabat..lg byk la kita dpt menilai erti sahabat tu.skrang ni tora tu dah msauk traning tuk pegawai maritim.lama jugak la.dia masih lg terikat ngan training tu..so mmg susah la kitorang nak jumpe dia.
3. ape yg kita perasan skrng..kitorang sume dah jarang berjumpe.saya da kawen,budin da kawen n wife dia da prgnt skrng dan apen tgh membesarkan anak dia tu(mika).sume dah mula memikul tanggjwb.mgkn dulu kitorang xprnh terfikir sume ni..tp nilah keajaiban tuhan.dia maha mengetahui kehendak hambenyer.
4. ape yg membuatkan kitorang x dpt jumpe adlah kerna tora jgk.kitorang sedar yg dia tu sebnrnyer tiang seri dlm kisah sahabat ini.slama ni dia jgk yg byk menggerakkan aktiviti kitorang.dia seba boleh.dia boleh memudahkan cara.dia senang tuk dipelawa.dia komited tuk kitorang sentiasa bersama.
5. aku doakan tora berjaya membina kerjaya dan keluarga.itulah hakikatnyer..tora itu tiang seri.

perasaan melayu

1. Perasaan ni adalah satu anugerah.kita tdk dikira berdosa jika kita merasai sesuatu perasaan itu selagi ara kita meluahkan perasaan itu kena dgn caranyer.
2. dulu masa saya bersekolah menengah,saya sering keliru dgn perasaan.ada kala perasaan yg dtg itu adalah prasaan yg memberi kita nikmat dan ade kala prasaan itu hanya satu dugaan.saya ade perasaan tuk berjaya,ade gak perasaan tuk menjadi org dewasa,ade gak perasaan tuk tidak memikirkan masa depan,kdg2 tu ade gak perasaan tuk cuba tidak memahami perasaan org lain.tp ape yg pasti perasaan ini mendorang kita tuk melakukan seseuatu dan sesuatu yg kita lakukan itu hanya akan kita ketahui samaada btul atau salah pabila perasaan kita memberitahu slps semua itu kita lakukan, bkn sebelum.
3. tp kini..ita dapat lihat ramai org dah mula menunukkan perasaan mereka.untuk apa semua itu? mgknkah tuk memberitahu org lain tentang perasaan kita walhal kita tahu stiap insan berbeza perasaan, atau cuma kita rasa hanya perasaan kita sahaja yg ptt diketahui oleh org lain kerna prasaan kita itu mewakili prasaan mereka walhal juga kita tahu stiap org lain akan membalas prasaan yg kita tunjukkan itu dgn cara yg berbeza dan mgkn prasaan itu skrng sudah tdk menjadi sesuatu yg peribadi lg kerna kita rs stiap org akan prasan perasaan kita.mgkn ini perlu kita fikirkan.
4. yg lebih utama,biar ape pon prasaan kita terhdp sesuatu atau seseorang,adalah mnjadi tanggungjwb kita sendiri tuk merasa dan melayan prasaan itu kerna stiap kita mempunyai hati yg begitu erat dgn prasaan.ketahui lah yg perasaan itu unik.