Monday, March 16, 2009

pengikut tokoh

1. setiap kali saya cuba bercerita tentang bangsa melayu, saya dicap sebagai penyokong UMNO.setahu saya, tidak ada ulasan atau atau sisipan di dalam blog ini yg terang2 menyokong dasar UMNO.

2. saya adalah pengikut tokoh.tokoh yg tidak dibezakan mengikut parti politik.saya percaya bahawa setiap insan itu ada kelebihan dan kekurangan.saya juga percaya ada beberapa tokoh tidak komited terhadap perjuangan parti akan tetapi mereka berjuang demi hasad dengki, ketamakkan diri, rs ego diri dan beberapa alasan lain yg mereka percaya apa yg mereka sokong itu membuatkan mereka rasa puas terhadap sesuatu perkara.

3. di dalam UMNO tidak semua berjuang untuk BANGSA.di dalam Pas tidak semua berjuang untuk ISLAM.di dalam PKR tidak semua berjuang untuk menjaga kedaulatan NEGARA.

4.akan tetapi, saya percaya bahawa didalam setiap parti itu ada insan yg berjuang untuk bangsa,agama dan negara.insan2 ini lah yg perlu saya dalami setiap ucapannya,perlu saya fahami visi dan misinya,perlu saya ikuti setiap saranan dan wawasannya dan perlu saya sanjungi sebagai contoh kepada anak2 bangsa.

5. saya berpendapat,kita tidak perlu taksub kepada prinsip parti.kita perlu memikirkan segala kebaikan untuk bangsa,agama dan negara tercinta ini.saya setuju dgn UMNO jika mereka komited menjaga amanah melayu tetapi saya tidak setuju dgn dasar UMNO terhadap islam seperti kepentingan menjaga aurat dan beberapa isu lg.

6. saya setuju dgn PAS jika mereka komited menjaga keagungan islam tetapi saya tidak setuju dgn cara tindak balas mereka terhadap beberapa isu yg bercanggah dgn pendapat mereka seperti demonstrasi dan caci mencaci.

7.saya setuju dgn PKR jika mereka komited menjaga kedaulatan negara tetapi saya tidak setuju apabila melayu diletakkan didalam perlumbaan atau persaingan yg tidak adil.

8. oleh yg demikian, saya memilih untuk menjadi pengikut tokoh.tokoh pejuang bangsa.bangsa melayu, agama untuk melayu dan negara melayu.alangkah betuah nya negara ini jika saya dapat kumpulkan tokoh2 ini dan membentuk kerajaan.

No comments: