Tuesday, October 6, 2009

mencintai atau dicintai

1. Kehidupan memerlukan kasih sayang. Kasih sayang bermula dengan perasaan cinta. Cinta itu begitu indah bila dikongsi bersama seseorang yg punya rasa yg sama dengan diri kita.

2. Terdapat beberapa persoalan tentang cinta. Akan tetapi, di dalam hidup ini adakah kita perlu mencintai seseorang atau hanya dicintai?

3. Saya berpendapat, cinta itu hak setiap insan. Ia hadir tanpa sempat kita berfikir. Ada orang yg cintanya pada pandangan pertama. Ada pula yg sedar itu cinta setelah lama bersahabat. Tak mustahil juga kita jatuh cinta pada yg tak pernah kita fikir itu adalah cinta kita.

4. Kembali kepada persoalan di atas, saya bersetuju dengan pendapat bahawa sebelum kita dicintai oleh seseorang kita perlu mula mencintai. Ini bermakna, dicintai adalah proses yg kedua setelah mencintai. Ia tidak dtg sekali.

5. Setiap org berharap untuk dicintai oleh seseorang yg benar2 ikhlas. Kita mahukan seseorang yg cantik, kaya, baik, memahai, romantik , penyayang dan pelbagai ciri2 positif lg. Bermacam2 harapan dan angan2 lg yg selalu kita fikirkan bila kita terlalu mengharapkan cinta dari seseorang atau hanya mahu dicintai.

6. Cinta itu sesuatu yg perlu diusahakan. Ia bermula dengan mencintai org lain. Kita tidak boleh mendapatkan cinta yg sebenar jika kita tidak berusaha mencintai seseorang itu sepertimana kita mengharapkan org itu mencintai kita. Apabila kita mencintai seseorang itu, kita perlu ikhlas. Kita semai dengan kasih sayang. Kita tunjukkan cara menghargai diri org lain. Kita cuba fahami kehendak dan keperluan pasangan kita. Kita tepati setiap kata yg telah kita ucapkan. Dengan kata lain, apabila kita mencintai seseorang , cintailah dia seperti kita mengajarnya bagaimana memberi cinta yg sebenar-benarnya.

7. Cinta jika hanya dengan harapan tidak akan turun dari langit. Cinta memerlukan usaha kerana cinta itu amat berharga. Oleh itu, cintailah seseorang itu sebaiknya agar kita benar2 dicintai.

8. Saya percaya, cinta itu lebih indah dan sentiasa mekar jika setiap hati manusia itu hanya mencintai. Kita hidup bukan untuk dicintai kerana setiap diri kita ini tidak sempurna. Kita tidak boleh mengharapkan org lain menerima kekurangan diri kita sebelum kita jatuh cinta terhadap kekurangannya.

9. Ingatlah, apabila kita mencintai seseorang itu sepanjang hayat, kita sebenarnya mencintai kekurangannya. Perpisahan berlaku apabila kita tidak lagi boleh menerima kekurangan tersebut.

No comments: