Tuesday, November 17, 2009

nurkasih PAS

1. Semua sedia maklum PAS adalah sebuah parti yg memperjuangkan islam. Pas sudah lama berkecimpung dalam politik tanahair. PAS sudah merasa perit maung menjadi pembangkang dan punyai banyak pengalaman mentadbir kerajaan negeri Kelantan.

2. Kebelakangan ini, Pas di serang dengan pelbagai isu yg membuatkan rakyat tertanya2 tentang kebenarannya. Dari isu perhimpunan muktamar khas untuk membuang beberapa kerat pemimpin membawa pula kepada isu ba'iah menceraikan isteri talak 3. Ia ditambah pula dengan persengketaan antara blogger kickdefella dan menantu tuan guru Nik Aziz. Tidak ketinggalan isu tajaan haji tuan guru ke Mekah.

3. Jika dilihat pada pilihanraya kecil Bagan Pinang, kaum bukan melayu telah hilang kepercayaan terhadap parti PAS. Mungkin mereka tidak percaya PAS boleh membela nasib mereka kerana PAS sendiri tidak berjaya memainkan peranan seperti kerajaan campuran di Selangor.

4. Pada pandangan melayu pula, PAS melakukan kesilapan apabila bekerjasama dengan DAP dan PKR. PAS tidak akan berjaya membawa obor islam selagi PAS berada di dalam PR. Tiada seorang melayu pon akan percaya DAP sudah boleh menerima politik islam sebaliknya kelihatan seolah PAS menerima perjuangan DAP.

5. Berbicara mengenai PAS ini, teringat saya kepada drama "nurkasih" di TV3. Drama ini mengisahkan bagaimana seorang gadis yg solehah diperintahkan oleh ibu dan ayahnya mengahwini seorang jejaka moden yg mana kehidupannya sentiasa bergelumang dengan dosa. Pada awal perkahwinan, gadis ini tidak dilayan seperti seorang isteri. Akan tetapi, gadis ini tidak membenci suaminya itu malah cuba sedaya upaya mengubah persepsi suaminya. Dipendekkan cerita, akhirnya suaminya berubah dan jatuh cinta dengan isterinya itu.

6. Saya berpendapat, PAS perlu mengubah cara mereka berpolitik. PAS sudah biasa dilihat berpolitik dengan cara memerangi UMNO dan BN. Saya rasa sudah sampai masanya PAS melakukan perubahan yg drastik. PAS perlu keluar dari pakatan rakyat. PAS juga perlu memulakan langkah2 berdakwah di dalam politik. PAS tidak perlu lg berceramah dengan mempersendakan individu tertentu dan memaki hamun tindakan parti lawan. PAS perlu menunjukkan nilai2 murni di dalam islam.

7. Saya percaya, seperti drama "nurkasih", PAS akan berjaya menawan hati rakyat Malaysia terutama kaum melayu. Gunakanlah pendekatan dakwah itu secara total. Hati mana yg tidak tertawan apabila kita melihat pemimpin kita menunaikan suruhan agama ditambah pula dengan sifat tawaduk dan istiqamah. PAS perlu dilihat 100% berbeza dari UMNO. Apabila bercerita tentang berjiwa rakyat, PAS perlu buktikan setiap pemimpinnya hidup seperti rakyat biasa. Kita tidak mahu melihat pemimpin PAS itu hanya berkopiah di kepala tetapi di hatinya masih sama seperti segelintir pemimpin UMNO yg mahu mencari kemewahan dan pangkat.

8. Untuk menjadi parti yg membela nasib melayu, parti itu perlu kenal melayu sedalamnya. Apa agama dan budaya melayu itu dan apa masalah utama yg menghalang melayu itu untuk berjaya. Tiada siapa dapat membela nasib melayu ini jika kepentingan peribadi melebihi kepentingan bangsa. Saya berharap, para pemimpin PAS memulakan langkah pertama untuk menjadi wira di hati melayu dengan menjadi melayu islam yg sebenar. Kita tidak mahu seperti islam di Iraq, Iran atau Pelestin. Kita juga tidak mahu seperti islam di Indonesia.Kita tidak minta setiap pemimpin PAS itu mencontohi akhlak nabi tetapi kita tertanya mengapa semua pemimpin PAS tidak seperti tuan guru Nik Aziz.

9. PAS perlu memilih diantara 2 persimpangan. Setiap perjuangan dakwah memerlukan hijrah dan pengorbanan. Selalunya pihak yg benar akan memperolehi kemenangan dengan bantuan dari Allah. Kini setiap ahli PAS boleh bertanya kepada diri mereka sendiri, bilakah kemenangan akan berpihak kepada mereka? Apakah perjuangan ini benar dan benarkah jalan perjuangan ini?

No comments: