Friday, February 20, 2009

tanggungjawab melayu

1. tanggungjawab adalah suatu amanah dan keprluan di dalam kehidupan ini.tanpa tanggungjwb, insan itu umpama tiada erti.selain tanggungjawab ade 2 lg keperluan didalam hidup ini iaitu masalah dan peluang.tp kali ni saya lebih tuk bercerita tentang tanggungjawab.
2. kadangkala kita rasa yg kita ini benar2 sedang memikul tanggungjawab yg diberikan.ade juga masenyer kita rasa kita sudah melakukan tanggungjawab itu.dan kadangkala kita rasa kita layak tuk suatu tanggungjawab itu.tp adakah apabila kita merasa semua perasaan itu dah dikira kita benar2 seorang yg bertanggungjawab.
3. sebenarnyer tanggungjawab itu byk.kita tidak pernah habis menunaikan tanggungjawab da kita tidak perlu memikul sesuatu yg bkn tanggungjawab kita tuk kita menjadi seseorang yg bertanggungjawab.kita perlu muhasabah diri dan mengenali apakah tanggungjawab kita yg sebenar.
4. ramai anak2 seperti kita tidak memenuhi tanggungjawab sebagai anak tetapi lebih memberi tumpuan kepada rakan2.ade jgk yg tidak menjlnkan tanggungjawab terhadap isteri tetapi sahaja mencari tanggungjawab yg lain tuk dipikul.ade jugak mak ayah yg terlalu bertanggungjawab terhadap anak2 sehingga mereka sendiri tidak sedar yg mereka itu sebnarnyer menjauhkan ikatan kekeluargaan itu.mgkn semua ini kerana keliru dan alpa.
5. kita sebenarnyer telah meletakkan rating tuk setiap tanggungjawab dgn penilaian kita sendiri sehingga kita x sdr yg mn lebih utama.mengapa ini terjadi.adekah kita bertujuan tuk merancang tanggungjawab itu atau kita sdng lari dari tanggungjawab.
6. mgkn sudah tiba masenyer untuk kita memahami semula keperluan tanggungjawab ini agar kita tidak mudah meletakakan hak sesuatu tanggungjawb itu bkn ditempat yg sepatutnyer..

No comments: