Thursday, October 30, 2008

bahasa jiwa bangsa

1.sekarang ni byk org2 politik ckp pasal bahasa ni.ade yg cuba nak jd hero tuk mendaulatkan bahasa malaysia.ada jgk yg cuba tuk jdkan bahasa di malaysia ni seperti realiti rakyat malaysia yg berbilang kaum, makanyer kenalah gunakan semua bahasa kaum kt cn.mgkn dah xde bahasa ibunda la kot.
2.aku... kt dlm blog ni aku byk menggunakan bahasa sms jer.senang ckit nak type.bila aku bercakap aku slalu gunakan bahasa lhorat neghori sembilan sebab 'den bdk noghori'.bila upaca formal aku gunakan bahasa malaysia.
3.tp mengapa ramai yg peduli psl bahasa melaysia ni?? diorang ni btul2 ikhlas ke nak jadikan bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan atau ada agenda tertentu yg aku mls nak komen kt cn.bagi aku..bahasa ni untuk perhubungan.mn ada suatu bangsa di malaysia maju kerna bahasanyer.xde...diorang maju kerna jati diri diorang.diorang sygkan negara lebih dari bahasa.
4.cuba la korang tgk filem melayu lama2 dulu,apakah cara bertuturnyer sama ngan cara kita bercakap sekarang,apakah cara dia menulis sama ngan cara kita menulis sekarang.tentu skali tidak.mengapa semua ni terjadi?? sbb bahasa malaysia sekarang adalah hasil penterjemahan dan juga hasil pemikiran semua pemikir yg cerdik pandai tentang bahasa.diorang la yg dah menetapkan bagaimana yg sepatutnyer bahasa malaysia ini wujud.
5.persoalannyer..ini bukan dari lidah mak2 dan moyang2 kita.jd bagaimana kita boleh menyerap bahasa yg bukan berasal dari kita tuk kita sanjung menjadikan bahasa jiwa bangsa kita.saya harap org cerdik pandai tentang bahasa boleh menjawab persoalan kita ni.dan tuk 51 tahun malaysia merdeka,mgkn hanya 51 org sahaja yg boleh bertutur dan menulis menggunakan bahasa malaysia ini dgn sempurna.
6.fikirkan la..kita xkan rugi menyuruh anak kita belajar bahasa arab tuk mencari ilmu akhirat dah belajar bahasa inggeris tuk mencari ilmu duniawi.sesuatu yg kita tinggalkan tuk mencari kemajuan diri dan bangsa bukan lah suatu pengorbanan jika pe yg kita tinggalkan itu adalah penghalang tuk kita bina ummah yg maju.

No comments: