Thursday, April 2, 2009

matlamat

1. Setiap insan di dunia punyai matlamat hidup.Matlamat yg akan memacu segala perjuangan dan perjalanan di dalam hidup ini.

2. Waktu saya bersama rakan2 malam tadi, ade seorang rakan bertanya,mengapa kita tidak memulakan sesuatu untuk mengubah nasib ini agar matlamat kita tercapai?.Kita xkan berubah selagi kita tidak cuba untuk berubah.Itu fakta dari sahabat saya dan saya lihat ramai rakan2 tertarik dgn pendapat sahabat saya ini.Sahabat saya mencadangkan agar kami menubuhkan sebuah koperasi.

3. Semasa perbincangan itu, kami semua dilontar dengan soalan, "apa matlamat hidup kau?".Setiap org cuba memikirkan matlamat hidup masing2.Mungkin semua berlainan cara menterjemahkan matlamat tetapi secara asasnya semua sahabat saya inginkan penambahan pendapatan untuk mencari keselesaan di dunia ini.Hingga saya rasa matlamat mereka itu terlalu sukar untuk dicapai kerna mungkin dorongan nafsu melebihi sempadan keringat.

4. Saya berpendapat, kita tidak akan dapat mencari atau mentafsir matlamat hidup kita selagi kita masih belum menjadi diri kita sendiri.Kita perlu kenal diri kita dahulu.Kita perlu kenal keupayaan diri kita dahulu.Kita perlu atasi kekurangan diri kita dahulu.Kita perlu mengisi kekosongan hati kita dahulu.Kita juga perlu menjadi khalifah sebenar sebelum sebelum kita terus memacu atau mendorong diri kita untuk mencapai sesuatu.

5. Mengapa saya berkata begitu, ini kerana hidup ini adalah suatu proses.Hidup tidak akan berhenti apabila matlamat kita tercapai.Ia akan terus berputar dan terus mengharungi segala keperitan dan kesusahan.Mengapa kita perlu menambahkan pendapatan untuk mencari keselesaan hidup jika kita sedar setiap penambahan pendapatan akan meningkatkan perbelanjaan.itu proses kehidupan.Kita perlu sedar, ada insan perlu menambah pendapatan dan ada pula yg hanya perlu mengurangkan perbelanjaan untuk mencari keselesaan di dunia ini.

6. Saya berharap agar sahabat2 saya sedar akan perkara ini."Jika kita perlu mengharungi sebatang sungai tidak semestinya kita perlu membina jambatan atau menaiki sampan jika kita tahu sungai itu tidak dalam dasarnya dan jika kita terpaksa mengharungi sungai yg dalam, kita mesti sedar akan pulangan yg menanti kita di seberang sana.Apa yg penting, adakah kita benar2 perlu mengharungi sungai itu?"

7. Mungkin ramai rakan2 akan berkata bahawa setiap tahun tiada perubahan dalam hidup saya,tetap akan menjadi org yg sama setiap kali mereka bertemu dgn saya, apa pon tanggapan mereka,saya tetap berpuas hati kerana mereka itu telah menjadi sebahagian proses di dalam kehidupan saya.Saya tidak akan kehilangan mereka selagi proses itu berjalan seperti sediakala kerana mereka dan diri saya adalah sebahagian dari matlamat hidup saya.

No comments: