Friday, March 13, 2009

penawar hati melayu

1. hati adalah anugerah yg paling unik untuk semua insan.hati perlu difahami, perlu dijaga, mudah sensitif dan ada kalanya ia sakit.

2. di dalam masyarakat melayu, saya selalu mendengar dan melihat bagaimana mereka cuba melembutkan hati ini.melayu percaya bahawa hati ini perlu dilembutkan atau perlu dilakukan sesuatu supaya hati ini bersih dan terang.pendek kata,bila hati terang, segala perbuatan akan menjurus kpd kebaikan dan segala ilmu akan mudah dipelajari.

4. untuk mendapatkan hati yg terang, masyarakat melayu akan pergi berjumpa dgn para alim ulamak atau ustaz2 yg berkebolehan untuk memberi mereka air jampi atau di bacakan doa ke atas melayu ini.kebiasaannya, ramai ibu bapa membawa anak2 mereka yg masih kecil untuk mendapat penawar hati ini.tidak kurang juga yg cuba mendapatkan penawar hati semasa musim peperiksaan.malah ada juga yg dtg kerana ingin melembutkan hati anak2 mereka yg degil agar menjd anak yg mendengar kata.byk lg tujuan penawar hati ini yg telah menjadi amalan melayu sejak dahulu hingga kini.

5. saya berpendapat, hati kita xde sapa boleh rawat mahupon menggunakan doa2 atau air jampi ini.hati kita memerlukan hidayah.hidayah amat penting dan ia hanya dikurniakan kepada mereka yg terpilih sahaja.

6. jika kita lihat nabi junjungan kita, hatinya dibersihkan pon melalui malaikat.sy tidak igt brapa kali malaikat membedah nabi dan mengeluarkan hatinya tuk dibersihkan.tp itulah hakikatnya.dan jika dgn doa boleh membuatkan hati ini terang dan mudah menerima kebaikan dan kebenaran, sudah tentu nabi kita kan berdoa kpd Allah supaya seluruh umat manusia dr zaman baginda hingga hr akhirat nanti agar hati mereka ini terang agar mudah menerima islam dan mengamalkan segala ajaran islam itu.tetapi ini tidak berlaku.

7. kita sedia maklum bahawa bapa saudara nabi juga tidak menerima islam hingga ke akhir hayatnya.apakah nabi tidak boleh mendoakan agar hati bapa saudaranya itu mudah menerima islam?saya fikir tidak.nabi tentu tahu bahawa bapa saudaranya tidak mendapat hidayah.

8. wahai bangsaku sekalian, ketahuilah bahawa hanya penyakit sahaja yg boleh disembuhkan melalui doa atau air yg sudah dibacakan ayat2 alquran.hati memerlukan hidayah.hidayah perlu dicari.dekatkanlah diri kpd penciptanya.

No comments: