Friday, October 2, 2009

sesudah raya

1. Sudah hampir 2 minggu kita menyambut syawal. Suasana hari raya masih lagi terasa. Undangan ke rumah2 terbuka juga semakin banyak diterima. Itulah uniknya hari raya di tanah melayu.

2. Pagi hari raya seluruh ahli keluarga berhimpun sesudah menunaikan solat aidilfitri. Upacara memohon ampun dan maaf di mulakan. Yang muda memohon maaf dari yg tua, anak2 memohon maaf dari ibu bapa dan para isteri memohon maaf dari suami. Boleh dikatakan, setiap keluarga melayu itu melakukan upacara ini. Adakah ini suatu keperluan?

3. Saya berpendapat, kita perlu memohon maaf setiap kali kita melakukan kesilapan. Setiap anak itu perlu memohon maaf dari ayah dan ibu setiap hari kerana mungkin ada perkataan atau perbuatan kita yg membuat ibu bapa kita berkecil hati. Jika ibu bapa tidak redha atas diri kita maka Tuhan juga tidak akan redha atas kita.

4. Apabila anak2 sudah berkahwin, anak lelaki masih mencari keredhaan ibu dan bapanya akan tetapi anak perempuan perlu mencari redha atas suaminya sahaja. Apakah makna hari raya tanpa keredhaan dari seorang yg berhak atas diri kita? Apa yg saya maksudkan adalah, selama ini kita selalu silap pandauan dlm mencari arah kehidupan. Kita masih lg belum pasti apa sebenarnya tujuan kita membina sebuah keluarga.

5. Apabila seorang isteri itu menjadi hak suaminya, dia perlu patuh terhadap suaminya. Segala keputusan suami adalah wajib untuk dituruti. Isteri tidak perlu bersalam di pagi raya meminta ampun dan maaf jika di dalam hatinya tiada niat untuk mematuhi segala arahan suami dan tidak berikrar untuk memperbaiki diri pada masa akan dtg. Mengapa hanya pd hari raya upacara memohon kemaafan itu lebih beremosi dari hari2 biasa walhal kesilapan itu tetap dilakukan pd hari yg lain.

6. Untuk itu, saya berharap agar setiap insan melayu diluar sana faham tentang peranan dan tanggungjawab diri sebelum memainkan peranan hari2 istimewa tersebut. Setiap hari itu tiada pengisiannya jika diri kita tidak diisi dengan pengisian yg lebih bermutu. Saya berharap, pada hari raya yg akan dtg, setiap bangsa melayu itu cukup sekadar mengucapkan selamat hari raya. Tiada lg maaf zahir dan batin.

7. Janganlah kita rosakkan dan hina hari raya itu semata2 untuk memenuhi tuntutan budaya melayu sahaja. Bangsa bertunjangkan agama, budaya menunjukkan bangsa.

p/s; entri ini tiada kena mengena dengan sesiapa. cuma sekadar berkongsi untuk kita berfikir apakah sepanjang kita membuat persiapan hari raya dan semasa kita menyambut hari raya kita mengabaikan keredhaan dari org yg berhak atas diri kita sehingga hari raya itu menjadi hari penambah dosa setelah sebulan ramadhan kita cuba menambahkan amalan.

No comments: