Friday, October 16, 2009

obor harapan melayu

1. Bangsa melayu adalah bangsa yg mempunyai semangat kental. Akan tetapi, semangat melayu ini perlu sentiasa disemarakkan dengan kata2 perjuangan.

2. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tidak ramai pemimpin yg berani atau bersungguh2 memperkatakan tentang bangsa melayu. Mereka takut dikatakan racis, mereka takut kehilangan kuasa dan ada juga yg lebih beria2 untuk menjadi pemimpin kaum lain sehingga mereka lupa untuk mendengar denyut nadi anak2 melayu ini.

3. Mendengar ucapan dari Presiden UMNO semalam, semangat melayu dalam diri saya juga turut membuak. Saya yakin, ramai juga anak2 melayu di luar sana merasa getaran semangat perjuangan yg di lemparkan oleh saudara Presiden ini.

4. Saya dapati begitu banyak harapan yg diberikan oleh Presiden UMNO ini. Saya berharap, harapan ini akan menjadi kenyataan. Saya turut merasa gembira apabila beliau tetap mempertahankan hak2 melayu termasuk DEB.

5. Saya juga turut bersetuju dengan pandangan beliau mengenai pengorbanan dan tolak ansur kaum melayu terhadap kaum lain semenjak dari tahun 1969 hingga kini. Sudah banyak kita memberi, mengapa perlu kita takut untuk bersuara. Kita perlu buktikan apa yg kita lakukan adalah demi kebaikan negara bukannya kerana perasaan tergugat atau takut terhadap mereka.

6. Saya berpendapat, setiap parti melayu perlu komited terhadap perjuangan kaum melayu. Saya menyeru kepada UMNO dan PAS, buktikan lah bahawa anda tetap menjaga amanah anak2 melayu ini. Biarlah kalian sentiasa berbeza pendapat, berselisih dan saling mendahului tetapi asas perjuangan itu tetap sama, 'demi melayu untuk melayu kerna melayu'.

7. Anak melayu telah meletakkan segunung harapan kepada pemimpin2 melayu ini. Harapan ini jangan sekali dikhianati. Buktikan kepada kami anda adalah pejuang yg sebenar. Jangan melakukan kerosakan terhadap bangsa anda sendiri dek kerana mabukkan kuasa.

8. Obor harapan bangsa ini tidak akan pernah padam selagi ia berada pada tangan anak bangsanya sendiri.

No comments: