Monday, March 23, 2009

separuh masa

1. bermula jumaat lalu saya telah mula melakukan kerja separuh masa di sebuah pasaraya.saya masuk kerja bermula jam 7 ptg dan habis pd pukul 12 mlm.

2. ini bkn la pengalaman yg baru sgt bg saya.sebelum ini saya pernah bekerja tetap di sebuah pasaraya, cuma bezanya kali ini saya hanya melakukannya untuk separuh masa.waktu saya bekerja menjadi lebih.slps hbs kerja di pejabat pd pukul 5.30, saya perlu bekerja untuk 5 jam lg di sana.ini amat meletihkan.tetapi semua ini adalah cabaran bg saya.

3. saya perlu sentiasa berfikiran positif.sudah ramai org2 berjaya yg saya kenali.mereka semua menceritakan kpd saya bahawa pd zaman mereka muda, mereka selalu bekerja melebihi 8 jam.secara logiknya kebenaran itu ada.kita xkan dpt pendapatan yg lebih jika kita tidak melakukan sebarang kerja.lebih kerja lebihla pendapatan.

4. kata org, untuk berjaya kita perlu tahu cara mencari duit,kemudian cara untuk menambahkan duit,diikuti pula cara mengupah org mencari duit untuk kita dan kemudian cara menggunakan duit itu.saya sudah berada di peringkat kedua.perlu ada 2 peringkat lg untuk menjadi seorang yg berjaya.

5. saya berdoa agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan jalan kearah itu sekiranya itulah yg terbaik untuk saya.akan tetapi jika segala hikmah adalah untuk saya terus hidup sederhana seperti sekarang, saya tetap redha dengan ketentuanNya.Allah maha mengetahui apa yg kita tidak ketahui.

No comments: