Tuesday, August 25, 2009

Redha

1. Baru2 ini saya ada bertemu dengan seorang sahabat. Kami sudah lama berkawan. Dia menceritakan pengalamannya menyambut kelahiran anak pertama di sebuah hospital swasta.

2. Menurut sahabat saya, isteri beliau mengalami kesukaran untuk bersalin. Isterinya terpaksa masuk wad selama 3 hari untuk bersalin. Setelah kekeringan air mata menangis akibat menanggung kesakitan, doctor bertanya kepada sahabat saya, “ apa yg kamu belum redha dengan isteri kamu?” menurut doctor tersebut, walaupon tiada kajian saintifik tetapi dari segi pandangan islam, isteri perlu mencari keredhaan suami sebelum melahirkan anak. Syurga isteri terletak di kaki suami.

3. Syukur Alhamdullilah, setelah beliau memaafkan segala dosa dan perkara2 yg membuatkan dirinya berkecil hati, isterinya selamat melahirkan seorang putera sulung. Tahniah…

4. Apabila melihat ke dalam diri saya pula, saya insaf.Saya mula memaafkan isteri saya setiap malam sebelum tidur walaupon tiada permintaan maaf dari isteri saya. Saya tidak mahu isteri saya menanggung sesuatu beban mahu di dunia atau di akhirat.

5. Akan tetapi, bagaimana pula dengan kerhedaan dari ibu terhadap saya? Pernahkah ibu saya berkecil hati dengan setiap perbuatan saya? Bukankah syurga seorang anak lelaki atau suami itu terletak di bawah tapak kaki ibunya? Apakah masih ada ruang untuk saya mencium bau syurga?

6. Moga Tuhan memberikan saya kekuatan untuk mencari keredhaan dari ibu saya dan memudahkan saya memberi keredhaan kepada isteri saya. Amin……

No comments: